Ads 468x60px

Friday, April 11, 2014

NKTG [ Bab 4 ]


Bismillahirrahman nirraheem...

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aali Sayyidina Muhammad (11x). Pahala free dengan mudah (^_^)


[4]


“ Baihaqi….Kejap lagi akak nak keluar dengan Fatin dan kawan-kawan dia di butik. Kami cadang nak makan steambot. Nak ikut?” ajak Kak Wardah yang masuk ke bilik kerja adiknya. Baihaqi nampak sibuk.


“ Makin rajin pula akak singgah situ…Ada apa-apa ke?” tegur Baihaqi. Dia perasan sejak seminggu ni hampir setiap hari kakaknya itu makna bersama Fatin.


“ Saja…..Lagipun sekarang kan tak banyak kerja…Waktu sibuk nanti memang susah nak jumpa Fatin…” balas Kak Wardah.


“ Nak ikut tak?” soalan diulang untuk kali kedua.


“ Terima kasih ajelah…Kejap lagi Bai nak keluar teman ayah jumpa kawan lama dia…” beritahu Baihaqi tanpa memandang kakaknya yang duduk di depannya. Dia kesuntukan masa untuk menyiapkan laporan sebelum keluar nanti.


“ Malam nanti Bai mungkin balik lewat. Banyak fail nak disemak ni….Kalau mama cari nanti, akak bagitau dia ya…” pesan Baihaqi.


“ Sibuk di pejabat ke keluar berseronok dengan perempuan?” duga Kak Wardah.


“ Apa pula dengan perempuan…Ni banyak fail atas meja ni nak disemak. Semua nak cepat. Nak dibawa dalam mesyuarat sidang Lembaga Pengarah lagi dua minggu” balas Baihaqi.


“ Makan petang pun tak sempat ni…” keluh Baihaqi.


“ Apa susah…Buat pesanan delivery. Kan senang…” saran Kak Wardah.


Good idea! Terima kasih kakakku sayang…” ucap Baihaqi diiringi ketawa kecil. Biasanya waktu perlu bantuan saja dia berkata sebegitu. Bodek-bodek.


“ Nak pesan apa-apa tak?” tanya Kak Wardah prihatin.


“ Boleh juga kalau akak nak belikan makanan. Nanti Bai belikan kopi Cappuchino untuk akak in syaa Allah…” umum Baihaqi.


“ Bagus…Tapi kalau ayah tegur, tak payahlah…” ucap Kak Wardah tidak terlalu berharap. Memang ayah mereka tidak menggalakkan mereka mengambil minuman kafein.



Baihaqi duduk di bangku lanskap buatan di halaman rumah. Saja membiarkan tubuh disapa angin malam. Ada sesuatu yang sedang difikirkannya.


Kepalanya didongakkan memandang langit. Langit gelap dihiasi butiran bintang-bintang.


“ Kau kenapa? Angau ke?” tegur Kak Wardah sebelum duduk di sebelah adiknya.


Baihaqi menoleh sekilas sebelum mendongak kembali ke langit. Memang dia lebih rapat dengan kakaknya itu daripada dengan abang-abangnya.


“ Bukanlah…” balas Baihaqi. Kali ini kepalanya disandarkan ke belakang bangku.


“ Habis tu?”


“ I am here if you want to talk with….someone to listen you” Kak Wardah tidak mahu memaksa adiknya meluahkan.


“ Ingat tak? Masa minggu lepas Bai teman ayah makan dengan kawan lama dia?” Baihaqi mula membuka cerita.


“ Oh yang tu…Jadi?” balas Kak Wardah.


“ Rupanya uncle Kamal tu ayah pada Amy. Kawan Bai satu kuliah dulu…”


“ Lepastu boleh pula ayah dengan uncle tu bergurau nak jodohkan kami bersama…” luah Baihaqi. Wajahnya muram.


“ Eloklah tu…Merapatkan hubungan persahabatan diorang. Kenapa? Bai tak berkenan kat Amy tu?”Kak Wardah kurang mengenali rakan-rakan adiknya. Mereka menyambung pengajian di negara berbeza.


“ Macam tu lah…Bai kurang suka dengan cara pergaulan dia…Senang berpegangan dengan kaum sejenis Bai” sebolehnya Baihaqi cuba untuk tidak menyebut keburukan.


“ Ombak pantai lagikan berubah. Apatah lagi manusia…Manalah tau sekarang dia dah berubah…”


“ Bai ada terjumpa dia bulan lepas. Hmmm…Masih dengan perwatakan dan cara yang sama…”


“ Tadi dia telefon ajak jumpa. Entah dari mana dia dapat nombor Bai…Itupun Bai dah rasa sesak rasa dihimpit. Dia bagitau ayah jemput dia satu keluarga datang lunch bersama hujung minggu ni…”


“ Nasib baik Bai dah rancang awal keluar camping dengan Afif hujung minggu ni…” ceria Baihaqi menyambung kata.


“ Kalau Bai tak nak, cari je calon perempuan lain…” saran Kak Wardah.


“ Akaklah yang patut kahwin dulu…”


“ Apa pulak…Kita tengah cakap pasal Bai nak kahwin kan…Apa pula akak…” bidas Kak Wardah.


“ Akak nak dengar tak? Satu tips cara nak cari calon?” Kak Wardah menaikkan kening. Menanti adiknya menyambung cerita.


“ Dulu nasa zaman sekolah menengah. Ada seorang ustaz ni pesan, kalau nak cari pasangan yang baik-baik, cari di tempat yang baik. Macam masjid, ataupun minta tolong kat orang soleh…”


“ Jadi Bai pergilah nanti ke masjid. Jumpa imam, minta dia carikan calon…” cepat Kak Wardah memintas.


“ Bai bagi saran untuk akak guna…”


“ Sudahlah…Mari masuk…Sebelum mama panggil…” Kak Wardah berdiri melangkah masuk ke dalam rumah diikuti Baihaqi.

~*~*~*~*~*~*~*~BERSAMBUNG*~*~*~*~*~*~*~

 Your like and comment is my motivation....

0 comments:

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates