Kali ini cuma review tersangat pendek. Kisahnya tadi tengah belek2 buku dalam koleksi. Allah gerakkan hati ni ambil buku yang beberapa minggu lepas waktu beli sesuatu, cashier ni promote rekomen buku ni. Inilah buku tu 'Motivasi menjadi wanita paling bahagia @ Be a happiest women karya Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni. (gambar sumber dari google).
Buku ni dah lama beli kalau tak silap tahun 2010 walaupun dah dua kali atau lebih baca, yang saya ingat sebelum belek semula tadi cuma tajuk dalam bab2 buku ni dinamakan dengan permata, emas dan lain yang menjadi perhiasan wanita. Kenapa saya kata buku ni menarik sebab bagi saya bagus untuk start up, reset @ refresh performance diri. Really2 really recommended.
Walaupun tajuk buku ni wanita tapi itu tak bermakna cuma bagi pembaca wanita je. Orang lelaki pun boleh baca manalah tau kot2 lepas baca buku ini akan membuatkan kaum adam semakin menghargai jasa2 dan pengorbanan ibu dan isteri, adik/kakaknya.
Sekian itu saja review super pendek dari saya. Kalau nak tahu sinopsis atau petikan dari buku ni boleh cek dengan bantuan encik google ya. Sekian terima kasih. =)
Maafkan saya kalau ada salah dan silap dalam mana2 tulisan saya dalam blog ataupun kat mana2. Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk/kurang baik datang daripada diri kita sendiri. Wallahu'alam bissawab.
Till we meet again on other entry insyaAllah...
0 comments:
Post a Comment