Ads 468x60px

Monday, April 28, 2014

Aku Garam Kau Gula [ Bab 1 ]

Bismillahirrahman nirraheem....

Assalamu'alaikum warahmatullah. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala aali sayyidina Muhammad (11x) pahala free. (^_^)



Matahari mula memancarkan sinarnya. Para pelajar sudah ramai masuk ke kelas masing-masing setelah perbarisan pagi.

“ Hari ini kamu ada kawan baru dalam kelas ni. Sila perkenalkan nama pada rakan-rakan…” Cikgu Akmaliah mempersilakan.

“ Assalamu’alaikum…”

“ Nama saya Nur Syamsiyah Qani’ah. Boleh panggil Qani’ah” ringkas sahaja Qani’ah memperkenalkan diri.

Setelah itu Qani’ah disuruh duduk di tempat kosong seterusnya sesi pembelajaran terus bermula.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

 “ Qani’ah, marilah kita pergi ke kantin bersama” Yusra mengajak ramah. Kawannya yang lain sudah pergi dulu tadi.

“ Terima kasih…Saya ada bawa bekal…” tolak Qani’ah. Sejak dia mula duduk di sebelah Yusra tadi, Yusra asyik mencuba untuk terus membawanya berbual bersama. Qani’ah hanya menjawap sepatah. Memang dia begitu. Bercakap sekadar perlu apatah lagi dengan orang yang baru dikenali.

“ Kalau macam tu, tak apalah…Saya pergi dulu ya…” Yusra berlalu setelah melihat Qani’ah mengangguk.

Qani’ah menarik nafas lega. Mujurlah sekolah barunya ini tidak melarang pelajar duduk di dalam kelas sewaktu rehat. Dia senang sendiri sambil makan.

Tidak lama setelah itu, Yusra muncul masuk kembali ke dalam kelas. Hanya mereka berdua yang berada dalam kelas.

“ Cepatnya awak dapat beli…” komen Qani’ah. Rasanya baru sekejap tadi Yusra baru pergi.

“ Satu daripada penjual di kantin tu mak saudara saya. Dia memang dah sediakan awal untuk saya dan kawan rapat saya” beritahu Yusra sambil membuka bungkusan makanannya.

Yusra yang banyak memulakan perbualan sambil mereka makan. Qani’ah hanya menjawap dan membalas.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
 “ Kenapa awak tetap nak berkawan dengan saya? Saya tau, kalau berkawan dengan saya ni boring…” tanya Qani’ah suatu hari setelah dua minggu dia bersekolah di sekolah baru.

“ Saja…Sebab saya suka berkawan dengan awak” balas Yusra ceria. 

“ Lagipula kita kan duduk sebelah-menyebelah dalam kelas”

“ Tapi kenapa? Bukan awak tak tau. Saya pendiam, tak mengikuti fesyen dan gossip macam kawan-kawan yang lain. Pokoknya memang saya membosankan” Qani’ah memperjelaskan persoalan di fikirannya. Tidak mahu Yusra terpaksa berkawan dengannya.

“ Sampai ada kawan awak yang merajuk terasa hati awak dah tak kawan dengan diorang…” sambung Qani’ah. Bukan dia tak perasan ada rakan sekelas perempuan mereka yang selalu menjeling saat mereka duduk bersama baik sewaktu rehat mahupun saat berbincang melakukan latihan yang diberi guru untuk diselesaikan dalam kelas.

“ Saya tak rasa membosankan pun. Sebab…Bagi saya Qani’ah ni macam garam. Ada sesuatu dalam diri awak yang kalau digilap akan mendatangkan faedah yang bermanfaat dan berguna. Macam permata yang kalau digilap akan bersinar berkilau”

“ Saya rasa terpanggil untuk tambah sesuatu yang buat Qani’ah gilap x-faktor tu sendiri. X-faktor tu yang perlu digilap supaya lebih bersinar dan boleh dimanfaatkan.

“ Apa yang awak nak cuba tambah?” soal Qani’ah ingin tahu. Belum faham sepenuhnya apa yang sedang diperkatakan Yusra.

“ Gula. Yang insyaa Allah dengan izin Allah akan buat x-faktor tu tumbuh dan mekar. Like a flower blooms” 

“ Hah? Tadi awak kata saya garam, sekarang awak jadi gula?” bertaut kening Qani’ah. Yusra menggunakan banyak kata kiasan.

“ Sekadar analogi, satu contoh je…Bukan maksud sebenar…Kalau saya gula betul-betul, habislah saya dikerumuni semut” Yusra senyum lebar menampakkan gigi. Manis.

“ Macamana kalau apa yang awak fikir tu tak menjadi?” soal Qani’ah.

“ Kalau tak Berjaya, tak apalah. Biarkan saja….” Bersahaja saja Yusra menjawap.

Perbualan mereka terhenti bila guru kelas seterusnya sudah melangkah masuk ke kelas. 

