Bismillah....
Assalamu'alaikum warahmatullah...
Alhamdulillah bertemu lagi dalam sesi uji minda keluaran ketiga. Jom semak dan cuba jawap! All the best sahabat sekalian.
1) Nama dua orang cucu lelaki Rasulullah keturunan Sayyidina Fatimah Az-Zahra dan Sayyidina Ali.
2) Nama malaikat yang diutus menghantar wahyu daripada Allah kepada rasulNya.
3) Nama gua tempat Rasulullah menerima wahyu yang pertama.
4) Nama khalifah yang ketiga dalam islam pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin.
5) Nama surah dalam Al-Quran yang dipanggil 'Jantung Al-Quran'
6) Nama surah yang jika dibaca 3x sama seperti khatam 30 juzuk Al-Quran.
7) Saat Rasulullah wafat, baginda dalam pangkuan isteri baginda. Siapakah nama isteri Rasulullah itu?
8) Nama Khalifah yang digeruni orang sebelum keislamannya dan setelah masuk islam kerana ketegasannya.
9) Nama Khalifah yang merupakan sepupu dan juga menantu Rasulullah.
10) Salah seorang Nabi Allah pernah dicampakkan ke dalam api besar oleh kaumnya. Siapakah nama Nabi itu?
Dah habis jawap? Tahniah!!!! In syaa Allah jawapan akan di keluarkan esok. =)
0 comments:
Post a Comment