Kau
Tak Sendiri
" Kenapa ni? " tegur Aisya bila Nurina
diam. Seakan termenung jauh.
Nurina menoleh memandang Aisya yang
menegurnya di sisi. Tanpa sedar dia mengeluh. Kedamaian dan ketenangan duduk di
tepi pantai tidak dirasai kali ini.
" Kan kita tengah kat tepi pantai ni. Kau yang
beria-ia nak datang..." tegur Aisya lagi. Memang sejak minggu lepas
sahabatnya itu yang merancang untuk pergi bersama.
" Entahlah...Semalam aku tak dapat tidur
lena..." luah Nurina.
" Sebab?" soal Aisya.
" Erm..." Nurina cuba untuk mengatur
ayat. Aisya menanti Nurina menyambung cerita.
" Semalam, aku tengok kat tv, artis feveret
aku mengaku tengah bercinta dengan heroin lakonan bersama dia" tutur
Nurina membuka cerita.
" Jadi? " Aisya mahu Nurina
menyambung cerita. Dia belum dapat menangkap apa yang ada di fikiran
sahabatnya. Jarang dia macam ni buka topik pasal artis.
" Aku frust..." adu Nurina tanpa
memandang Aisya. Sebaliknya dia tunduk memandang pasir.
" Ala...Sejak bila pula kau macam ni? Selalu
kau tak suka mana-mana artis..." komen Aisya. Musykil.
" Sejak...Sekarang? Hati kita kan
berbolak-balik. Semalam tak suka hari ini boleh jadi suka..." Nurina buat
muka bosan. Terserlah kekusutan yang membelenggu di wajahnya.
" Artis mana? Melayu? Korea? Mandarin? "
" Adalah...Siapa dia tak penting. Aku nak
minta tolong kau ubati hati aku je..."
" Kau cakaplah...Aku dengar..." pinta
Aisya tenang.
" Betullah...Aku betul-betul maksudkan apa
yang aku cakap...I lend you my shoulder and time now for you..."
Aisya mengulang kata-katanya dalam bentuk lain cuba meyakinkan bila Nurina
memandangnya tanpa kata dengan wajah seakan ragu.
" Cakaplah...Tentang aktiviti kau semalam
ke..." usul Aisya bila Nurina masih berdiam diri.
" Hmmm...Semalam sebelum zuhur aku ada tengok
program bual bicara Dr. Fadzilah Khamsah"
" Berdasarkan kajian yang dia buat, antara
faktor penceraian berlaku disebabkan perkahwinan tanpa restu orang tua, suami
atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak menjaga solat, " Nurina
berhenti bicara bilamana Aisya menaikkan tangan isyarat mahu mengatakan
sesuatu.
" Chup...chup..."
" Berbalik pada artis feveret kau
tu...Dia islam tak? "
" Em...Entah...Mungkin iya mungkin
tidak..."
" Kalau dia islam, faktor kedua yang kau sebut
tadi tu boleh jadi dia kategori tu. Aku bukan nak racist atau pandang
serong pada orang yang jadi artis ni semua negatif. Tak...Bukan macam tu. Aku
cakap secara umum termasuk orang yang bukan artis macam kita ni. Kadang
terbabas solat juga dan lalai dari mengamalkan syari'at islam" Aisya
bermuhasabah. Memang itu hakikatnya.
" Lagi...Apa lagi yang kau buat semalam? soal
Aisya secara tidak langsung meminta Nurina menyambung cerita.
" Aku tengok perkembangan isteri artis. Artis
tu dah meninggal tahun lepas "
" Waktu aku tengok tv, aku terfikir dan dapat
rasakan. Kalau dulu ada tempat bergantung dan teman bergurau tapi sekarang
dialah ibu, dialah ayah. Tanggungjawap menjaga anak-anak yang mula meningkat
remaja tergalas di bahunya seorang..." Nurina memandang jauh ke arah
hamparan pantai di depan mereka duduk.
