Ads 468x60px

Tuesday, January 7, 2014

Jawapan Uji Minda (Keluaran 1)



Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Tanpa membuang masa, jom semak jawapan

1) Berapa surah yang ada dalam al-quran?
- 114 surah

2) Surah apakah yang digelar sebagai Ummul Kitab?
- Surah al-fatihah. Surah yang pertama dalam susunan.

3) Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah rasul utusan Allah yang terakhir pada umat manusia. Bilakah tarikh kelahiran baginda? 
- 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan hari Isnin 20 April 571M. (maklumat tambahan taqwim tahun hijrah dimulakan di zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab)

4) Malaikat Jibril telah ditugaskan Allah penghantar wahyu pada Rasulullah. Apakah ayat dan surah yang pertama diturunkan oleh Allah pada Rasulullah? 
-Surah al-alaq ayat 1-5.  tempat diturunkan: gua hira.

5) Apakah peristiwa Rasulullah naik ke langit. 
- Peristiwa Isra dan Mikraj. Berlaku pada 27 Rejab.  Kisah perjalanan rasulullah dari masjidil haram ke baitul maqdis dalam masa satu malam dengan kuasa Allah.

6) Apa nama solat sunat yang kita lakukan di siang hari selepas waktu Syuruk dan habis sebelum masuk waktu Zuhur? Hint: sinonim dikenali untuk mohon rezeki dari Allah.
- Solat sunat Dhuha.

7) Siapa nama malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa?
- Malaikat Izrail.

8) Apa bulan selepas bulan Ramadhan? Bulan apakah ia? Sila jelaskan secara ringkas.
- Bulan Syawal. Bulan kemenangan bagi umat islam setelah berpuasa selama satu bulan di bulan Ramadhan.

9) Siapa rasul Allah yang lahir tanpa bapa atas izin Allah lahir ke dunia dengan sempurna. Dikenali sebagai ruhillah.
- Nabi Isa. Ibunya bernama Maryam.

10) Sila sebut waktu solat yang 5.
- Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isya.

Macamana? Betul semua? Mabrouk.....Syukran kerana sudi menjawap. Sila mengikuti keluaran yang akan datang in syaa Allah.....


Read More »

Monday, January 6, 2014

Soal-Jawap Uji Minda (Keluaran 1)




Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Tanpa membuang masa, jom kita cuba jawap. Uji minda kita.

1) Berapa surah yang ada dalam al-quran?
2) Surah apakah yang digelar sebagai Ummul Kitab?
3) Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah rasul utusan Allah yang terakhir pada umat manusia. Bilakah tarikh kelahiran baginda? 
4) Malaikat Jibril telah ditugaskan Allah penghantar wahyu pada Rasulullah. Apakah ayat dan surah yang pertama diturunkan oleh Allah pada Rasulullah? 
5) Apakah peristiwa Rasulullah naik ke langit. 

Rehat sebentar. Tarik nafas, rileks. Mari sambung.

6) Apa nama solat sunat yang kita lakukan di siang hari selepas waktu Syuruk dan habis sebelum masuk waktu Zuhur? Hint: sinonim dikenali untuk mohon rezeki dari Allah.

7) Siapa nama malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa?

8) Apa bulan selepas bulan Ramadhan? Bulan apakah ia? Sila jelaskan secara ringkas.

9) Siapa rasul Allah yang lahir tanpa bapa atas izin Allah lahir ke dunia dengan sempurna. Dikenali sebagai ruhillah.

10) Sila sebut waktu solat yang 5.

Dah habis jawap? Tahniah!!!! In syaa Allah jawapan akan di keluarkan esok. =)
Read More »

Sunday, January 5, 2014

Zikir Amalan



Bismillah. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ni sudah 2 Rabiulawal 1435H bersamaan dengan 3 Januari 2014M. Cepatnya masa berlalu! Allahu Allah...Jom manfaatkan masa yang tersisa. 

Hari ni ana nak share ayat al-quran dan zikir yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian.

1) 3 qul (surah ikhlas, falaq dan an-nas) sebagai kita mohon pada Allah minta perlindungan agar terhindar dari segala bencana dan merbahaya.

