Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh. Cuma perkongsian ringan yanglebih kepada jurnal harian.
Pagi: Peringatan dari Allah akan nikmat sihat dan masa yang masih berbaki hidup di dunia. Sila jaga kesihatan itu antara hak badan dan anggota tubuh kita ye cik kak semuanya.
Petang: Ada pertemuan dengan seorang kakak untuk projek yang akan dibuat bersama kat tempat kawasan suasana expo. Pesanan untuk diri sendiri-> Berbelanja berpada-pada bukan nak penuhi semua keinginan dan kehendak kita. Lagipun, nafsu ni tak akan puas. Macam2 yang kita nak lagi2 kalau bab makanan. =/
Bila pulang, jauh di sudut hati, rasa terdiam sebenarnya bila ada komitmen baru ni(tak perlu nak cerita detail k). Teringat perkongsian salah seorang sahabat 'worry ends when faith begin'. Antara maksudnya bila kita percaya dengan ketentuan Allah kita tidak akan risau. Rukun iman keenam: percaya pada qada' dan qadar yang ditentukan Allah. Cheer up and take positive~ =)
Lepastu, perkongsian seorang sahabat yang masih tahap baru kenal tentang blog. MasyaAllah. Dari blog dia terserlah yang dia digest ilmu/perkongsian halaqah/majlis ilmu. Dia kongsi blog seorang sahabat lain yang menjadi inspirasinya. Bila saya tengok, masyaAllah...mantap dari segi gerak progress dia dalam dakwah, islah ummah, berkongsi keindahan islam. SubhanAllah walhamdulillah. Betapa jauhnya diri ni dari diorang. Sekarang, saya tak dapat tidur mungkin sebab banyak benda yang ada di fikiran dan malam ni lebih kurang jam 8-10 malam tadi saya makan coklat. Cuma sikit tak sampai satu bar pun tapi effectnya ya Allah...T_T.
Jadi saya membelek buku Sejuta Pelangi tulisan aktres Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi. MasyaAllah pastinya Allah yang nak saya baca. Kebetulan kena dengan situasi tadi:
Setiap manusia akan saling melengkapi karena mereka memiliki beragam potensi. Masing2 kita diberi kesempatan untuk bisa mengembangkan diri. Manusia memiliki potensi diri yang dapat menjadikannya lebih berharga dan berbeda dengan manusia lainnya, jika ia mampu menggali dan mengolah potensinya...
Kita jelas tidak sama sehingga takkan bisa diperbandingkan. Aku adalah aku dengan segala potensiku, dan kau adalah kau dengan segala potensimu. Jika kau mau membandingkan, bandingkanlah dirimu dengan dirimu sendiri. Apakah hari ini kau lebih baik dari kemarin, apakah esok lebih baik dari hari ini?
Saat membaca bahagian ini, membuatkan saya teringat akan kata2 lebih kurang berbunyi umat islam umpama satu bangunan. Satu kelompok menyumbang simen, setengahnya menyumbang air, pasir dan batu, setengahnya menyumbang tenaga, satu golongan lagi mungkin menyumbang cat dan jubin2 dan sebagainya. We complete each other, saling melengkapi insyaAllah. Jadi tersenyumlah dan terus gali dan asah bakat dan potensimu...=))
Bercerita tentang bakat. Ada yang born with it, gifted dan ada yang dengan cara belajar dan mengasah bakat tu. Jadi andai kamu bercita2 nak menjadi penulis novel, penceramah atau pendakwah dan lain2, teruskan bermimpi meski sekarang nampak mustahil dan jauh untuk digapai.
Seperti yang OSD kongsi dalam buku Sejuta Pelangi ni. Dia kata Oki kecil dulu pernah bermimpi@ bercita2 nak jadi aktres dan sekarang memang dia berjaya memenuhi cita2 tu dengan lakonan pertamanya Ketika Cinta Bertasbih. Selain itu Obama dulu bercita2 jadi presiden. Memang benar kan dia sekarang menjadi presiden?. Selain itu Pemilik Microsoft pernah kata nak jadikan komputer tu satu keperluan(tak ingat ayat sebenar tapi maksudnya memang macamni). Kawan2nya gelakkan dia, hasil sekarang? Memang komputer satu keperluan dan kebanyakan secara purata satu rumah memiliki sekurang2nya satu komputer atau laptop.
Sampai sini saja coretan kali ini. Mohon maaf andai ada salah silap atau ada yang terasa hati dengan entri2 tulisan saya di dalam blog ini. InsyaAllah kalau panjang umur, kita bertemu lagi dalam entri yang lain. Akhir kalam, yang baik datangnya daripada Allah Subhanahu WaTa'ala, dan yang buruk datang daripada diri kita sendiri.
Wallahu 'alam bissawab.
(Ini schedule post. written on 2/1/15. )
0 comments:
Post a Comment