Ads 468x60px

Showing posts with label Tips Study. Show all posts
Showing posts with label Tips Study. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Muhasabah...

Artikel ni ana copy dari blog seorang akhawat...Untuk renungan bersama...
 
Just to share with you guys, about an interesting 'life scalar'. To re-check ourselves, either we have balance life as a MUSLIM STUDENT or not.


Balance x kehidupan seharian kita? Jangan jadi hamba akademik hingga abaikan perkara lain, hingga akhirnya lari jauh drp MATLAMAT TERTINGGI KITA iaitu MENCARI MARDHOTILLAH. Re check diri, adakah diri kita berada di skala pertama (yg balance hidupnya) atau skala ke2 (akademik > 'ibadah) ??

Sabda Nabi: "Sesungguhnya amal yang paling disukai Allah adalah amalan yang ISTIQOMAH walaupun sedikit". Sibuk macam mana sekali pun, jangan lupa bahawa KITA SEORANG MUSLIM. Pastikan dalam sehari tu, kita baca Al Quran, at least 1 m/s pun dah cukup. Jangan terlalu sibuk study hingga kita abaikan solat. Ramai yang hanya cari dan kembali pada Allah waktu exam je. Tapi bila lepas exam, jauh semula daripada Allah.

Ingat balik 3 tujuan utama Allah ciptakan manusia:

1) sbg 'ibadullah
2) sbg khalifatullah (makmurkan bumi dgn amar ma'ruf nahi mungkar)
3) memegang amanah (amanah sbg anak/ pelajar/ kakak/ abang/ ibu/ bapa dll)

STUDY PUN BOLEH JADI 'IBADAH
Lagi rugi kalau study hanya untuk pass exam. Study pun sebenarnya boleh jadi 'ibadah kalau niat kita belajar kerana Allah. Makin banyak kita belajar, makin banyak kita tak tahu. Ni menunjukkan yang ilmu Allah ni sangatlah luas. Usaha dan berazam untuk pakar dalam bidang masing2. Kalau bidang medik, jadi doktor yang mukmin. Kalau farmasi, jadi pharmacist yang mukmin. Kalau nursing, jadi jururawat yang mukmin. Kalau seni kebudayaan, jadi artis yang mukmin. Kan bahagia Malaysia kalau artis kat Malaysia ni jaga syari'at Allah, bawak imej dan mesej Islam. Tak de la lagu cintan cintun ni banyak sangat. Ni tak, tiap pagi dalam bas, mesti dengar lagu yang duk puja cinta kekasih (yang belum halal). Kan best kalau pasang Quran. Dapat pahala.

Sgt rugi kalau hidup kita hanya fokus akademik dan study semata, sedangkan ad lg matlamat lain yg kita abaikan.. Lets back to Islam.
.............................................
Sbda Nabi s.a.w: "Setiap langkah kaki kita ke masjid untuk solat jema'ah itu akan dihapuskan dosa dan diangkat darjat di sisi Allah".

Imam Ghazali dengan sinis pernah berkata: "Sila sembahyangkan jenazah pada orang yang mengasingkan diri dari majlis ilmu selama 40 hari kerana sesengguhnya, tiada guna lagi hidupnya kerana hatinya (raja segala anggota) telah mati".
 
Read More »

tips study: find your PRIME TIME

Bismillah....



"Kenapa ye, result still rendah walaupun most of daily times aku spend untuk study? Kenapa ye, walaupun baca banyak kali dah, tapi tetap tak ingat bila nak recall dalam exam?"...  Bila soalan ni diajukan pada Dr, beliau tanya balik, "when's your prime time to study?". Majoriti antara kami jawab selepas solat Isya'. Respons Dr, sebenarnya, kalau kita study waktu tu, kita hakikatnya sedang MEMAKSA OTAK dan BADAN KITA YANG MEMANG DAH PENAT tu untuk study. Ya la, kelas start seawal jam 8 pagi straight hinggalah pukul 4 petang tu. Kemudian, kita paksa juga diri untuk study sepanjang malam itu, hingga tidur pun pukul 1 pagi. Hakikatnya, kita sebenarnya sekadar nak puaskan nafsu study je walaupun masa tu, badan dah penat dan otak pun da jadi kurang aktif waktu tu. Sebab tu la, kita susah nak recall apa yang kita baca. Memang kita study, tapi minda tak dapat fokus. Memang kita study, tapi kita dapat absorb 10% je.

