Dalam keputusan yang dibuat
Tidak semua berpuas hati
Bersetuju...
Lumrah...
Mulut sedap berkata-kata
Mata memerhati
Hanya pandangan luaran yang dilihat
Bukan memandang dari pelbagai sudut dan aspek.
Bukan memahami dan memberi saran
Apalagi menghulur tangan membantu
Lumrah...
Berbeza pilihan dan pendapat,
Berbeza cara....
Berbeza corak fikir
Dalam mengorak langkah
dan mencorak cara hidup di dunia....
Yang penting akan mendekatkan diri pada Allah
akan dapat disumbangkan untuk umat
Kita adalah sama....
Dicipta daripada tanah...
Keturunan Nabi Adam dan Siti Hawa...
Misi tujuan utama kita juga sama
Bersiap bekal untuk akhirat....
Bila-bila masa akan dipanggil
dijemput malaikat Izrail
menuju hidup yang abadi
Ya....
Hidup di dunia singkat...
Umpama penggembara
Dunia adalah persinggahan
akhirat kekal abadi
Allahu Allah...
Kau Maha Mengetahui
Pimpinlah....
Bimbinglah kami...
Bantu kami dalam meneruskan langkah...
Selagi masih bernafas di dunia
Langkah harus diteruskan....
Ya Robbuna....
Sungguh ujian ini terasa berat
Namun Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambanya
Moga saja akan mendekatkan diri ini denganMu
Dan menjadi kaffarah, penghapus dosa-dosa....
Astaghfirullah hal 'adzhim...
Wa la haula wala quwwata illa billahil aliyyil 'adzhim....
Allah Pencipta kami....
Allah menghidup dan mematikan kami...
Allahlah yang memberi kami petunjuk dan rezeki
Allahlah tempat kami bergantung...
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani....
Allah sentiasa ada bagi hamba-hambaNya....
Daripada Allah kita datang,
dan kepadaNya lah jua tempat kita kembali
- Hamba Ilahi, 9 April 2014M-
0 comments:
Post a Comment