Bismillahirrahman nirraheem...Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aali Sayyidina Muhammad (11x)
Alhamdulillah cerpen baru di sini... Kali ini cover cuma sederhana je seadanya. Mulakan membaca dengan bismillah ye. =)
Hijrah
Ulya
membelek-belek barisan tudung dengan berbagai warna. Lama dia berdiri di situ.
Susah untuk membuat pilihan kerana semua tudung-tudung itu cantik-cantik
belaka. Rambang mata dibuatnya.
“
Adik pilihlah tiga helai. Rezeki adik dapat percuma hari ni sebab ada orang dah
bayarkan kejap tadi...” seorang kakak pekerja butik itu menghampiri Ulya
memberitahu.
“
Eh?” bertaut kening Ulya ingin memastikan dia tidak salah dengar. Kakak itu
mengangguk dan mengulang kembali apa yang diucapkannya tadi.
“
Ambil je dik...Kakak percaya dia orang baik. InsyaAllah dia takkan nak minta
bayar balik atau nak balasan. Lelaki tu
pelanggan tetap butik ni jugak. Memang selalu dia datang sini teman mak dan
adik perempuan dia” Beria-ia kakak itu cuba meyakinkan bila jelas riak ragu di
wajah Ulya.
Akhirnya
dia terima juga dan buat tiga pilihan shawl
rona hitam, pink dan biru laut menjadi
pilihan.
‘Alhamdulillah,
langkah kanan’ detik hati kecil Ulya saat melangkah keluar dari butik itu
dengan satu beg kertas di tangan.
*******
Ulya
membaca post-it yang diterimanya
sewaktu di kaunter butik siang tadi. Insan yang sudah baik hati memberinya shawl percuma itu ada meninggalkan post-it itu untuknya sebelum berlalu.
Wanita itu indah sebab itu
dipanggil perhiasan dunia.
Secantik hiasan adalah wanita
solehah.
Perempuan lebih cantik kalau
bertudung. Allah pun suka.
Sebenarnya
Ulya tidak berhasrat untuk membeli di butik siang tadi. Koleksi baju kurungnya
masih banyak kerana jarang dipakai selain pada hari raya dan pergi kenduri
kahwin. Tudung pula rasanya kali terakhir dia selalu pakai sewaktu zaman
sekolah menengah dulu. Pejabat tempatnya bekerja memberi kebebasan kepada para
pekerja apapun gaya berpakaian asalkan bersesuaian.
Ulya
bangkit dari duduk di katil. Dia berdiri mencapai shawl hitam dan cuba menggayakannya di depan cermin. Janggal
memandang wajah sendiri di cermin tapi di saat yang sama Ulya rasa lebih
terjaga dan selamat. Terus dia mengorak langkah untuk menggosok baju yang akan
dipakai esok hari.
*******
Keesokan
harinya Ulya melangkah masuk ke pejabat dengan hati yang terasa lebih lapang.
Mungkin sebab tudung yang menutupi kepala dan rambut. Ataupun boleh jadi juga
sebab dah seronok cuti dua hari sebelum baru masuk kerja kembali. Ulya
menghadiahkan senyuman bila bertatapan mata dengan orang yang sedang
memandangnya.
“
Ya Allah subhanallah walhamdulillah...Aku ingatkan bidadari mana lah yang
singgah ni. Rupanya kau Ulya. MasyaAllah...Bila kau macamni, bertambah
berganda-ganda cantik!” komen Rose teruja.
Ulya
hanya senyum sahaja saat Rose memeluknya. Erat. Tak sangka sampai begini sekali
penerimaan rakannya ini. Semakin menambah keyakinan dirinya untuk terus berhijab secara
konsisten. Sebak dan terharu Ulya dibuatnya.
“
Ni aku datang jumpa kau ni sebab nak bagi kau mee goreng seafood. Aku masak
pagi tadi...” Ulya meghulur satu plastik berisi satu bungkusan yang telah
dipeknya sebelum keluar dari rumah tadi. Memang itu tujuannya bertemu Rose.