2) Surah Fatihah atau dipanggil Ummul Kitab. Bila rindu seseorang sahabat, terkenang tapi jauh di mata atau faktor kesuntukan masa untuk meluangkan masa bersama, kirimlah doa pada Allah pemilik diri itu. Boleh juga untuk ibu bapa kita walau masih hidup. Tanda cinta dan kasih kita di samping doa.

3) Ayat kursi (surah baqarah ayat 255). Walaupun satu ayat je tapi fadhilatnya subhanallah hebat. Juga boleh dijadikan pelindung diri dari kejahatan yang ingin ditujukan kepada kita dan dari serangan makhluk yang lain samada yang nampak dengan mata atau tidak. Kelebihan orang yang mengamalkan ini juga turut ada tempias untuk ahli keluarga penghuni rumah dan jiran-jiran. How awesome is that?? Allahu akhbar. Kuasa Allah...

4) Amalkan baca ma'surat-himpunan zikir-zikir himpunan Hassan al-Banna. Ia adalah zikir yang diamalkan oleh Rasulullah sebagai zikir harian. In syaa Allah kita akan rasa tenang selepas membacanya. Banyak kelebihan membacanya juga.

5) Surah Al-waqiah untuk murah rezeki. Elok diamalkan membacanya setiap malam sekurang-kurangnya satu kali. Kalau nak baca banyak kali pun boleh je.

6) Surah al-Kahfi. Surah ke 18 dalam susunan al-quran. Bagus diamalkan setiap hari Jumaat.
“Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR An Nasa’i dan Baihaqi)


Macamana kalau sewaktu perempuan haid? Ana tidak berani sentuh bab hukum boleh atau tak membaca quran. Memang ada ulama yang kata boleh jika ayat al-quran tu sudah kita biasa amalkan dalam harian dan boleh kalau orang tu seorang hafizah penghafal quran. Memandangkan seorang ustaz yang diri ana kagumi, percaya dan hormati mengambil pendapat tidak boleh jadi ana mengikut pendapat itu. Ana cuba elak untuk membaca surah dari al-quran. Untuk safe mode lebih baik kita amalkan zikir je.

Antara zikir yang dapat kita amalkan banyak sebenarnya. Antaranya: 

 









Zikir Fatimah ni amalkan saat sebelum tidur dan waktu lepas solat fardhu. Boleh kaji di internet atau sumber lain kelebihannya. 

"...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.." (surah Ar-Ra'd ayat 28)

Tiada alasan sebenarnya untuk kita tidak menjaga hubungan dengan Allah. Diri kita yang selalu menjauhkan diri dari Allah. Tak boleh solat dan membaca quran(boleh je belek tadabbur isi terjemahannya) bukan bermaksud hubungan kita dengan Allah-Pencipta setiap apa yang ada di langit dan bumi  renggang. # Muhasabah untuk kita bersama ana dan anda. 

Sekian, perkongsian untuk hari ini. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri. Mohon maaf hanya cebisan sedikit perkongsian ilmu. Masa terlalu terhad. 


Read More »

Saturday, January 4, 2014

Masa Terus Berlalu...Mari Melangkah dan Manfaatkan




Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mari dengan semangat azam baru ni kita suntik semangat positif dalam diri kita. Selain perbaharui refresh azam yang pernah kita tetapkan untuk dicapai, jom amalkan:

1) Banyakkan istighfar pada Allah. Astaghfirullahal 'adzhim. 
2) Memperbanyakkan selawat buat junjungan besar utusan Allah pada kita iaitu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Tambah lagi sekarang ni bulan Rabiulawal bulan kelahiran baginda. Baginda berdakwah bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah islam. Dengan islam, kita akan selamat dunia dan akhirat dengan mengamalkannya bukan sekadar nama seperti dalam IC. 

Kita kata kita sayang baginda Rasulullah. Tapi macamana kita dengan islam? Alhamdulillah kalau kita berusaha mengamalkan dalam kehidupan seharian. Islam is a way of life dan mari kita berusaha untuk mengambil islam secara keseluruhan. Bukan saja islam saat solat, saat doa selamat, saat kenduri dan mengendalikan jenazah tapi dalam kehidupan harian kita. 

Contoh: Waktu azan berkumandang, kita bersegera sebagai hamba menjawap seruan itu untuk mendirikan solat.

