Bismillahirrahman nirrahim....
Assalamu'alaikum warahmatullah...Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad (11x)
Sebenarnya cerpen ni belum habis lagi dan saya tahu kalau cerpen selalunya habis satu kali harung (baca: one go~). Saja saya nak post dan bagi korang membaca. In syaa Allah sambungannya akan saya post kat blog ni secepatnya....(manusia hanya merancang dan usaha.... (^_^) )
Enjoy reading~
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
“ Assalamu’alaikum Cik Alwan
Nabilah….Senang hati nampak” tegur Syamim di muka pintu dapur membuatkan Alwan
berhenti menyanyi. Ditoleh jirannya di muka pintu.
“ Wa’alaikumussalam
warahmatullah….Dah lama ke kau sampai? Aku tak sedar pun…” akui Alwan.
“ Panjang jugalah aku dengar kau
nyanyi….” Syamim menyilangkan tangan ke dada.
“ Masuklah dulu….Kejap lagi
siaplah ni. Cuma tinggal sapu coklat nutella di atasnya je…” dapur rumah harum
dengan bau brownies coklat yang berada dalam ketuhar elektrik.
“ Sedapnya bau….” Komen Syamim
saat Alwan mengeluarkan brownies dari ketuhar.
Alwan senyum lebar. Puas hati.
Harap-harap rasa hasil tangannya sedap.
“ Kau ni demam ke apa. Tak
pernah-pernah buat kuih-muih tiba-tiba hari ni buat brownies. Siap murah hati
nak bagi aku lagi.... Ada apa-apa ke yang aku tak tahu?” soal Syamim curiga.
“ Tak ada apa…Tergerak hati je
nak cuba buat bila tengok iklan di tv semalam. Bila godek Encik google, resepi
dia pun senang. Itu yang aku terus semangat nak buat…” balas Alwan sambil
meratakan nutella di atas brownies.
“ Nah…Cuba rasa” suruh Alwan
setelah memotong sedikit. Dia sendiri juga merasa.
“ Boleh tahan. Sedap!” puji
Syamim setelah habis sepotong. Di ambil lagi sepotong masuk ke dalam mulut.
“ Alhamdulillah….Menjadi brownies
coklat aku….” Ucap Alwan ceria. Dia sibuk memotong separuh dari dulang brownies
coklat untuk dibungkus buat Syamim. Memang dia sengaja meminta jiran merangkap
sahabatnya itu datang atas sebab itu.
“ Nah sebab kau sahabat baik aku,
aku bagi banyak. Kau ajak abang, adik, kakak dan mak kau rasa. Lepastu kau
bagitau aku komen diorang” paling penting abang Farouq mesti rasa. Sambungan
ayatnya hanya di dalam hati. Belum bersedia memberitahu pada Syamim.
“ Kejap aku minum dulu eh….”
Syamim meminta izin. Gelas dan satu jug sirap bandung sejuk memang ada di atas
meja.
“ Alhamdulillah…Ya Allah
nikmatnya….” Ucap Syamim setelah habis
segelas bandung selamat masuk ke perut.
Sebenarnya tiga hari lepas adik
Syamim, Sa’iedah ada memberitahu abang Farouq suka makan brownies coklat
bersalut nutella di atasnya. Entah macamana topik perbualan mereka beralih ke
situ. Jadi bila melihat iklan brownies coklat dalam iklan televisyen semalam
membuatkan Alwan semakin berkobar-kobar untuk mencuba memasak.
Farouq adalah anak sulung makcik
sebelah. Pemuda yang ringan tulang suka menolong orang apatah lagi dengan
keluarga Alwan yang berjiran. Selalu Farouq membantu ayah membersihkan halaman
rumah.
“ Macamana pasal brownies
semalam?” soal Alwan penuh rasa ingin tahu saat dia dan Syamim berjalan bersama
ke sekolah yang dekat dengan rumah. Cuma beberapa meter sahaja jarak sekolah
dengan rumah mereka.
“ Kau bagi aku pukul sepuluh. Tak
sampai malam dah selamat habis”
“ Mak aku kata sedap. Kalau jual
mesti laku. Kak Ina cakap okey sebab dia
memang jarang ambil makanan manis. Adik-adik aku lagilah. Diorang yang banyak
makan sampai habis. Abang Farouq tak sempat makan sebab dia cuma balik rumah
malam….” Beritahu Syamim.