Mereka bekerja di syarikat yang sama tetapi tingkat yang berlainan. Rose di tingkat
tiga, Ulya pula di tingkat lima.
“
Tengahari nanti aku belanja kau makan tengahari k, insyaAllah. Kau pilih je
tempat kita nak makan” usul Rose.
“
Alhamdulillah rezeki datang bergolek lagi.Alhamdulillah...” Ulya melangkah
pergi setelah meminta diri dan mereka mencapai kata sepakat. Sejak kisah dia
dapat tudung ‘free’ masih belum dikongsi bersama Rose. Ulya bercadang untuk
memberitahunya tengahari nanti.
*******
“
Ulya!!!”
Tanpa
mengucap salam, Rose terus menerjah memanggil namanya. Ulya menjauhkan telefon
pintarnya dari melekap di telinga. Suara Rose di talian terlalu kuat dan
nyaring. Suara macam sedang cemas.
“
Kau dah kenapa ni Rose? Cemas semacam...” tegur Ulya. Dilirik jam di dinding.
Baru jam lapan pagi.
“
Mee goreng yang kau bagi aku semalam, kau ada letak apa-apa yang berasaskan
kacang tak?” diterpa dengan soalan itu spontan membuatkan kedua kening Ulya
bertaut. Cuba untuk mengingati menu sarapan yang dimasaknya semalam.
“Ada...Kat
topping dia aku letak kacang yang dikisar halus, hirisan telur goreng dan daun sup.
Kenapa?”
“
Ya Allah!!! Ulya!!!” Rose kembali bersuara tinggi semakin cemas.
“
Pagi semalam, bos aku Encik Shah Jihan tu tengah lapar waktu masuk ofis. Bila
dia minta tolong aku buat pesanan delivery order, aku
bagi dia mee goreng kau tu. Dia makan je. Sejak malam tadi dia sakit perut
sampai sekarang. Dia alergik dengan bahan kacang. Habislah habislah...” Rose terus-terusan
bercakap meluahkan kebimbangannya. Dengan Ulya sekali terjangkit risau
dibuatnya.
“
Itulah kau. Pandai-pandai bagi kat dia padahal dah tau dia tak boleh makan
kacang...” marah Ulya. Tak pasal-pasal jadi hal sekarang.
“
Manalah aku tau. Aku tak tengok dulu sebelum bagi dia tu. Niat aku murni tau
nak bagi kongsi rezeki yang ada. Huhu. Kau tolonglah aku Ulya...Bos aku tu.
Kesian dia” pinta Rose cuba untuk meraih simpati atas kesalahan yang dibuatnya.
“
Dah tu kau nak aku buat apa? Bukannya aku boleh buat apapun...Ini kan waktu office hour, kerja mesti tetap jalan. Kalau dia tengah rehat kat rumah, kau
tengoklah dia. Atau kalau dia masih belum kahwin, dan masih belum pergi klinik
lagi, kau teman dia pergi sebelum dehydrate
teruk nanti” usul Ulya memberikan cadangan bernas. Hanya dua pilihan itu yang
ada di fikirannya.
Ulya
masih melekapkan gagang telefon pejabat di telinga. Sambil berbual dengan Rose,
tangan dan fikirannya turut sama bergerak meneruskan kerja. Banyak kertas yang
perlu dia teliti hari ini.
“
Aku tak tau Encik Shah Jihan tu dah pergi klinik atau belum. Dia cuma hantar whatsapp aje tadi bagitau dia tak masuk
ofis hari ni dan dia tanya mee semalam tu ada kacang atau tak.”
“
Rose... Aku kena tutup telefon ni. Bos
aku panggil aku. Dia dah buat isyarat panggil aku masuk bilik dia...Kalau ada
apa-apa, kau update kat aku eh.