" Nampak sangat wajah sugul dia waktu
ditemu-bual tu. Sedih, sayu. Dulu dia ceria. Orang yang memandang kemesraan
pasangan itu pun boleh merasa tempias kebahagiaan mereka" komen Nurina
berdasarkan pemerhatian matanya
" Biasalah...Kita semua ini kan makhluk Allah.
Cepat atau lambat, setiap dari kita akan kembali dengan izinNya..."
perlahan saja suara Aisya menyambung.
" Allah lebih menyayangi. Itu yang dia pergi
dulu. Mungkin untuk sedarkan hambaNya untuk kembali bergantung hanya pada Dia
Yang Menciptakan kita. Kecintaan pada dunia atau makhluk secara sedar atau
tidak telah melekakan kita dari menjadi hamba dan khalifah Allah. Itu cuma
pendapat aku. Peringatan untuk diri ini dan untuk kau juga Nurina..."
Aisya melemparkan senyum pada sahabat di sebelah. Mereka sedang duduk di atas
satu bongkah batang pokok berlantaikan pepasir halus di tepian pantai. Angin
beralun lembut menghadirkan ketenangan buat hati yang menikmati keindahan alam.
" Orang yang kau maksudkan ni Almarhum Ustaz
Uje ke?" tebak Aisya memecah kesunyian antara mereka.
" Yup"
" Aku pun tengok petang semalam. Jom
sedekahkan fatihah" mereka berdua menadah tangan dan membaca fatihah tanpa
suara.
Ustaz Uje atau nama sebenarnya Ustaz Jefri
Al-Buchori merupakan pendakwah di Indonesia. Ramai kalangan anak mudah di sana
yang merasa kehilangan setelah pemergian permata itu.
" Alhamdulillah syukur Allah bagi kita peluang
untuk mengenalinya walau setelah pemergian almarhum..." ucap Nurina.
Memang pemergian ustaz itu mendapat liputan meluas
media di Indonesia. Melalui televisyen, Nurina dan Aisya mula mencari rakaman
ceramah beliau di internet. Memang menarik dan cara penyampaiannya juga mudah
untuk di terima. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya di kalangan orang
beriman. Amin.
" Lagi? Cerita lain?" soal Aisya.
" Itu ajelah kot...Aku rasa sayu..."
Nurina masih muram.
" Itu cuma perasaan. Selagi kita hidup, kena
teruskan perjuangan. Semakin kita menginjak dewasa, tanggungjawap akan semakin
bertambah. Dengan pelajaran, tugasan, amanah dan macam-macam..." Aisya
cuba untuk menaikkan motivasi sahabatnya.
" Cuba tengok kat sebelah kiri tu..."
gesa Aisya. Nurina memandang sekilas sebelum menunduk memandang pasir semula.
" Aik? Kau kan suka kat abang
tentera..." giat Aisya dengan suara meleret. Mengusik. Cuba untuk
menceriakan Nurina kembali.
" Itu dulu...Lagipun kita kena jaga pandangan
cik kak Aisya. Sila rujuk surah AnNur ayat 31..." gurau Nurina. Kali ini
baru dia senyum.
" Cakap pasal tentera, you reminds me to
one of Rasulullah's sahabah. Zubair ibnu al-Awwam..Aww..Masya Allah"
barulah nampak keceriaan di wajah Nurina. Teruja.
" Obses sangatlah kau ni Nurina..."
" Ala...Allah dan Rasulullah tetap di tangga
teratas carta hati insya-Allah...Hehe" Nurina senyum comel menampakkan barisan
depan gigi. Terserlah lesung pipit di kedua pipinya. Memang dia comel.
" Cuba bagi 10 sebab kau suka sangat tu"
pinta Aisya.
