Bismillahirrahmanirraheem...
Assalamu'alaikum warahmatullah....Sobahul khair! Selamat pagi. Moga hari ini dan seterusnya lebih baik daripada semalam aminn~
Dunia...Kehidupan yang kita sedang lalui sekarang [pastilah! kalau dah tak bernafas, tak adanya ana menulis post ini dan antum tak akan membaca post ini... (^_^)]
Letih dan melelahkan...Lumrah di dunia ni banyak perkara yang mengecewakan dan melukakan hati kita. Cheer up wahai diri. Tetaplah semangat. Dunia hanyalah sementara, di akhirat nanti kita rehat puas2. Bila dah dalam kubur, alam barzakh, dah rehat dah. Moga persinggahan kita yang abadi adalah syurgaNya amin amin amin ya Robbuna Pemilik Langit dan Bumi. Allahu...
Bila kita senang ramai yang datang mendekat tapi bila susah, sedang melalui hari sukar atau ada masalah, hanya segelintir sahaja orang yang kita sayang, atau yang dianggap kawan/sahabat yang setia berada di sisi menemani. Itu juga perkara biasa. Hati berbolak-balik. Hari ini sayang, esok, minggu depan, bulan depan atau tahun depan dah jauh masing-masing sibuk dengan kesibukan sendiri. Lagipula, kalau kita minta pada manusia, manusia akan jemu dan bosan. Contoh: Rakan sebilik tu tiap hari asyik nak paw duit kita nak dibelanja setiap hari tanpa ada inisiatif untuk usaha mencari sendiri. Pasti terdetik di hati rasa 'sesuatu negatif' dalam diri kita. Ya. Mungkin saja ada sebilangan kecil yang masih boleh tahan dengan perangai orang macamtu tapi ini kebiasaan yang berlaku. Tapi Allah tak macamtu. Allah lagi suka kalau kita mengadu, merintih, menangis mohon pertolongan pada DIA. =') Moga Allah beri kita kekuatan tetap melangkah melalui hari-hari yang masih bersisa di dunia ini...amin amin amin...
Cheer Up! Dunia hanya sementara. Rasa-rasa yang kita rasakan itu akan hilang bila dah melangkah ke syurga in syaa Allah.
0 comments:
Post a Comment