Bismillah....
Assalamu'alaikum warahmatullah...
Alhamdulillah bertemu lagi dalam sesi uji minda keluaran keempat. Jom semak dan cuba jawap! All the best sahabat sekalian.
1) Nama puteri Rasulullah yang menyusul pemergian baginda tidak lama selepas baginda wafat.
2) Nama Nabi yang diangkat ke langit dengan izin Allah. Nabi ini akan turun ke bumi sewaktu hari kiamat menentang Dajjal yang cuba menyesatkan manusia dengan mangakui dirinya adalah Tuhan.
3) Bulan islam musim menunaikan ibadah haji ke Baitullah(Mekah).
4) Nama bulan islam yang bererti Musim Bunga yang Pertama. (Hint: bulan kelahiran Rasulullah)
5) Nama malaikat yang ditugaskan menjaga syurga.
6) Nama peperangan yang berlaku di bulan Ramadhan.
7) Nama Nabi yang pernah melalui hidup dalam perut ikan.
8) Tempat pusat pemerintahan Kerajaan Islam terakhir sebelum keruntuhannya.
9) Nama dua malaikat yang ditugaskan menyoal sewaktu manusia di dalam kubur.
10) Nama Nabi yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Saat menyembelih, Allah menukar tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas.
Tunggu esok ye untuk jawapan in syaa Allah. Stay tune~~
0 comments:
Post a Comment