“ Kalau kau buat lagi, bagitau
aku tau. Aku nak lagi hehe” Syamim gelak dihujung bicara.
Di dalam hati Alwan merasa
sedikit kecewa bilamana orang utama yang diberi tak sempat merasa.
‘Tak apalah.
Bukan rezeki dia semalam….’ Pujuk hatinya.
“ Ngomong-ngomong mbak Alwan, apa
sih beza brownies sama kek coklat? Soal Syamim mengajukan kekeliruannya. Loghat
Indonesia yang dipakai oleh si peminat sinetron drama ini.
“ Bezanya semestinya pada
bahan-bahan. Brownies guna lebih banyak koko dan coklat. Kek coklat tekstur dia lembut. Kalau tekstur
brownies pula chewy dan rupa macam
bentuk cookies”
“ Oh macamtu…Terima kasih berkongsi maklumat” ucap Syamim sambil menganggukkan
kepala.
“ Sama-sama….”
“ Syamim!” Farouq melaung dari
belakang memanggil adiknya. Syamim dan Alwan memberhentikan langkah. Alwan
membuang pandang ke halaman rumah jiran berhampiran mereka sedang berdiri.
Ditahan diri agar tidak memandang Farouq.
“ Kenapa bang?” soal Syamim
sebaik Farouq di sisi.
“ Pak Long baru sampai rumah kita
datang berziarah macam biasa. Ni dia ada bagi dua Mee Teow Goreng dan ayam
goreng dua kontena untuk Syamim. Abang dah bawa bahagian abang. Ok
assalamu’alaikum….” Farouq menghulur beg kertas yang dimaksudkan. Dia menanti
kawan-kawannya yang ditinggalkan tadi untuk mengejar Syamim.
“ Alhamdulillah rezeki awal pagi
hari. Kau teman aku makan rehat nanti eh. ..” pinta Syamim dipersetujui Alwan
dengan mengucapkan in syaa Allah.
Mereka meneruskan langkah ke
sekolah seperti biasa.
Awal pagi Jumaat Alwan sudah
merancang untuk membuat brownies lagi untuk kedua kalinya. Bahan-bahan
keperluan sudahpun dibeli petang semalam.
‘ Assalamu’alaikum Alwan. Saja
bagitau. Pagi ni aku tak ada kat rumah sebab ziarah kawan ayah aku sakit.
Rancangan mengejut subuh tadi. Petang sikit kot baru aku balik’
Pesanan ringkas yang dihantar
Syamim dibaca. Memang selalunya waktu hari tak sekolah, Alwan dan Syamim
meluangkan masa bersama memandangkan rumah mereka bersebelahan. Memang sudah
kebiasaan sebegitu saling memaklumkan agar tak tercari-cari.
Alwan menangguhkan hasrat untuk
membuat brownies coklat. Rancangan ditunda ke hari Ahad. Makan sewaktu
panas-panas lebih sedap.
“ Kak! Kau guna bahan aku beli?”
soal Alwan sebaik melintasi tempat stok bahan-bahannya di dalam dapur saat
membuka peti sejuk.
“ Kau masih nak pakai ke?
Maaflah…Ingatkan kau tak guna lagi lepas buat brownies minggu lepas jadi aku
gunalah….Buat kek mentega pelangi ” Selamba saja Lutfiah membalas tanpa riak
bersalah. Tangannya sibuk menggaul bahan tepung agar sebati.
“ Lain kali tanyalah dulu….” Pinta Alwan sebelum berlalu dari dapur memujuk
hati yang rasa panas. Marah.
Pada sebelah malamnya, Alwan
memeriksa bahan-bahan yang masih berbaki. Memandangkan dia tidak ada kerja
sekolah untuk dibuat jadi dia memutuskan untuk membuat apa adanya.
“ Masukkan dalam peti sejuk
ajelah…” gumam Alwan. Brownies kali ini hanya lebih kurang saiz bekas 3x9. Tiga
kali ganda lebih kecil daripada hasil buatannya yang pertama.
Niat untuk memberi Abang Farouq
brownies kegemarannya sudah terkubur sejak pagi tadi. Punah sudah harapan…
~*~*~*~*~*~*~BERSAMBUNG~*~*~*~*~*~*~*~*~
Your like and comment is my motivation....
0 comments:
Post a Comment