Assalamu’alaikum” gagang diletak kembali ke tempatnya.
Ulya
mengemaskan ala kadar meja yang sedang berselerak sebelum berdiri dan membawa
dokumen yang perlu menuju ke bilik bosnya.
*******
Oleh
kerana rasa bersalah menghantui diri, petang itu selepas habis waktu bekerja, Ulya
memberanikan diri melawat ke rumah Encik Shah Jihan merangkap bos pada Rose.
Pada
mulanya Rose akan turun pergi berkunjung bersama. Tapi dia membatalkan di saat
akhir kerana ibunya memintanya untuk pulang awal sebaik habis kerja. Jadi untuk
mengurangkan rasa bersalah, Ulya memberanikan diri meneruskan niat berkunjung
ke rumah keluarga Encik Shah Jihan.
Ulya
sempat menelek penampilannya sebelum keluar daripada kereta Myvi biru gelap
metaliknya. Penampilannya ala-ala perempuan melayu terakhir dengan baju kurung
dan tudung. Ulya melangkah dengan keyakinan menuju ke pintu masuk rumah.
“
Ini Ulya kawan Rose tu ya?” seorang wanita sebaya mummy yang menyambut di muka
pintu sebaik Ulya menekan loceng rumah.
“
Ya makcik” Ulya bersalaman dengan makcik yang memperkenalkan diri sebagai Bonda kepada Shah Jihan. Memang Rose ada menghubungi ibu kepada Shah Jihan itu akan
kedatangan mereka. Rose memang sudah pernah bertandang di situ dan kerap berhubung dalam telefon
bersama ibu kepada Shah Jihan.
Setidaknya
Ulya rasa lega kerana kedatangannya sudah diketahui Bonda pada Encik Bos si Rose
ni. Kalau tidak, jenuh juga hendak menerangkan siapa dirinya kepada Encik Bos
dan kenapa dia datang. Bonda Shah Jihan meminta Ulya untuk memanggilnya bonda
sepertimana anak-anaknya, kawan anak-anaknya dan Rose sendiri turut
memanggilnya begitu.
Ulya
berkali-kali meminta maaf pada Bonda. Shah Jihan sakit perut gara-gara Rose
memberikan mee goreng yang dimasaknya pada Shah Jihan. Bonda tidak
menyalahkannya.
“Bukan
salah Ulya. Biasanya Shah sarapan di rumah tapi semalam dia moody. Adik lelaki dia buat bising
pasang lagu kuat-kuat waktu Shah tengah tidur malam. Jadi pagi semalam dengan
tak cukup tidur ditambah adik bongsu
buat drama swasta pakai baju opah siap berkain batik bagai waktu sarapan. Shah
minum sikit je sebelum keluar pergi kerja. Itu yang dia lapar dan cuai tu...”
panjang lebar Bonda bercerita. Memang itu yang terjadi.
“Shah
sejak pagi tadi dalam bilik berbungkus dalam selimut tak nak keluar. Keluar
cuma pergi tandas, solat dan minum air. Dia tak nak makan langsung. Dia cuma
sapu perut dengan minyak panas dan tunggu baik sendiri” Bonda menyambung
cerita. Bonda masih kelihatan anggun biarpun sudah bergelar nenek. Sempat Ulya
menelek gambar yang ada di sangkut di
dinding. Ada beberapa orang kanak-kanak dalam foto keluarga itu yang Ulya agak
tentu cucu kepada Bonda.
Ulya
menggaru kepala yang tidak gatal sambil senyum mendengar ibu Shah Jihan
bercerita. Dia terkial-kial samaada hendak menjenguk Shah Jihan atau tak. Tak
manis rasanya orang perempuan masuk ke bilik anak teruna orang. Lagi-lagi waktu
si teruna tu dalam keadaan tidak sihat macam ni.
“Dia
pandai makan salmon dan asparagus tak Bonda?” tanya Ulya setelah terfikirkan
sesuatu.
