Assalamu'alaikum warahmatullah....
Sobahul khair~ Moga antum berada dalam keadaan sihat sejahtera...
Saat kita diuji Allah dengan sesuatu yang kita tidak suka, suasana sedih, tertekan dan sebagainya, kita rasa jatuh dan lemah untuk terus melangkah. Rasa nak putus asa...
" Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam)......" (Surah Ali Imran:103)
Cheer up! Kita tidak berseorangan. Kita ada Allah yang sentiasa bersama kita dan bersedia mendengar luahan kita. Allah tahu apa yang kita lalui. Allah nak kita mengadu padaNya. Allah tak pandang kecantikan fizikal kita dan bukan keputusan yang dilihat. Allah pandang pada usaha kita.
Kalau kita mengharap hanya pertolongan daripada manusia, kita akan rasa kecewa. Manusia hanya melihat luaran. Selalunya orang akan cenderung mengkritik, judging, criticising. Sedap mulut mengata.
Orang A: Huh. Dia tu yang malas usaha. Kalau rajin usaha, mesti tak jadi macam tu. Kakak dia elok je berjaya, habis universiti dah.
Orang B: Dia tu tau makan tidur. Bangun tengahari ke petang, keluar turun ke dapur tau makan, lepastu tidur. Itulah rutin dia.
Orang yang pernah melalui masalah yang kita sedang lalui, mungkin akan membantu memberi saran. Kalau orang awam yang baik biasanya mendoakan, memberi kata-kata positif agar kuat dan tidak putus asa.Selebihnya bergantung pada diri kita sendiri.
Orang hanya memandang, bahu yang memikul yang merasa dan tahu apa yang jadi. Menangislah andai itu akan melegakan emosi. Mengadu pada Allah. Pohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Dengan mengingati Allah, jiwa akan merasa tenang.
Cuba kita perhatikan dalam dunia ni. Berapa ramai yang membantu dan setia berada di sisi supporting dan beri galakan saat ahli keluarga/sahabat/ rakan sekelas menghadapi hari sulit? Ya. mulut mudah mengatakan 'you have us supporting you', 'you are not alone'. Kalau ada apa-apa yang boleh dibantu....dan macam-macam lagi. Tapi BERAPA RAMAI YANG MEMAKSUDKAN DENGAN BETUL-BETUL SEPERTI YANG DIKATA?
*Senyum. You know the answer since I believe each of us had encounter that hard unpleasant situation *.Sepertimana bahagia tidak kekal, masalah juga akan ada penyelesaian sooner or later. Cheer Up! We have ALLAH by our side.
Ucapkanlah zikir ini:
Yakinlah dengan pertolongan Allah. Allah Maha Berkuasa. Dengan bantuan dan izin Allah, kita akan mampu melalui segala ujian. Semuanya daripada Allah.
0 comments:
Post a Comment