" Sebab, dia antara salah seorang dari 10
orang sahabat yang dijanjikan syurga. Zubair Radiallahu Anhu antara sahabat
yang selalu ikut serta berperang bersama Rasulullah dan sahabat lain. Selain
tu, nama Zubair mula dengan huruf Z. Hehe" Nurina gelak kecil dihujung
ayatnya. Sedar sendiri alasan terakhirnya tidak kuat.
" Lagi? Baru 3 sebab. Aku nak 10"
" Alah...Cukuplah tu...Kalau kau nak aku
cerita kisah hidup sahabat ni , boleh juga. Nak? " dengan senang hati
Nurina menawarkan diri untuk bercerita.
" Thanks but no thanks. Dah berulang
kali kau ulang cerita kat aku. Bulan ni dah 3 kali tau" Aisya sengaja
membesarkan mata tanda serius.
" Alah...Setiap kali aku cerita mesti ada
kisah baru kan. Jadi tak rugi pun...Hehe" balas Aisya.
*******
' Demi Allah, aku tidak kuat tapi kerana Allah,
aku harus kuat'
'...."Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau
menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah
kami dari azab neraka' (Surah Ali Imran: 191)
Status yang baru dimuatnaik Nurina terus membuatkan Aisya mencari masa untuk
bertemu dengan sahabatnya itu.
Rasulullah diuji dengan ujian yang hebat.
Dilahirkan ke dunia tanpa sempat bertemu ayahnya walaupun sekali. Kemudian
sewaktu masih kanak-kanak satu demi satu Allah ambil ahli keluarganya pergi.
Begitu juga anak-anak lelaki dan perempuan Nabi dan isteri kesayangan Nabi
iaitu Siti Khadijah Radiallahu 'Anha. Itu belum lagi cubaan yang Nabi hadapi
dalam menyebarkan dakwah islam. Baginda Nabi tetap sabar dan tabah. Allah
pernah tawarkan gunung-ganang menjadi emas buat Baginda Rasulullah tapi Nabi
tolak.
" Orang yang hebat diberi ujian yang hebat. Tempatnya
di syurga nanti pun special di sisi Allah insya-Allah. Ujian juga
menjadi penghapus dosa andai kita redha"
" Sahabat...Dalam al-Quran berulang kali Allah
sebut Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNya. Ujian ni kayu ukur
sejauhmana keimanan kita pada Allah"
" Kadang kita bertanya. Kenapa aku diuji
begini? Sebab Allah tahu kita mampu lalui. Allah tahu tahap kita dapat
bertahan. Terpulang pada diri kita untuk pilih cara menangani. Waktu susah kita
nampak diri sebenar orang. Bukan waktu senang "
" Allah uji sekarang, mungkin saja untuk
persiapkan kita melalui ujian yang lagi hebat dan masalah lagi besar di masa
depan "
Walau jauh akan ku gegas berlari
Walau tinggi bisa ku terbang di langit
Walau sedalam mana akan ku selami
Kerna cinta sedalam itu
Mekar bila ku dekat padaMu...
" Bukankah dengan mengingati Allah hati akan
menjadi tenang " Aisya senyum usai menutup bicara dengan petikan ayat
daripada Al-Quran itu.
" Nak tau lagu apa yang sedang bermain
dalam fikiran aku? "
" Kau selalu ada, tika gelisah, kau beri
senyuman, bila kuresah, kau janji setia, setiap kisah, hingga berjauhan, tetap
di wajah...Dan..terindah. Allah selalu bersamamu. Oh Allah..selalu bersamamu..."
Aisya menyanyi secara rawak gabungan dua buah lagu.
" Hidup ini singkat. Selagi
kita bernafas, langkah harus diteruskan. Kita yang memilih langkah menuju ke
syurga atau neraka Allah. Syurga dikelilingi dengan banyak ranjau dan duri.