-> Saat sebelum melakukan sebarang pekerjaan, mulakan dengan doa dan bismillah. Agar diberkati dan perbetulkan niat. Makan, tidur, kerja dan belajar boleh jadi satu ibadah dan kita boleh gain tambah pahala sebenarnya. Kebergantungan diri kita pada Allah dalam setiap apapun yang kita lakukan. 

Mari jadi optimis dan bersemangat wahai sahabat-sahabat sekalian. Ya berkata-kata lebih mudah dari mengamalkan apply&practising. Allah pandang usaha kita bukan keputusan yang kita akan dapat. Ana menulis lebih untuk mengingatkan diri sendiri dan berkongsi ilmu. Tegurlah dan bantulah diri ini wahai sahabat andai silap dan jatuh. Diri ini baru mula melangkah dan tidak sempurna dari terus melakukan kesilapan. 

Sampaikanlah walau satu ayat. Moga bermanfaat. Kenang diri ini dalam doa kalian. Moga kita diberi kekuatan iman dan hati untuk istiqomah dan tsabat di jalan kebenaran dan bersungguh-sungguh berlari menuju syurgaNya in-syaa Allah....

" Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir" (hadith riwayat Muslim)

Ana tutup dengan kisah Imam Hanbal dengan anaknya. 



Suatu hari, anak Imam Ahmad bin Hanbal iaitu Abdullah bin Ahmad bertanya kepada bapanya akan satu soalan:

“Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul-betul boleh berehat?”

Sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya, Imam Ahmad bin Hanbal dengan penuh hikmah dan tenang lalu menjawab soalan anaknya itu:

“Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita sudah melangkah masuk ke dalam Syurga.”
ALLAHU AKBAR!

Sekian, wassalam.
Read More »

Motivasi 5





Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullah....

Hari ni ana nak kongsi gambar motivasi je k. Santai....Semoga bermanfaat~

p/s: Please remain me in ur du'a.
Read More »

Friday, January 3, 2014

Perkongsian Ringkas Surah Baqarah 216

Bismillah.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk menulis di sini. Rasa untuk menulis membuak-buak dalam diri,rindu.

Ana nak share satu ayat. Surah Baqarah ayat 216.

"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)

Bulan Disember lepas, Allah beri diri ini ujian berupa sakit biasa. Alhamdulillah diri ini terfikir tentang ini.

Biasalah bila sedang bercuti, kita manusia ini akan melakukan benda-benda yang kita suka dan mahu terutama hal-hal yang tidak dapat dilakukan saat sibuk dan sebagainya.

Apabila sakit, kita akan lebih menjaga makan. Mengurangkan pengambilan makanan segera indomee, keropok, minuman sirap dan bikarbonat dan membanyakkan mengambil pemakanan sihat dan minum lebih banyak air. 

Islam itu menjaga dan memelihara. Kita tak suka tapi itu yang baik untuk kita seperti yang disebutkan dalam ayat al-quran di atas. Belum tentu apa yang kita suka itu baik untuk kita dan boleh jadi apa yang kita kurang berkenan tu sebenarnya bagus untuk kita. Macam ubat selalunya pahit tapi menyembuhkan kita dengan izin Allah.

Selain itu, bila makan Rasulullah mengajar kita untuk tidak makan makanan darat dan laut serentak.

Dengan itu, kita harus pilih nak makan makanan darat (seperti ayam, daging) atau makanan laut (seperti ikan, udang,sotong, kerang). Kita dididik untuk tidak tamak sebenarnya. Selain dari itu juga, kita kena duduk saat makan dan minum. Sebab makan atau minum berdiri itu kalau tak silap saya cara syaitan. Minum dan makan duduk mendatangkan hikmah kebaikan sebenarnya kita boleh kaji dari segi kesihatan. Ada kajian yang menunjukkan kalau kita minum atau makan berdiri, umpama apa yang kita telan tu umpama benda jatuh menghempap terus ke sistem pencernaan kita. Lebih kurang begitulah maksudnya anda boleh lakukan carian lebih lanjut di internet.

Alhamdulillah kerana dilahirkan sebagai islam. Mari syukuri dan manfaatkan kelebihan ini. Peringatan untuk diri ana dan anda sahabat-sahabat sekalian.

Pesanan: Ingatkanlah diri ini saat lupa.... T_T
Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates