Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa ala aali Sayyidina Muhammad (jom baca selawat ni 11x atau lebih)
Sebelum tidur ni boleh pula otak bergerak fikir vocabulary bahasa arab tahap sekolah menengah ni. Saja nak share sekaligus nota ringkas untuk perkongsian. Ni mungkin sebab akan ertambah anak sedara, itu yang boleh terfikir macam-macam nama pangkal huruf K & S ni. (P/s: kalau nak baca entri nama islam versi pertama, boleh klik link sini)
(Gambar hiasan) |
Nama Lelaki:
Ahmad/Muhammad Saiful Harith
Ahmad/Muhammad tu ertinya yang terpuji kalau tak silap. Kita nak letak nak contohi nama Nabi Muhammad, Rasulullah tercinta. Moga anak itu akan mencontohi, mengikuti akhlak dan peribadi Baginda Nabi insyaAllah.
Saif- pedang
Harith(dihujungnya huruf tsa bukan sin)- Penjaga
Saiful Harith-Pedang yang menjaga- (Bila ada alif lam tu ertinya nama khas)
Saiful Muslim- Pedang Orang Islam (macam nama Ahmad Faris Islam pulak (^_^)
Faiz- orang yang berjaya
Syakir- tahu bersyukur, orang yang bersyukur, pengenang budi
Furqan- Pembeda antara kebenaran & batil.
Al-Fateh- Nama khalifah zaman Uthmaniyyah yang membuka kota Konstantinopel@Turki di umur 21 atau 23. Ringkasnya Sultan Muhammad al-Fateh memang pemimpin yang hebat.
Khairul Munzir- Pemberi peringatan yang baik
Khairul Fahmi- Kefahaman yang baik
Khairul Anuar- Cahaya yang baik
Rizqy- anugerahku, rezekiku
Syamil- sempurna, lengkap
Nama perempuan:
Khairun Najihah- Orang yang berjaya yang baik
Nur Khaireena Najihah- Cahaya kebaikan kami orang yang berjaya
Nur Khaireena Solehah- Cahaya kebaikan kami orang yang solehah
Haziqah/ Najibah/ Nabilah- Pintar
Nusaibah- Nama sahabat perempuan zaman Rasulullah. Beliau syahidah di perang uhud kalau tak silap. Asalnya beliau paramedik mengubati orang yang tercedera saat perang berlangsung. Bila tengok tentera islam hampir kalah, kerana cinta pada Rasulullah utusan Allah, Nusaibah ni bangkit dan segera mara melindungi Rasulullah yang teruk diserang oleh orang Quraisy waktu perang tengah berlangsung itu. (SILA RUJUK SUMBER LAIN)
Syifa- Penyembuh
Faseehah- fasih (kalau nak anak jadi lawyer mungkin nama ini sesuai)
Fatihah/Fateehah- pembuka
Wallahu 'alam bissawab. Moga bermanfaat. Untuk yang sedang menanti kelahiran, semoga diopermudahkan baby dan ibunya selamat amin amin amin insyaAllah.