Dhia rasa rindu untuk menulis. Cerita ni cerpen sebenarnya tapi belum habis lagi. Jemput baca dan sudi-sudikanlah komen ya. InsyaAllah kalau ada yang komen nanti makin cepat dhia sambung dan habiskan.Selamat membaca~
" Kenapa ni? " tegur Aisya bila Nurina diam. Seakan termenung jauh.
Nurina menoleh memandang Aisya yang menegurnya di sisi. Tanpa sedar dia mengeluh. Kedamaian dan ketenangan duduk di tepi pantai tidak dirasai kali ini.
" Kan kita tengah kat tepi pantai ni. Kau yang beria-ia nak datang..." tegur Aisya lagi. Memang sejak minggu lepas sahabatnya itu yang merancang untuk pergi bersama.
" Entahlah...Semalam aku tak dapat tidur lena..." luah Nurina.
" Sebab?" soal Aisya.
" Erm..." Nurina cuba untuk mengatur ayat. Aisya menanti Nurina menyambung cerita.
" Semalam, aku tengok kat tv, artis feveret aku mengaku tengah bercinta dengan heroin lakonan bersama dia" tutur Nurina membuka cerita.
" Jadi? " Aisya mahu Nurina menyambung cerita. Dia belum dapat menangkap apa yang ada di fikiran sahabatnya. Jarang dia macam ni buka topik pasal artis.
" Aku frust..." adu Nurina tanpa memandang Aisya. Sebaliknya dia tunduk memandang pasir.
" Ala...Sejak bila pula kau macam ni? Selalu kau tak suka mana-mana artis..." komen Aisya. Musykil.
" Sejak...Sekarang? Hati kita kan berbolak-balik. Semalam tak suka hari ini boleh jadi suka..." Nurina buat muka bosan. Terserlah kekusutan yang membelenggu di wajahnya.
" Artis mana? Melayu? Korea? Mandarin? "
" Adalah...Siapa dia tak penting. Aku nak minta tolong kau ubati hati aku je..."
" Kau cakaplah...Aku dengar..." pinta Aisya tenang.
" Betullah...Aku betul-betul maksudkan apa yang aku cakap...I lend you my shoulder and time now for you..." Aisya mengulang kata-katanya dalam bentuk lain cuba meyakinkan bila Nurina memandangnya tanpa kata dengan wajah seakan ragu.
" Cakaplah...Tentang aktiviti kau semalam ke..." usul Aisya bila Nurina masih berdiam diri.
" Hmmm...Semalam sebelum zuhur aku ada tengok program bual bicara Dr. Fadzilah Khamsah"
" Berdasarkan kajian yang dia buat, antara faktor penceraian berlaku disebabkan perkahwinan tanpa restu orang tua, suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak menjaga solat, " Nurina berhenti bicara bilamana Aisya menaikkan tangan isyarat mahu mengatakan sesuatu.
" Chup...chup..."
" Berbalik pada artis feveret kau tu...Dia islam tak? "
" Em...Entah...Mungkin iya mungkin tidak..."
" Kalau dia islam, faktor kedua yang kau sebut tadi tu boleh jadi dia kategori tu. Aku bukan nak racist atau pandang serong pada orang yang jadi artis ni semua negatif. Tak...Bukan macam tu. Aku cakap secara umum termasuk orang yang bukan artis macam kita ni. Kadang terbabas solat juga dan lalai dari mengamalkan syari'at islam" Aisya bermuhasabah. Memang itu hakikatnya.
" Lagi...Apa lagi yang kau buat semalam? soal Aisya secara tidak langsung meminta Nurina menyambung cerita.
" Aku tengok perkembangan isteri artis. Artis tu dah meninggal beberapa bulan lepas "
" Waktu aku tengok tv, aku terfikir dan dapat rasakan. Kalau dulu ada tempat bergantung dan teman bergurau tapi sekarang dialah ibu, dialah ayah. Tanggungjawap menjaga anak-anak yang mula meningkat remaja tergalas di bahunya seorang..." Nurina memandang jauh ke arah hamparan pantai di depan mereka duduk.
" Nampak sangat wajah sugul dia waktu ditemu-bual tu. Sedih, sayu. Dulu dia ceria. Orang yang memandang kemesraan pasangan itu pun boleh merasa tempias kebahagiaan mereka" komen Nurina berdasarkan pemerhatian matanya
" Biasalah...Kita semua ini kan makhluk Allah. Cepat atau lambat, setiap dari kita akan kembali dengan izinNya..." perlahan saja suara Aisya menyambung.
" Allah lebih menyayangi. Itu yang dia pergi dulu. Mungkin untuk sedarkan hambaNya untuk kembali bergantung hanya pada Dia Yang Menciptakan kita. Kecintaan pada dunia atau makhluk secara sedar atau tidak telah melekakan kita dari menjadi hamba dan khalifah Allah. Itu cuma pendapat aku. Peringatan untuk diri ini dan untuk kau juga Nurina..." Aisya melemparkan senyum pada sahabat di sebelah. Mereka sedang duduk di atas satu bongkah batang pokok berlantaikan pepasir halus di tepian pantai. Angin beralun lembut menghadirkan ketenangan buat hati yang menikmati keindahan alam.
" Orang yang kau maksudkan ni Almarhaum Ustaz Uje ke?" tebak Aisya memecah kesunyian antara mereka.
" Yup"
" Aku pun tengok petang semalam. Jom sedekahkan fatihah" mereka berdua menadah tangan dan membaca fatihah tanpa suara.
Ustaz Uje atau nama sebenarnya Ustaz Jefri Al-Buchori merupakan pendakwah di Indonesia. Ramai kalangan anak muda di sana yang merasa kehilangan setelah pemergian permata itu.
