Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamu'alaikum warahmatullah...
Hari ni beri peluang diri ni terfikir banyak perkara. Allahu Allah...Nikmat, rezeki dan rahmat Allah sungguh sangat luas...
Pertama, alhamdulillah atas nikmat masih ada orang tua.
Rasulullah kita yang tercinta dilahirkan dalam keadaan yatim kerana ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib meninggal dunia ketika Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam masih dalam perut kandungan bondanya, Aminah binti Wahab. Baginda kehilangan bonda ketika berumur enam tahun. Masya Allah....
Minggu lepas ana ada terbaca di suratkhabar perkongsian Ustaz Kazim Elias-penceramah program 'Kalau Dah Jodoh' di siaran Astro Oasis. Beliau kehilangan ayahnya ketika berumur beberapa bulan. Ustaz anak bongsu dan hanya mengenali ayahnya dari cerita adik-beradiknya dan ibunya.
Tadi, ana berjumpa artikel di internet, tentang juara Imam Muda musim Kedua iaitu Imam Muda Hassan. Beliau kehilangan ayahnya saat darjah satu pada tahun 1992.
Ustaz Jefri al-Buchori, seorang ustaz di Indonesia yang ramai pengikut kalangan warga belia pergi ketika berumur 40 tahun pada April tahun lepas (2013). Ustaz yang juga dikenali sebagai Uje pergi meninggalkan empat orang anak yang masih kecil dan seorang balu. Diri ini hanya mengenali beliau setelah pemergiannya meninggalkan dunia ini.
Beberapa bulan lepas pula, ada seorang saudara ana pergi mengejut. Beliau meninggalkan tiga orang anak dan seorang balu yang sedang mengandung. Pemergiannya beberapa hari sebelum ulangtahun anak sulungnya.
Sungguh, diri ini rasa terpukul, tepat di hati...Allahu Robbi...Moga Allah beri kekuatan dan permudahkan urusan, murahkan rezeki ahli keluarga yang ditinggalkan. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi dahulu. Daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jualah tempat kita kembali. In syaa Allah kita juga akan menyusul mereka bila-bila masa...Semoga kita terus diberi hidayah, taufiq dan rahmat Allah, dimatikan dalam keadaan beriman dan husnul khotimah. =')
Mungkin saja ketika ini kita sedang diuji Allah dengan ujian yang kita rasa berat dan pahit. Kita tak tahu rahmat yang tersembunyi disebalik ujian yang Allah berikan pada kita. Mungkin saja jika tidak rasa susah/pahit ni, kita akan semakin jauh dari Allah, meletakkan Allah nombor dua dalam hidup kita. Na'uzubillah min dzalik. Cheer Up! Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya.
Syukur. Kerana kita masih beruntung ada tempat tinggal, makanan, selamat dan aman, boleh tidur selesa di tilam empuk, nikmat kesihatan, nikmat cukup anggota dan pancaindera dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
' Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?'
0 comments:
Post a Comment