Emma berbaring secara meringkuk di atas sofa ruang tamu. Sejak semalam dia tinggal sendirian memandangkan abang Fikri dan kak Atie tengah pulang ke kampung halaman abang Fikri dengan anak-anak. Pagi ni Emma sakit perut senggugut sebab itulah dia cuma berbaring.
Bunyi loceng di pagar rumah ditekan orang diabaikan. Mungkin penjual produk. Tapi lambat-lambat Emma berusaha untuk bangun menjenguk dari tingkap. Ternyata Ziyad yang berdiri di luar pagar rumah.
"Wa'alaikumussalam...Kenapa?" ucap Emma sambil menyarungkan selipar ke kaki. Sebaik memandang Emma melangkah keluar dari pintu rumah, Ziyad menyapa dengan salam tadi.
Langkah ke pagar rumah terasa sangat jauh jadi Emma cuma berdiri di beranda rumah. Sebelah tangan bertumpu di situ.
"Cuma nak pulangkan tukul yang saya pinjam semalam dari abang Fikri..." umum Ziyad. Sebelah tangannya diangkat sedang memegang tukul yang dimaksudkan.
"Oh...Kejap..." langkah Emma perlahan menghampiri pagar. Seboleh mungkin dia berusaha untuk mengawal tangan agar tidak memegang perut. Tukul bertukar tangan.
"Awak kenapa? Sakit ke?" tegur Ziyad. Dia perasan wajah Emma pucat dan lambat sahaja langkahnya.
"Sakit perut..." ringkas sahaja Emma mengungkapkan. Tidak berhajat untuk bercakap lama-lama.
"Dah makan? Saya boleh belikan di gerai makan tu. Awak nak pesan apa?" ringan sahaja Ziyad menawarkan diri memandangkan dia memang hendak singgah ke kedai runcit di sebelah gerai makan itu selepas ini.
"Eh takpelah...Menyusahkan je nanti..." cepat Emma menolak. Kalau selalunya memang dia susah nak tahan diri dari terus memandang Ziyad tapi kali ni dia lebih membuang pandang ke sekeliling dan tunduk. Tak selesa berhadapan dengan lelaki itu dalam keadaan sakit sebegini.
Ziyad melirik pada jam di tangan sambil merangka rencana dalam fikiran. Dia dapat mengagak Emma sedang sendirian di rumah. Emma melangkah ke arah rak perkakas besi untuk meletak tukul yang baru dipulangkan Ziyad.
"Awak baliklah...Abang Fikri dan kak Atie tengah tak ada kat rumah..." usul Emma mendatar sebaik tukul selamat diletakkan pada tempatnya. Dia tidak berhajat untuk melangkah semula ke pagar.
"Saya akan datang semula selepas dua puluh minit. Saya tekan loceng nanti..." sebaik mengungkapkan ayat itu, Ziyad berlalu tanpa menunggu Emma membalas atau berkata apa-apa.
Emma terus melangkah masuk. Nak cakap tak payah, Ziyad dah melangkah jauh. Memang tidaklah nak buat sesi kejar-mengejar macam dalam drama. Lagi-lagi waktu tengah sakit perut macam ni huhu.
*******
~~BERSAMBUNG~~ (^_^)
0 comments:
Post a Comment