Sementara neraka pula dikelilingi dengan perkara yang nafsu kita suka. Moga kita dalam kategori yang pertama. Ahli
syurga. Allahumma amin...Allahumma taqabbal du’a…"
*******
Sebaik pulang dihantar oleh Nurina dan pemandunya,
Aisya terus masuk ke dalam rumah. Bilik tidur menjadi hala tuju langkahnya.
Selepas meletak beg dan menukar pakaian, dia ke bilik air memasukkan
pakaian-pakaian kotor ke dalam mesin basuh. Sementara menanti mesin berhenti
berpusing, Aisya melangkah ke dapur.
Tepat sangkaannya. Banyak pinggan mangkuk dan cawan
kotor yang belum dibasuh di atas meja dan di sinki. Memang beginilah rutin yang
dilakukannya bila baru pulang ke rumah.
“ Alhamdulillah...” ucap Aisya sebaik membaca
pesanan ringkas yang masuk. Daripada Mak Ngahnya memaklumkan tidak perlu
memasak kerana mereka akan datang membawa belian lauk-pauk yang sudah masak.
Syukur yang teramat.
Badan yang terasa lesu dan sengal baru pulang
seakan meminta haknya untuk berehat sebentar ditangguhkan untuk seketika. Aisya
masih perlu mengemas dapur, mempersiapkan air panas dan membancuh air sirap. Tanggungjawap mengemas
rumah seakan berada di bahunya sejak tiga bulan kebelakangan ini.
“ Adam…” panggilan Aisya segera disahut Adam dengan
melangkah masuk ke dapur.
“ Ibu dah makan ke tadi?” soal Aisya sambil
memandang Adam yang lebih muda satu tahun dari dirinya.
“ Sudah kak…Adam suap tadi. Tapi tak habis…” Adam
memaklumkan pada si kakak.
“ Tolong kakak sidai pakaian kejap ya?” pinta Aisya
lembut pada Adam. Adam mengangguk sebelum berlalu masuk memenuhi permintaan
Aisya.
Terhenti sekejap pergerakan Aisya di dapur bila
terdengar dentuman dari salah satu bilik.
“ Kakak! Abang!” jerit si bongsu Ashwar memanggil
kakak dan abangnya.
Segera Aisya bergegas meninggalkan dapur dengan
telefon pintar di tangan. Dia sudah dapat mengagak punca jeritan Ashwar dan
sebab bunyi dentuman jatuh tadi. Ibu mereka jatuh tidak sedarkan diri.
*******
Air mata Aisya
bercucuran laju mengalir ke pipi dan membasahi telekung yang dipakainya.
Sungguh dia rasa dia tidak kuat. Ujian yang ada begitu berat dirasakan untuk
dipikul di bahunya.
‘Ada
Pemilik cahaya yang sentiasa bersamamu di setiap detik masa’
Aisya cuba untuk memujuk dirinya sendiri dengan kata-kata itu. Allah-lah
Pemilik semua cahaya yang ada dan atas izin Allah setiap sesuatu itu berlaku
samaada yang baik ataupun buruk. Ujian yang ada adalah sesuai dengan apa yang
hamba itu mampu pikul. Aisya menarik nafas dalam-dalam sebagai usaha memujuk
diri sendiri. Berat.
Sewaktu umurnya tujuh
tahun ayah dan ibu berangkat ke London kerana ayah menyambung pengajian di sana.
Tinggallah Aisya dan Adam di tanah air bersama nenek dan keluarga Mak Ngah
sekeluarga. Apabila Aisya berumur dua belas tahun barulah ayah dan ibu pulang
selepas lima tahun berada di sana. Memang dia berasa kekok untuk tinggal
bersama mereka berdua kembali dan Ashwar yang baru berusia dua tahun ketika
itu.
Sekarang Aisya sudah
berumur tujuh belas tahun. Ayah telah berkahwin lagi satu sejak setahun lepas.
Perhatian ayah kepada mereka sudah terabai sejak berkahwin dengan isteri muda.
Sudah jarang ayah menjenguk dan apatah lagi bermalam di rumah bersama mereka.
