Ads 468x60px

Friday, March 28, 2014

Short Story (Keberkatan Masa)




Kisah pendek copy paste dari blog salah seorang team LangitIlahi.com. Saudara Aizuddin Abdul Hamid. klik link blog beliau (disini)

Dua orang lelaki sedang berehat sebentar; setelah dua jam mengulangkaji pelajaran di perpustakaan dek kerana peperiksaan yang semakin hampir. Kemudian, salah seorang memulakan bicara.


"Hmm. Aku musykil. Kau tahu kan, sekarang ini musim peperiksaan. Tetapi, sahabat serumah kita tu, masih lagi mempunyai masa untuk menghadiri majlis ilmu, solat berjemaah di surau, malah menghadiri program persatuan.



Lelaki itu menjawab: "Jadi, apa yang musykilnya?"
"Keputusan peperiksaan dia pada tahun lepas, sangat memuaskan. Aku rasa tahun ini pun mesti sama juga. Cuma, aku musykil bagaimana dia masih mempunyai masa untuk melakukan semua itu. Kalau aku berpeluang, aku nak tidur di perpustakaan ini kerana tak cukup masa untuk belajar." Luah sahabatnya.
Lelaki itu berfikir sejenak, kemudian memberikan pendapat: "Setiap manusia mempunyai masa yang sama. 24 jam. Tetapi, mungkin tidak semua mempunyai satu perkara ini."
"Perkara apa?" Soal sahabatnya.
"Keberkatan masa. Mungkin sahabat serumah kita mengambil masa sedikit sahaja untuk belajar, tetapi disebabkan dia istiqamah menjaga hubungan dengan Allah tidak kira musim peperiksaan atau tidak, maka Allah berikan dia keberkatan masa. Tiada gunanya jika kita tekun belajar sehingga lewat malam, tetapi hubungan kita dengan Allah semakin jauh." Hujah lelaki tersebut.
"Hmm. Betul juga tu. Astaghfirullah, dah nak dekat waktu Maghrib ni. Jom pergi surau." Ajak sahabatnya.

0 comments:

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates