Bismillah....
Assalamu'alaikum warahmatullah...Alhamdulillah 3 bulan sudah berlalu tahun 2014M. Kini tiba bulan baru menjelma. Moga hari ini dan seterusnya lebih baik dari semalam amin in syaa Allah.
Memandangkan bulan April ini bulan kelahiran baginda Rasulullah, mari kita sama-sama memperbanyakkan berselawat kepada baginda~.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad
Kita katakan cinta pada baginda Rasulullah. Sejauh mana cinta kita pada baginda? Diri ini tak layak untuk mengulas panjang kerana hakikatnya diri ini masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. In syaa Allah moga hari ini dan seterusnya lebih baik dari semalam, semakin mendekatkan diri kita pada Allah. Kembali pada tajuk di atas, antara cara tanda kita mengungkapkan cinta adalah:
1) Banyakkan berselawat secara konsisten.
(Contoh: Setiap kali lepas solat baca 11x, awal pagi sewaktu dalam perjalanan dalam kereta, saat waktu lapang, sebelum tidur, saat mengemas rumah ke dan sebagainya)
2) Tambah kenal kita tentang baginda dengan banyak membaca buku.
Kenali peribadi, perjalanan baginda, kisah hidup baginda dari kecil, saat sebelum menjadi Rasul, setelah diangkat menjadi rasul (setelah Allah mengutus malaikat Jibril kepada baginda saat di Gua Hira), perjalanan yang baginda tempuhi sewaktu menyebarkan dakwah dan sebagainya.
3) Ketahui sunnah dan hadith2. Cuba untuk amalkan sunnah baginda dalam hidup kita seharian.
Dari segi akhlak, perbuatan, cara, amalan dan sebagainya.
Terasa banyak? Be positive. Amalan yang Allah sukai adalah amalan yang sedikit tetapi berterusan (istiqomah). Ikut kemampuan kita dan jangan rasa terbeban. Biar sedikit tapi yang penting kita konsisten melakukannya.
Oh ya. Sempena dengan ketibaan bulan April ini, saya tambah mp3 yang berkait tentang mengenang Rasulullah dalam blog ini. Macamana? Apa komen antum (anda) tentang mp3 tu? Sebarang komen dan maklumbalas tentang apa sahaja berkaitan apa yang saya tulis, letak dalam blog ini adalah sangat-sangat dialu-alukan bagi memantapkan lagi mutu penulisan saya.
Sekian, wassalam.
0 comments:
Post a Comment