Kau ni Dhia Faaezah tak konsisten langsung. Ni blog apa nih? Kejap2 post cerpen, kejap2 post islamik. =) Saya suka menulis, memang salah satu impian saya nak ada karya yang versi ada cetakan, saya nak berkongsi ilmu dengan orang yang sudi jadi kawan saya dan berkongsi dengan insan-insan yang sudi luangkan masa singgah di blog ni. Saya nak ajak sama-sama melangkah sama di jalan menuju syurga. Memang itu tujuan utama kita hidup di dunia kan? Siapkan diri, kita hamba pada Allah, entah esok atau minggu depan, tahun depan kita dah dipanggil pulang bertemu Allah, beralih alam dari dunia ke alam barzakh, ke alam kubur. Menanti hari kiamat tiba dan seterusnya kita akan dikumpulkan di padang mahsyar untuk dihisab amalan.
Allahu ngeri. Amalan macam belum cukup lagi. Saya berkongsi, cakap macam ni bukanlah bermakna saya dah baik. Tidak. Bahkan saya juga manusia biasa yang masih ada kekurangan di sana-sini. Hanya kerana rahmat Allah yang tutup aib saya dari pandangan orang. Allahu T_T.
Untuk kali ni saya nak kongsi beberapa ayat dari Surah Al-Hadiid. Macam dua sesi yang sebelum ni. Ni juga perkongsian di whatsApp yang saya nak masukkan dalam blog ni agar lebih ramai yang beroleh manfaat insyaAllah.
[Surah Al-Hadiid Ayat 20]
" Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan & bermegah2 antara kamu serta berbangga2an tentang banyaknya harta & anak, seperti hujan yang tanam2annya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjdi kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yg keras & ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan khidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."
Antara pengajaran (point yang saya kutip):
🔸peringatan dunia tempat kita hidup sekarang hanya sementara.
🔹Anak2 & harta yang kita bangga2kan, yang buat kita rasa 'wow' kagumi ni akan musnah. umpama tanaman yang hidup menghijau>layu>kering kuning>hancur.
🔸Mengingtkan kita pada akhirat ada azab keras, ampunan & keredhaan Allah
🔹Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang menipu.
wallahu 'alam bissawab.
Lirik lagu Rapuh (Opick)
seribu mimpi berjuta sepi
detik waktu terus berlalu
1 comments:
Dunia hanya persinggahan...
Post a Comment