“Waktu
biasa memang dia akan makan...Tapi kalau dia kata tak, memang tak makan lah
jawapnya Ulya. Dia tu keras sikit...” komen Bonda mengenai karenah anak
bujangnya itu.
“Rasanya
tak elok saya jenguk dia kat bilik. Jadi saya ingat, kalau Bonda setuju, saya
nak masakkan dia bubur nasi dan salmon asparagus. Kebetulan saya singgah beli bahan-bahan
waktu beli epal ni tadi...” cerita Ulya sekaligus meluahkan hasratnya. Dia
memilih epal merah sebagai buah tangan berkunjung.
Setelah
meyakinkan Bonda yang itu tidak menyusahkan dirinya, barulah Bonda mengizinkan
dan membawa Ulya ke ruang dapur.
Tidak
sampai setengah jam, hidangan bubur dan salmon asparagusnya siap. Dan tanpa
disangka, Shah Jihan turun sewaktu Ulya sedang menyiapkan hidangan ke dalam
mangkuk.
‘Nasib
baik dia turun waktu aku dah habis masak. Kalau belum siap tadi, mesti aku jadi
terkial-kial nak memasak’ detik hati kecil Ulya sambil meyiapkan hidangan.
Pembantu rumah Bonda menemaninya di dapur jadi mudah kerjanya. Cuma perlu cakap
apa yang dia perlukan tanpa perlu mencari bekas pinggan mangkuk bagai. Setelah
itu Ulya berkira-kira menyusun kata untuk meluahkan permintaan maafnya.
Shah
Jihan turun dengan baju tanpa lengan berhoodie. Rambut yang tidak bersisir
langsung tidak menjejaskan penampilannya.
Dia masih nampak macam model iklan lelaki melayu.
*******
Kalau
hendak diikutkan hati, memang Shah Jihan tak nak turun bila Bonda memaklumkan
kedatangan kawan kepada Rose, pembantu peribadinya. Dia bukannya kenal sangat
dengan Ulya yang bekerja di bahagian dan tingkat bangunan yang berbeza. Hanya
sesekali dia terserempak bila Ulya berjalan bersama dengan Rose.
“Turunlah
kejap Shah...Untuk menghargai usaha Ulya tu. Ulya yang bersungguh nak masak,
Bonda tak minta pun. Dan dia tak minta Shah turun pun sebenarnya. Cuma iyalah.
Kita orang melayu ni kaya dengan budi bahasa. Orang berbudi, kita hargai...”
tegur Bonda memujuk sambil duduk di katil anak bujangnya itu.
Bila
Bonda memujuk dan bagitau budak Ulya tu sedang memasak untuknya dibawah, Shah
Jihan turutkan juga permintaan Bonda. Apa yang dikatakan Bonda memang ada
betulnya dan dirinya tidak menganggap Ulya bersalah. Sebaliknya Shah Jihan
menganggap sakit perut in ini adalah sebagai kaffarah, penghapus dosa.
Ulya
hanya bertemu dengan Shah Jihan sekejap meminta maaf sebelum meminta diri untuk
pulang.
Shah
Jihan memerhati dua hidangan yang disediakan Ulya. Satu bubur nasi yang dihiasi
di atasnya dengan hirisan daun sup, lobak merah dan telur goreng. Satu pinggan
lagi adalah salmon dan asparagus yang dimasak dengan sosnya. Sejujurnya, dari
segi luaran memang hidangan itu berjaya membuka seleranya. Sangatlah menggoda
untuk cepat-cepat ambil sudu dan merasa. Tekak yang rasa kesat dan pahit
ditolak tepi terus.
Sedang
Shah Jihan menggelamun memerhati masakan Ulya, Yasmeen si puteri bongsu duduk
di sebelahnya.
“
Apa ni dik?” marah Shah Jihan bila si
adik tiba-tiba muncul menangkap gambar masakan Ulya.
