Alhamdulillah...Ana baru terjumpa dengan blog seorang akhawat...Fatimah Syarha. Buat yang menggemari penulisan karya ukhti ni pasti sudah mengenali memandangkan ukhti Fatimah sudah mempunyai buku-buku yang telah diterbitkan...Ni ana copy petikan salah satu artikel dari blog ukhti Fatimah..Untuk peringatan ana dan kaum muslimeen yang lain tidak kiralah lelaki ataupun perempuan.
Agar tidak disebut wanita mutabarrijah (wanita yang bertabarruj), wanita muslimah hendaklah melakukan hal-hal di bawah ini:
- a) Menundukkan pandangan. (Lelaki juga harus begini). Firman Allah SWT, “Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya.” (An-Nur: 31).
- b) Tidak bergaul dengan lelaki layaknya satu jenis, sebagaimana yang terlihat di filem-filem, di university, tempat-tempat pertemuan dan kenderaan-kenderaan umum pada masa sekarang.
- c) Pakaian yang dkenakan sesuai dengan syariat Islam iaitu:
- d) Hendaklah menjaga kewibawaannya, tenang dalam berjalan dan bersahaja dalam berbicara. Tidak dengan ‘sengaja’ menarik perhatian kaum lelaki dengan minyak wangi atau (sengaja melunak-lunakkan) suara. Wanita pada zaman jahiliah suka menarik perhatian lelaki dengan membunyikan gelang kaki yang dipakainya. Perbuatan ini haram sebagaimana dalam firman-Nya kerana ia membuatkan lelaki gelisah dengan khayalannya. Perbuatan ini juga menunjukkan wanita itu mempunyai niat buruk sengaja memancing ghairah seksual lelaki.