" Alhamdulillah syukur Allah bagi kita peluang untuk mengenalinya walau setelah pemergian almarhum..." ucap Nurina.
Memang pemergian ustaz itu mendapat liputan meluas media di Indonesia. Melalui televisyen, Nurina dan Aisya mula mencari rakaman ceramah beliau di internet. memang emnarik dan cara penyampaiannya juga muda untuk di terima. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya di kalangan orang beriman. Amin.
" Lagi? Cerita lain?" soal Aisya.
" Itu ajelah kot...Aku rasa sayu..." Nurina masih muram.
" Itu cuma perasaan. Selagi kita hidup, kena teruskan perjuangan. Semakin kita menginjak dewasa, tanggungjawap akan semakin bertambah. Dengan pelajaran, tugasan, amanah dan macam-macam..." Aisya cuba untuk menaikkan motivasi sahabatnya.
" Cuba tengok kat sebelah kiri tu..." gesa Aisya. Nurina memandang sekilas sebelum menunduk memandang pasir semula.
" Aik? Kau kan suka kat abang tenterea..." giat Aisya dengan suara meleret. Mengusik. Cuba untuk menceriakan Nurina kembali.
" Itu dulu...Lagipun kita kena jaga pandangan cik kak Aisya. Sila rujuk surah AnNur ayat 31..." gurau Nurina. Kali ini baru dia senyum.
" Cakap pasal tentera, you reminds me to one of Rasulullah's sahabah. Zubair ibnu al-Awwam..Aww..Masya Allah" barulah nampak keceriaan di wajah Nurina. Teruja.
" Obses sangatlah kau ni Nurina..."
" Ala...Allah dan Rasulullah tetap di tangga teratas carta hati insya-Allah...Hehe" Nurina senyum comel menampakkan barisan depan gigi. Terserlah lesung pipit di kedua pipinya. Memang dia comel.
" Cuba bagi 10 sebab kau suka sangat tu" pinta Aisya.
" Sebab, dia antara salah seorang dari 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga. Zubair Radiallahu Anhu antara sahabat yang selalu ikut serta berperang bersama Rasulullah dan sahabat lain. Selain tu, nama Zubair mula dengan huruf Z. Hehe" Nurina gelak kecil dihujung ayatnya. Sedar sendiri alasan terakhirnya tidak kuat.
" Lagi? Baru 3 sebab. Aku nak 10"
" Alah...Cukuplah tu...Kalau kau nak aku cerita kisah hidup sahabat ni , boleh juga. Nak? " dengan senang hati Nurina menawarkan diri untuk bercerita.
" Thanks but no thanks. Dah berulang kali kau ulang cerita kat aku. Bulan ni dah 3 kali tau" Aisya sengaja membesarkan mata tanda serius.
" Alah...Setiap kali aku cerita mesti ada kisah baru kan. Jadi tak rugi pun...Hehe" balas Aisya.
*******
' Demi Allah, aku tidak kuat tapi kerana Allah, aku harus kuat'
'...."Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka' (Surah Ali Imran: 191)
Status yang baru dimuatnaik Nurina terus membuatkan Aisya mencari masa untuk bertemu dengan sahabatnya itu.
Rasulullah diuji dengan ujian yang hebat. Dilahirkan ke dunia tanpa sempat bertemu ayahnya walaupun sekali. Kemudian sewaktu masih kanak-kanak satu demi satu Allah ambil ahli keluarganya pergi. Begitu juga anak-anak lelaki dan perempuan Nabi dan isteri kesayangan Nabi iaitu Siti Khadijah Radiallahu 'Anha. Itu belum lagi cubaan yang Nabi hadapi dalam menyebarkan dakwah islam. Baginda Nabi tetap sabar dan tabah. Allah pernah tawarkan gunung-ganang menjadi emas buat Baginda Rasulullah tapi Nabi tolak.
" Orang yang hebat diberi ujian yang hebat. Tempatnya di syurga nanti pun special di sisi Allah insya-Allah. Ujian juga menjadi penghapus dosa andai kita redha"
" Sahabat...Dalam al-Quran berulang kali Allah sebut Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNya. Ujian ni kayu ukur sejauhmana keimanan kita pada Allah"
" Kadang kita bertanya. Kenapa aku diuji begini? Sebab Allah tahu kita mampu lalui. Allah tahu tahap kita dapat bertahan. Terpulang pada diri kita untuk pilih cara menangani. Waktu susah kita nampak diri sebenar orang. Bukan waktu senang "
" Allah uji sekarang, mungkin saja untuk persiapkan kita melalui ujian yang lagi hebat dan masalah lagi besar di masa depan "
Walau jauh akan ku gegas berlari
Walau tinggi bisa ku terbang di langit
Walau sedalam mana akan ku selami
Kerna cinta sedalam itu
Mekar bila ku dekat padaMu...
" Bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang " Aisya senyum usai menutup bicara dengan petikan ayat daripada Al-Quran itu.
" Nak tau lagu apa yang sedang bermain dalam fikiran aku? "
" Kau selalu ada, tika gelisah, kau beri senyuman, bila kuresah, kau janji setia, setiap kisah, hingga berjauhan, tetap di wajah...Dan..terindah. Allah selalu bersamamu. Oh Allah..selalu bersamamu..." Aisya menyanyi secara rawak gabungan dua buah lagu.
" Hidup ini singkat. Selagi kita bernafas, langkah harus diteruskan. Kita yang memilih langkah menuju ke syurga atau neraka Allah. Moga kita dalam kategori yang pertama. Ahli syurga. Amin..."
Aisya menggenggam tangan kanan sahabatnya. Menyalur kekuatan dan semangat.
***~ ~ ~BERSAMBUNG~ ~ ~****
0 comments:
Post a Comment