Entri kali ni berkait dengan post sebelumnya 'Random (11)'. Tentang melalui hari sukar.
Ditakdirkan Allah semalam rupanya ada yang Allah nak ajar pada diri ini. Pagi tadi baru ana sedar.
Saat menonton televisyen semalam, kata ustaz tu setiap kebajikan Allah akan beri ganjaran. Kalau ada yang memberi nasihat, terimalah nasihat itu walau dari siapapun ia. Ambil yang baik, buang yang buruk. Tazkirah ni dalam drama tontonan dan pelakonnya banyak kanak-kanak.
Lepastu dalam channel lain, ada artis berkongsi. Saat dia melalui hari sukar kerana urusan mahkamah, adalah suatu hari lepas dia solat Isya, dia minta pada Allah kekuatan. Dengan kuasa Allah sebaik lepas dia meminta tu, on the spot dia rasa kuat untuk menghadapi ujian tu. Ujian yang dia kena lalui ni kena ditahan dalam penjara. Ujar artis ni, dari dia minta kekuatan, berdoa pada Allah tu, saat dalam penjara dan sampailah keluar penjara, dia langsung tidak menangis. Dia dapat terima dan melalui fasa itu. Sebaik dia keluar penjara, dia singgah dulu ke masjid sebelum pulang ke rumah. Hanya saat itu barulah dia menangis kegembiraan kerana sudah melepasi hari sulit itu.
Betul lah kan petunjuk Allah sentiasa ada buat kita. Samaada dalam kita sedar dan perasan atau tak. Hidayah Allah sentiasa ada buat mereka yang berfikir. Macam dalam cerita ana di atas daripada drama dan talkshow biasa.
Moga Allah beri kita kekuatan melalui ujian-ujian nya. Amiiin amin amin....
" Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah: 153)
0 comments:
Post a Comment