Sedutan bab sebelumnya...Pertemuan Ulya dan Shah Jihan di pantai...
"Kalau saya nak minta teman makan kejap kat restoran tu boleh tak? Makanan di sana sedap-sedap. Sambil makan boleh tengok pemandangan. Anggap je saya nak balas budi sebab awak dah masakkan saya hari tu." lancar saja ayat itu meluncur laju keluar dari bibirnya. Spontan.
"Tunggu kejap ya...Saya nak bagi roti ni kat orang tu..." Shah Jihan berlalu dengan membawa kontena roti dari Ulya tadi ke pondok selang sebuah dari mereka.
*******
Sewaktu Shah Jihan melangkah ke pondok berdekatan itu, Ulya mengambil keputusan hendak pulang. Baru semalam dia membaca artikel mengenai larangan berjalan berduaan dengan lelaki bukan mahram tanpa keperluan penting. Pagi ini dia diuji terus bab itu.
"Ulya! Awak nak pergi mana?" teguran Shah Jihan menghentikan langkah kaki Ulya. Ulya berpaling ke belakang.
"Maaf...Saya tak dapat nak temankan Encik makan. Tak elok Encik dan saya berdua macam ni. Saya balik dulu, assalamu'alaikum...." ucap Ulya sebelum berpaling ke hadapan kembali meneruskan langkah menuju ke kereta. 'Ya Allah...Jangan dia cuba halang aku pergi. Sungguh aku tak kuat nak bertegas menolak' doa Ulya dalam hati.
"Tak apalah kalau macam tu. Biar saya temankan awak pergi kereta. Kali ini tolong jangan tolak. Demi untuk keselamatan sebab macam saya cakap tadi, bahaya perempuan muda macam awak berjalan sendirian ke tempat macamni..." usul Shah Jihan sambil mengikuti langkah Ulya. Sengaja dia berjalan perlahan ketinggalan beberapa langkah di belakang Ulya. Tidak melangkah seiringan bersama.
"Ulya..."
Ulya menoleh bila ada yang memanggil namanya di sebelah depan kiri. Ternyata Bonda kepada Shah Jihan yang memanggil namanya tadi. Turut berada di sisinya ialah seorang lelaki separuh umur dan seorang gadis muda. Nak tak nak, Ulya melangkah menghampiri bila Bonda melangkah ke arahnya. Dia menyalami tangan Bonda dan gadis muda itu. Keduanya mencium pipi Ulya saat bersalaman dengannya. Ulya dapat merasakan kemesraan mereka.
"Apa khabar Bonda?" Ulya berbahasa.
"Baik alhamdulillah...Ulya datang dengan Shah ke?" Bonda menjeling anak bujangnya. Berkomunikasi dengan mata. Shah Jihan pura-pura tidak perasan.
"Eh tak-tak...Saya datang sendiri. Kebetulan je terjumpa dengan anak Bonda ni..." cepat Ulya menafikan. Jawapannya membuatkan Bonda senyum.
"Ni suami Bonda dan ini Yasmeen adik Shah. Dah alang-alang jumpa Ulya ni, marilah kita makan bersama kat restoran menghadap pantai tu. Dah lama Bonda tak jumpa dengan Ulya..." ajak Bonda mesra. Keramahan Bonda membuatkan Ulya serba-salah nak menolak.
"Minta maaf Bonda. Saya ada hal nak diuruskan..." jelas teragak-agak sebenarnya nada suara Ulya. Dia cuma berdalih. Bukan hal penting sangat pun sebenarnya. Hanya sekadar nak basuh baju dan kemas rumah.
"Marilah kak...Jom..." kali ini Yasmeen pula bersuara sambil memaut lengan kanan Ulya.
"Marilah...sementara masih tak ramai orang kat situ. Kalau nak dekat tengahari nanti mesti ramai orang pergi situ..." ayah kepada Shah Jihan pula bersuara mengajak.
"Okeylah kalau macamtu..."
Akhirnya Ulya kehabisan kata untuk menolak. Dia mengikut langkah mereka menuju ke restoran yang dimaksudkan tanpa menoleh memandang Shah Jihan.
