Assalamu'alaikum warahmatullah wmt. Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi. Really2 soon we will leave this dunya...
Alhamdulillah tahun lepas 2014M adalah tahun paling banyak saya beli buku terutama jenis pengisian rohani. Jadi dalam entri ni saya nak kongsi antara penulis2 yang saya suka dan pernah baca beberapa buku diorang.Bismillah...
1) Hilal Asyraf.
Tak perlu diperkenalkan lagi. Memang dah popular. Buat masa sekarang dah lebih 20 buah buku yang beliau tulis dan diterbitkan. Antara buku2 beliau: Sebelum Aku Bernikah, Untuk Kita Pendosa, Simfoni Cinta dan banyakkkk lagi. Berikut ni antara yang saya suka. Sinergi tu tentang persahabatan dan cinta. Boleh google lagi sinopsis buku2 ni dan karya Hilal Asyraf yang lain.
2) Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi
3) Ustaz Pahrol Muhd Juoi.
4) Buku yang saya tengah baca sekarang Sejuta Pelangi tulisan Oki Setiana Dewi- heroin Ketika Cinta Bertasbih.
4) Aiman Azlan, Yasmin Mogahed, Afdholul Rahman (Pimpin Aku Ke Syurga) dan banyakkk lagi.
Jom sama-sama usaha untuk banyakkan membaca. If you stop learning, you stop leading. Buku utama nak dibaca setentunya al-quran. Selain tu kena baca buku yang mendekatkan diri kita dengan Allah dan islam. Amalkan budaya membaca. =D
Oh ya. Memang waktu zaman remaja dulu, saya boleh dikatakan kaki novel. Di usia sebelas tahun saya dah baca lebih sepuluh novel. Setahun selepas tu dah tiga puluh lebih. Tapi bila kakak dah berhenti beli novel, saya jadi jarang baca tapi masih teruja nak beli dan beli sendiri dulu...Lepastu saya didik diri 'berpuasa' dari beli buku. Mula2 memang mencabar sangatttt. Bit by bit, Alhamdulillah nak dekat dua tahun saya tak beli novel dek keterbatasan kewangan. Memang banyak nak dibeli bila dah ada income sendiri nanti. Terutama dari penulis faveret yang disukai. (p/s:Tak payah bahaskan panjang2 k. =) )
Alhamdulillah kebanyakan buku2 beli tahun 2013 tu atas ihsan insan2 tersayang. Haza min fadhli robbi. Jazakumullah khairan katsiran moga rezeki mereka semakin melimpah ruah dan dipermudahkan urusan dan berjaya duniawi dan ukhrawi. amin amin amin.
0 comments:
Post a Comment