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Buka hatimu….
Bukalah sedikit untukku

Sejak melihatmu…
Aku jatuh hati padamu…
Saat mengenalmu…
Semakin ku sukakanmu…(sebagai sahabat okey..)

Senyummu menawan, menawan~
Kau buat hatiku tertawan~

Ku juga menyintai dirimu…
Mengapa sukar ku luahkan…
Bukan sengaja ku menahan…
Bibir membeku lidah terkelu…


Qani’ah senyum membaca kembali teks perbualannya yang terdahulu dengan Yusra dalam ruangan whatsApp. Yusra, seorang sahabat yang menzahirkan rasa sayang dan menunjukkan tanda menghargai dengan kata-kata dan perbuatan. Kontras, sangat berbeza dengan dirinya yang kaku dan pendiam. Tak pandai mengambil hati orang dengan bermanis kata. 

Bila bersahabat dengan Yusra, memudahkan Qani’ah bergaul baik dengan rakan-rakan sekolah yang lain. Baik satu kelas mahupun berlainan kelas dan tingkatan.   

Memanglah ada tautan hati bak kata orang ada telepati. Bila sedang teringat pasti hadir. Seperti kini Yusra menghubunginya menggunakan applikasi WeChat.

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu


Qani’ah senyum mendengar sahabatnya itu bernyanyi selepas dia menjawap salam tadi. Dia gelak sebaik Yusra habis menyanyi.

“ Rindu ke cik kak?” ucap Qani’ah tersengih. Dia memusingkan badan membelakangi pintu rumah. Mengelakkan ahli keluarga memandang dan menyangka bergayut dengan lelaki.
“ Mestilah…Dah tiga hari kot tak berhubung dengan kau sejak kita cuti sekolah ni…” balas Yusra.
“ Kaifa hal ya ukhti?” soal Qani’ah.

“ Alhamdulillah khair…Cuma aku rasa letih…” adu Yusra dengan suara meleret.

“ Kenapa? Sebab majlis kahwin tu?” tebak Qani’ah. Sedia maklum cuti kali ini ada sepupu Yusra yang melangsungkan perkahwinan.

“ Tak juga. Bukan pasal tu….Tak tau lah nak cakap macamana” luah Yusra sebelum bernyanyi.


Bulan dan juga angin…
Engkau jadi saksi
Bawalah…pesan ku ini
Kepada dia yang ku cintai….

Bulan dan juga angin….
Engkau bisikanlah
yang aku…. akan kembali
menyempurnakan segala janji


“ Kau tengah kat luar rumah ke?” soal Qani’ah. Sudah acapkali nyanyian Yusra menjadi halwa telinga.  

“ A’ah….”

“ Kau memang ikut-ikut aku kan…Haha” saja Qani’ah berkata begitu. Bukan bergaduh betul.
“ Hahaha jangan cakap kau pun tengah duduk kat luar menatap langit?” tebak Yusra. Ketawanya makin galak sebaik Qani’ah mengiakan.

“ Memang cinta sejati la haha”

“ Dengar aku nyanyi pula” ucap Qani’ah sambil berdehem kecil bersedia.


Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam

Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi


“ Tak sangka kau pun layan cerita Tan Sri P.Ramlee….” komen Yusra. 

“ Dulu waktu kecil memang selalu tapi sekarang dah jarang…” akui Qani’ah. 

“ Kau kenapa? Ada masalah ke? Kalau nak cerita, ceritalah. You always have me by your side insyaa Allah……” ucap Qani’ah.

“ Tak ada apa…Lepas dengar kau nyanyi tadi terus terubat. Haha” balas Yusra.

 “ Ni mesti sebab selalu sangat tengok program Kalau Dah Jodoh ceramah Ustaz Kazim Elias kat astro oasis tu. Itu yang kau selalu menyanyi ni”  usik Qani’ah. 

“ Mengata dulang paku serpih, mengata aku, kau pun sama 2x5” balas Yusra.

“ Tapi seronok dengar kalau ustaz Kazim tu ceramah. Santai je, ringan isi yang disampaikan. Suara dia pun sedap bila menyanyi” komen Yusra.

Bila kau sebut ustaz tu membuatkan aku nak tengok ceramah dia. Lepas ni aku nak pergi youtube lah in syaa Allah….” Qani’ah menyusun rencana.

“ Okey lah. Kakak aku dah pandang-pandang, jelling-jeling. Ni mesti dok pikir aku tengah bergayut dengan encik abang sayang” 

Setelah bertukar salam dan pesan mereka memutuskan talian. Qani’ah melangkah masuk ke dalam rumah.
~~~BERSAMBUNG~~~


Nota kaki:
Kaifa hal?- apa khabar
Khair Alhamdulillah- baik, alhamdulillah

Lirik lagu-
Sayang (Shae)
Bulan dan Juga Angin ( P Ramlee)
Malam Bulan di Pagar Bintang (P Ramlee & Saloma)

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
 


Komen dan kritikan anda adalah motivasi saya. <3

0 comments:

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates