Ziyad mengacau minuman di gelasnya dengan straw. Dia, Amran dan Haris sedang singgah minum di gerai makan selepas bermain futsal dengan rakan lain. Pesanan makanan mereka masih belum sampai.
"Salute aku pada Iman tu. Dia tu mualaf, walaupun baru dua tahun tapi ibadah dan kesungguhan dia mendalami Islam tu, masyaAllah lebih dari kita yang islam sejak lahir ni..." luah Haris.
Memang mereka ada mengajak Iman untuk keluar main futsal bersama tapi dia menolak. Hendak pergi ke majlis ilmu katanya.
"Itulah kan...Aku pun tengah usaha nak ikut tak bersalam dengan perempuan bukan mahram macam Iman dah berjaya amalkan..." tambah Amran. Kes sebegini nampak biasa pada masyarakat tapi sebenarnya menambah beban dosa. Hmm....
"Memandangkan sekarang sudah dekat bulan Ramadhan, aku cadang nak buat puasa sunat Isnin dan Khamis...Nak buat sama tak? Lagi ramai, lagi seronok bangun sahur dan iftar bersama" Ziyad menyuarakan hasrat hatinya sebelum menghirup minuman.
"Boleh jugak insyaAllah...Prektis jadi bila ramadhan nanti sudah terbiasa..." komen Haris sambil menikmati ABCnya. Sejuk dan sedap! Dia memang sudah memesan satu minuman tambahan iaitu teh tarik panas.
"Aku tak nak janji. InsyaAllah, tengoklah nanti..." ucap Amran pula apabila Ziyad dan Haris memandangnya menanti dia pula bersuara.
"Dan...Aku cadangkan sempena kedatangan Ramadhan kali ini, sebagai usaha kita untuk buat lebih baik dari tahun-tahun lepas, mari kita mula hidupkan tadarus membaca Al-Quran di rumah kita tu. Hidupkan cahaya dengan ayat-ayat cinta dari Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang..." usul Ziyad. Memang dia ada terfikirkan mengenai hal ini sejak beberapa hari kebelakangan ini.
"Projek good boy tu. Menarik, si Iman mesti suka. Hmmm iyalah, bila kita usaha mendekat pada Allah, hidup akan lebih tenang, lancar dan berkat, kan?" Amran berbicara sendiri namun masih dapat didengar kedua rakannya.
"Eh...Itu perempuan yang kena ragut dekat rumah kita tiga malam lepas, kan?" tebak Haris. Terus Amran dan Ziyad mengikut hala mata Haris.
"Memang dia...Moga dapat balik barang dia..." komen Amran dalam bentuk doa.
"Amin...Eh, dia macam tengah berjalan ke sini lah..." umum Haris dengan suara sedikit perlahan. Dia perasan memandangkan perempuan yang dimaksudkan dari arah depannya.
"Wa'alaikumussalam warahmatullah..." ucap mereka bertiga apabila si perempuan berdiri di sisi Ziyad dan mengucap salam.
"Saya nak ucap terima kasih atas teguran dan bantuan hari tu. Alhamdulillah semasa tengah buat laporan di balai polis malam tu, seorang peronda polis telefon. Dia sedang bertugas di kawasan kejiranan tu. Bila dia tengok peragut tu merempit motor laju 140km/jam, dia terus ekori dan pintas"
"Alhamdulillah saya dapat semula beg tangan dan ipad tu tanpa kehilangan apa-apa. Peragut tu tak nak mengaku mencuri tapi dah terang lagi bersuluh dia pegang beg tangan perempuan. Syukur sangat alhamdulillah..." ceritanya panjang lebar.
"Jadi kami nak adakan majlis doa selamat sikit malam ni di rumah. Kalau sudi dan lapang, jemput datang selepas Maghrib. Saya tinggal di rumah bercat hijau epal tu, rumah kakak dan abang ipar. "
"Datanglah ya...Cuma keluarga dan beberapa orang jiran je..." pintas seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Fikri, abang ipar kepada si perempuan. Dia baru selesai berurusan dari kaunter. Ada seorang kanak-kanak perempuan yang didukungnya.
"InsyaAllah..." ucap Ziyad mewakili rakannya yang mengangguk.
"Kita tak perkenalkan nama masing-masing pun tadi..." luah Haris kesal. Terasa macam kurang sopan.
"Tak apalah. Dah diorang tak tanya. Lagipun diorang macam nak cepat..." ulas Amran sambil mula menyuap makanan ke mulut.
*******
~Bersambung~
0 comments:
Post a Comment