Ibu mula sakit-sakit
sejak enam bulan lepas. Ibu disahkan menghidap penyakit barah hati. Mereka
bernasib baik kerana Mak Ngah dan Pak Ngah setia di sisi mereka membantu
meringankan beban. Nenek sudah meninggal tiga tahun lepas kerana penyakit yang
sama.
“ Anggap ini ujian yang
Allah beri untuk mendekatkan diri Aisya pada Dia. Ayah dan ibu pintu Aisya,
Adam dan Ashwar untuk ke syurga selepas taat pada Allah dan Rasulullah” pujukan
yang pernah Mak Ngah ungkapkan kini bermain di fikiran. Aisya masih
teresak-esak berpeluk lutut di surau hospital. Hanya dia yang ada di situ di
ruangan perempuan.
“ Aisya di sini
rupanya…” tegur Mak Ngah sambil menyentuh belakang badan anak saudaranya itu.
Kehadirannya masuk ke situ tidak disedari Aisya. Mak Ngah mengusap belakang
badan Aisya menyalur semangat.
“ Aisya tak
berseorangan…Mak Ngah, Pak Ngah, Adam dan Ashwar kan ada…” pujuk Mak Ngah
lembut seakan ucapan seorang ibu kepada anaknya. Tanpa kata Aisya memeluk Mak
Ngah. Dia masih teresak-esak dengan air mata deras di wajah.
“ Mak Ngah dah masuk
dalam wad tadi. Doktor kata ibu Aisya dah stabil, Alhamdulillah…Cuma masih
dalam pengaruh ubat jadi ibu masih belum bangun…” beritahu Mak Ngah cuba untuk
mententeramkan anak saudara yang sudah seperti anaknya sendiri.
Mak Ngah menarik nafas
dalam. Dengan keadaan kakaknya itu, mereka berharap ayah kepada Aisya akan
turut ada bersama. Bukan tidak pernah dia dan suami cuba menghubungi dan
memaklumkan, akan tetapi si ayah itu selalu memberi alasan sibuk dengan kerja.
“ Lepaskan dan luahkan
Aisya…Jangan pendam dalam hati…” pujuk Mak Ngah. Aisya tidak pernah mengeluh
dengan kata-kata dengan keadaan yang perlu dia hadapi sekarang. Hanya air mata
yang selalu keluar. Simpati dia pada Aisya.
Di usia tujuh belas
tahun sudah perlu menggalas tugas memastikan kebajikan rumah dan adik-adik bagi
pihak ibunya yang selalu sakit-sakit. Sampaikan kadang-kadang Aisya pernah
pergi sendirian ke pasar basah dan supermarket untuk membeli barang keperluan
dapur. Gadis itu begitu berdikari.
Sebolehnya dia tidak ingin menyusahkan mak saudaranya sekeluarga.
Setelah membasahkan wajah dan bersiap ala
kadar, Aisya beriringan keluar daripada surau bersama Mak Ngahnya untuk ke wad
yang menempatkan ibunya. Mata yang bengkak lepas menangis tidak dapat
disembunyikan.
“ Aisya!” panggil satu
suara yang sangat tidak asing di pendengaran Aisya.
“ Saya pergi dulu Mak
Ngah…” Aisya cepat-cepat ingin berlalu dari situ. Yang paling penting segera
menjauh dari Nurina. Dia tidak ingin Nurina menyedari matanya yang bengkak.
Nurina memang menyedari
mata sahabatnya itu bengkak dan sembab. Dia ingin bertanya kenapa tapi Aisya
seakan sengaja cepat-cepat berlalu menjauh dari dirinya. Matanya memerhatikan
langkah Aisya pergi. Terhenti sebentar hasratnya masuk ke dalam surau.
“ Ini Nurina ya?” tegur
Mak Ngah yang sudah mengenali Nurina daripada gambar. Pernah juga beberapa kali
Aisya bercerita tentang sahabatnya Nurina pada Mak Ngah. Baru kali ini bersua
muka.
