Bismillahirrahman nirraheem...
Assalamu'alaikum warahmatullah. Moga anda dalam keadaan sihat wal 'afiat. (^_^)
Anda sudah habis membaca karya novel pertama saya Nasi Kicap Telur Goreng? Tamatlah sudah sekadar 10 bab. Macamana apa pendapat anda tentang novel ni? [P/s: biarlah kita panggil novel walaupun pendek je.... (^_^) ]
Novel ni mulanya saya suka tajuk dia. Lepastu baru saya buat plot dan karang cerita. Saya akui saya perlu belajar lagi cara buat cover yang lebih mantap dan kemas. Tentang tagline lagilah sesuatu yang mencabar tapi saya taknak ambil masa terlalu lama. Letak je tagline: ' Simple, ambil sekadar perlu. Bukan penuhi semua kemahuan dan keinginan'. Memang tak gempak. Untuk novel ni elemen utamanya saya nak paparkan adalah kesederhanaan
Naurah Safiyyah- gadis yang datang daripada keluarga susah di waktu kecilnya membesar menjadi insan yang lebih menghargai dan sentiasa bersyukur dengan rezeki pemberian Allah.
Sementara watak heronya Muhammad Aniq Baihaqi- tidak pernah menghadapi kesusahan material, Bak kata orang, asal dari keluarga orang senang. Tapi kita tak boleh judge a person by its cover. Orang yang selalu memakai pakaian berjenama dan makan di tempat mewah, tak semestinya tak mahu dan selalu memandang rendah pada tempat-tempat biasa. Seperti situasi Baihaqi ni tidak tak berpeluang merasa semua tu sebelum bertemu Safiyyah.
Lumrah manusia inginkan kualiti terbaik gred A. Tapi tak semestinya harus memiliki benda yang mahal-mahal. Macam bab makan, asalkan halal, sedap,kebersihan terjamin dan perut berisi je sebenarnya. Betul tak? Selain tu saya nak ingatkan diri saya sendiri terutamanya dan pembaca untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian Allah walaupun nampak kecil. Kadang kita lupa tentang tu.
Rasanya itu sajalah komen saya tentang novel Nasi Kicap Telur Goreng karya sulung saya ini. Saya sendiri akui banyak kekurangan sana-sini tapi saya tetap teruskan dan post. Practise makes perfect kan? Itu lebih baik boleh juga tau komen dari orang yang membaca. Jadi apa pula komen dan pendapat anda? Sila-silalah sudi komen ya kat ruangan komen di bawah.
Salam sayang,
Dhia Faaezah
3 comments:
Da best (Y) !
Maaf saya baru perasan Shaefar komen kat sini. Terima kasih <3 =)
Post a Comment