“
Nampak macam best je. Pandai buah
hati abang masak” komen Yasmeen tanpa memandang abangnya, Shah Jihan.
Jari-jemari ligat menaip di atas skrin telefon pintarnya.
Syah
Jihan mula makan bubur suapan pertama tanpa membalas. Tangan kirinya lurus
menegak umpama benteng. Dia tahu apa yang akan jadi seterusnya bila si adik
duduk di sebelah saat dia makan.
“Abang...”
rengek Yasmeen dengan suara beralun-alun.
“Nak
sikit...”
“No...Kau
tu perempuan. Masak sendiri” sedas Shah Jihan memerli si adik sambil meneruskan
suapan. Memang sedap bubur dan ikan salmon asparagus buatan Ulya.
Bila
lengannya menjadi sasaran pautan Yasmeen, barulah Shah Jihan mengizinkan si
adik merasa. Itupun hanya satu suapan. Selebihnya dia makan sendiri. Rungutan
si adik langsung tidak dipedulikan.
*******
Rose
memandang sahabat yang duduk di sisinya. Dia dan Ulya mula berkenalan sejka
mereka hadir untuk sesi temuduga di syarikat tempat mereka bekerja sekarang.
“Alhamdulillah
bila bertudung ni kau nampak makin cantik dan ayu Ulya...” Puji Rose secara
ikhlas.
“Kau
ni tak sudah-sudah nak puji aku...” Ulya senyum sambil beristighfar di dalam
hati. Menjauhkan rasa bangga dan menunjuk-nunjuk singgah di dalam hati.
Ulya
menunduk memandang jari-jemarinya. Sengaja dia mengajak Rose keluar selepas
habis waktu kerja. Secara tidak langsung ingin membina semangat dan kekuatan
untuk berdepan dengan mummynya yang akan pulang ke tanah air esok.
“ Allah
tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat
pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang
telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya
memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan
berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah Al-Baqarah: 286)
Rose
membacakan tafsiran itu. Usai membaca, dia mendepangkan tangan kanannya memeluk
Ulya di sisi menyalur semangat. Sebentar tadi Ulya ada menceritakan padanya
kerisauan hati akan penerimaan mummnynya bila dia mula bertudung di kepala ini.
“Allah give trials and obstacles as what HIS
servant ability. Allah tu Al-‘Aleem, Maha Mengetahui, DIA tahu apa yang
terbaik bagi hambaNya. Ada hikmah di setiap yang terjadi. Mungkin Allah nak
ajarkan sesuatu. Doa banyak-banyak. Mungkin Ulya yang banyak fikir, itu yang
risau. Mungkin saja dengan izin Allah, mummy suka bila Ulya dah berhijab
macamni. Anak solehah penyejuk mata mummy daddy, insyaAllah.” Rose menabur kata
semangat dan motivasi.
Ulya
hanya mendengar tidak bersuara. Mencerna kata-kata Rose. Tanpa sedar dia
menarik nafas dalam-dalam.
“Jom
aku belanja aiskrim Baskin Robbin” ajak Rose yang tiba-tiba berdiri memaut
lengan kiri Ulya agar turut berdiri.
“Moga
lepas makan aiskrim nanti, hati kau pun sejuk dan lebih tenang dengan izin
Allah...” ucapan berbentuk doa itu Rose ungkapkan sambil menatap ke anak mata
Ulya.
~~Bersambung~~
p/s: Macamana? Saja tak bagitau dari awal cerpen bersambung. Kalau ada permintaan insyaAllah akan disambung secepatnya...Do drop a comment ye. Terima kasih~
2 comments:
best menarik, sambung lg.
Alhamdulillah. Terima kasih Miza Lan sudi singgah membaca karya saya dan komen. Stay tune~ teruskan mengikuti bab2 seterusnya ya. (^_^)
Post a Comment