Shah Jihan hanya diam melangkah. Tertangkap berjalan berdua dengan Ulya tadi pasti akan dipersoalkan Bonda dan Ayah. Dia yakin pasti dia akan diterjah dengan soalan bila pulang nanti. Semalam tak ada pula mereka bertiga bersuara merancang pergi ke pantai yang cuma jarak lima belas minit perjalanan dari rumah mereka ini.
*******
Usai pulang ke rumah, Shah Jihan disuruh duduk di sofa ruang tamu. Bonda dan Ayah duduk di kerusi bertentangan dengannya. Mereka memandang tanpa bersuara membuatkan Shah Jihan gelisah.
"Kenapa Bonda dan Ayah? Ada sesuatu nak dibincangkan ke?" soal Shah Jihan cuba untuk berlagak tenang.
Riak risau Shah Jihan dalam hati. Luaran je dia tetap berlagak tenang duduk depan Bonda. =P |
"Shah ada sesuatu nak bagitau Bonda dengan Ayah ke?" soalannya berbalas dengan soalan oleh Bonda yang bersandar elok di sofa dengan kedua tangan bersilang di dada. Ayah pula senyum dengan raut wajah lebih rileks. Bertaut kening Shah Jihan sebaik mendengar soalan Bondanya. Pelik.
Raut wajah Bonda. Garang tak? ;) |
raut wajah si Ayah. Chill rileks je |
"Tentang Shah dengan Ulya mungkin..." Bonda mengecilkan skop perbualan mereka. Soalan yang diutarakan membuatkan Shah Jihan menelan liur seketika. Baru teringat pasal hal di pantai tadi. Perut yang kenyang membuatkan dia terlupa tentang hal itu. Shah Jihan gugup hendak menyusun ayat.
"Em...Kami kebetulan terjumpa je kat pantai tu Bonda, Ayah...Shah datang situ cuma sebab nak guna kamera Shah. Dah lama tak pakai..."
"Err...err..." Shah Jihan kehilangan kata bila tanpa bersuara Bonda menyuakan telefon pintarnya. Tertera gambarnya berdua dengan Ulya di pondok. Boleh pulak dia sendiri tengah senyum memandang Ulya. Grrr! Shah Jihan mengukir senyum tawar memandang kedua orang tuanya. Sumbang. Sebelah tangan mengurut sebelah dahi sendiri. Jelas dia dah buat salah dan tertangkap terus.
"Kalau Shah berkenan, mulakan langkah. Kalau line clear, apa lagi, bagitau Ayah dengan Bonda. Biar kami pergi pinang. Ikat dia dengan ikatan halal baru bercinta. Itu baru gentleman macam ayah dan Bonda dulu..." usul Ayah yang baru bersuara. Sejak tadi dia hanya jadi pemerhati perbualan si ibu dan anak bujang.
"Dari cerita Shah ni, perempuan tu macam tak bersungguh. Perempuan ni, kalau dia betul-betul suka, dia akan memilih setuju untuk kahwin tak menangguh lama sangat macam ni. Kalau tak setahun dua lepas Shah luahkan tu, paling lama pun sampai habis belajar degree. Ini tak..." Bonda meluahkan pendapatnya berdasarkan pemerhatiannya. Dari nada suaranya tenang saja Bonda memberi komen. Tidak mencemuh atau prejudis.
"Bonda naik dulu..." Bonda bangun dari duduknya dan melangkah naik ke tangga untuk masuk ke bilik tidur. Seakan sengaja memberi peluang si Ayah berbicara dengan si anak bujang mereka. Man-to-man talk. Ayah beralih duduk ke sebelah Shah Jihan.
"Elok Shah buat solat istikharah dan cuba seriuskan hubungan. Kalau pihak sana masih tak nak, nasihat Ayah sebagai Ayah dan lelaki pada lelaki, carilah bunga lain Shah..." ucap Ayah yang bangkit dari duduknya. Dia menepuk bahunya.
'Hm...'
*******
~~Bersambung~~
Harap maaf tentang komen Bonda bab perempuan secara general tu, jangan jadikan fakta ya. Sekadar pendapat Puan Bonda.
Ikuti episod selanjutnya insyaAllah...Harap maaf ye tiada tarikh rasmi bila rasanya sambungan bab seterusnya akan saya upload (^_^)
1 comments:
Assalamu'alaikum. Nice story, cant wait what happen next and whats their ending. I hope it'll be soonest. ^_^
Post a Comment