“ Iya makcik…” akui Nurina
sambil menghulur tangan untuk bersalam.
Mak Ngah berbual-bual
dengan Nurina sebentar sebelum berpisah menyusul langkah Aisya.
*******
Nurina rasa bersalah. Selepas
Aisya berlalu tadi, Mak Ngahnya bercerita pada Nurina akan keadaan yang sedang
dilalui Aisya. Sungguh dia tidak tahu! Aisya sedang melalui ujian berat. Dan
sebagai sahabat, dia betul-betul rasa bersalah. Aisya yang dia kenali banyak
berahsia dan jarang bercerita tentang keluarga. Mujurlah Mak Ngah kepada Aisya
membuka cerita. Mak Ngah meluahkan harapan Nurina memberi sokongan dan berada
di sisi Aisya terutama di saat sekarang.
“ Aisya…” panggil
Nurina sebaik berada di belakang Aisya yang sedang duduk di sisi katil ibunya.
Dipegang bahu kanan sahabatnya itu. Mak Ngah sekeluarga dan kedua adik Aisya
sedang turun ke kafeteria.
Mereka berdua memandang
ke arah ibu yang masih dalam pengaruh ubat, belum sedar. Nurina mengajak Aisya
keluar daripada wad sebentar. Lebih sesuai untuk berbual daripada di dalam wad.
“ Aku minta maaf sebab
baru sekarang melawat ibu kau…” Nurina mula bersuara sambil memandang Aisya
yang duduk di sebelahnya.
“ Tak apa…Kau tak
salah. Aku yang memang tak bagitau” balas Aisya sambil tunduk menggosok kedua tapak
tangannya.
“ Kenapa?..., Kau tak
pernah cerita pada aku pasal ni? Kita kan sahabat baik” berhati-hati Nurina
bertanya meluahkan keprihatinannya.
“ Hal macam ni buat aku
rapuh senang keluar air mata. Aku tak nak kau tengok sisi lemah aku. Kalau
boleh biarlah kau kenal sisi ceria aku je”
“ Ya Allah Aisya…Kita
kan sahabat through thick and thin
aku nak selalu ada untuk kau. Mana yang dapat aku tolong, aku bantu insyaAllah…Aku
tak nak cuma berkongsi gembira dan tawa je tapi aku nak ada di sisi kau dalam
suka dan duka…” Nurina memegang
pergelangan tangan kiri Aisya. Menyakinkan dan dia betul-betul memaksudkan apa
yang baru dikata.
“ Aku rasa bersalah
sangat bila Mak Ngah bagitau tadi keadaan yang kau lalui sekarang. Selama ni
aku selalu mengadu macam-macam pada kau. Lebih banyak hal remeh dan tak penting
pun selalu jadi isu ngadu kat kau. Tapi aku tak jadi bahu untuk menyokong kau…”
Aisya masih diam dan tunduk. Air matanya mula menitik.
“
I am here by your side. Through thick and thin we will be together insyaAllah. Apa yang mampu aku bantu, aku akan
usahakan insyaAllah” ucap Nurina meyakinkan. Tangannya masih memegang
pergelangan tangan kiri sahabatnya itu.
“ Terima kasih sahabat…”
serak suara Aisya. Terharu. Ada sedikit rasa lega terbit dalam dirinya dengan
kehadiran sahabatnya ini di sisi. Secara tidak langsung memberikan sedikit kekuatan
pada dirinya untuk tetap menempuh ujian ini.
‘ Alhamdulillah ya
Allah…’ ucap Aisya dalam hati sambil cuba mengukir senyum biarpun tawar buat
tatapan sahabat di sisi.
~TAMAT~
Harap ada yang sudi komen gaya penulisan dhia untuk penambah-baikan di karya akan datang. Terima kasih...