So, apa dia tips yang Dr Khairidzan shared untuk atasi masalah ni? Jawapannya ialah cari prime time kita. Kembali pada sunnah Nabi. Nabi ajar kita semua agar tidur awal malam tu supaya dapat bangun awal pagi esok. Tidur at least 5-6 jam pun dah cukup. Kalau kita tidur pukul 11malam, boleh bangun pkul 4-5 pagi. Mulakan pagi dengan tahajjud dan baca Al Quran, kemudian study lah. Lagi berkat kalau kita study selepas tahajjud dan dapat solat Subuh berjema'ah daripada study lewat malam hingga terlewat solat subuh. Belajar waktu pagi tu, otak kita lagi segar dan insya Allah, lagi banyak yang kita dapat absorb. Ingat, kualiti lebih penting daripada kuantiti. Cari prime time anda! Jangan bazirkan masa untuk kerja sia2! Waktu malam sebelum tidur tu, mungkin kita boleh study sikit2, tapi jangan paksa diri hingga tidur lewat pagi. Limit our time, so that we can wake up early to have our prime time to study.

Satu lagi kesilapan student ialah ineffective lectures. Jangan salah anggap ye, ni bukan salah lecturer mengajar, tapi salah diri sendiri yang tak bagi tumpuan waktu lectures. Bayangkan, masa seharian kita banyak dalam lecture hall berbanding dalam bilik. Kelas start pukul 8 pagi hinggalah 4 petang, tapi waktu dalam kelas tu, kita tak dapat fokus apa yang diajar. Dan yang lebih malang lagi kalau kita tak dapat buat rumusan pun apa yang kita belajar untuk topik tu. Ya, memang kita record lecture tu, tapi bukankah ambik masa kita jugak kalau kita nak dengar balik lectures tu malam nanti? Sedangkan, kalau kita betul2 fokus dalam kelas, kita boleh buat benda lain lagi. Pengajaranya, dalam kelas jangan berangan! Pelajar cemerlang ialah pelajar yang mampu bagi fokus dalam kelas at least 80%.Cara nak kekalkan momentum fokus dalam lecture ialah salin nota dan sediakan template soalan untuk bab tu. Memang kita tak sempat nak pre read sebelum lecture, tapi kita boleh buat 'template questions to be asked' untuk faham sesuatu topik tu. Contoh untuk subjek pathology, mungkin kita nak tahu apa causes, major risks, pathogenesis, and consequences of something disease kan? Insya Allah, kita akan jadi active learner dan tak kan jadi sleepy beauty :)

Banyak lagi sebenarnya yang Dr share, tapi 2 benda inilah yang saya rasa benda paling common among student. Ingat, cari kekuatan dari kelemahan. Caranya, cari kelemahan, dan atasi kelemahan tu. Jangan pula lemah dengan kelemahan.

Fokus pada apa yang kita nak, jangan distracted dengan perkara yang kita takut terjadi. Think +ve & act +ve

100% copy paste dari http://najahamdan.blogspot.com/2012/02/tips-cemerlang-study.html
Read More »

Tips Study

Ni nak share 1 peringatan daripada ustazah kat sekolah dulu tentang tips2 belajar, mungkin sesuatu yang dianggap remeh, tapi besar impaknya. Semua tahu kan apa itu berkat? Sesuatu yang tak boleh dilihat, tapi dengan berkat tu, kita boleh rasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di pundak kita.

TIPS STUDY
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ni kerana Allah. Tiap kali nak keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa stress kalau kelas start seawal jam 8 pagi dan habisnya pula dalam pukul 5. Tapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ni, malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tak la rasa tension sangat kalau kelas tu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri, tiap kali nak study, mesti baca 1 m/s Al Quran sebelum start study tu. Jadi, confirm kita tak tinggalkan Al Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu KISAH YANG SANGAT MEMBERI INSPIRASI. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tak hancur, walaupun dah lebih 2 tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik sebab budak tu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah 'amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab, saya tak tahu apa yang special anak saya buat, cuma saya tahu dia ni sangat menjaga Al Quran. Tiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca 1 m/s al quran, memang tak pernah tinggal. Jadi, budak kecik ni pun boleh baca 1 m/s tiap kali sebelum belajar, kita yang besar berjela ni tak kan tak mampu kot. Orang yang hebat takkan bagi alasan, tapi dia sentiasa cari jalan.

3) Bila kita rasa stress sebab berkali-kali dah baca topik tu, tapi tetap tak faham, dan akhirnya, kita rasa fed up dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ni sangat susah dan tak best. Last2, kita tinggalkan terus topik tu hingga akhirnya kelam kabut waktu nak exam. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada salafus soleh terdahulu. Bila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhu' dan solat sunat 2 rakaat. Kalau macam kita ni yang malas-malas ayam, perbaharui wudhu' pun dah dikira ok. Kembalikan caj2 positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita untuk menuntut ilmu ni, tugas yang sangat mulia.

4) Part paling penting! Bila tengah syok study, tiba2 azan. Berhentilah sekejap untuk menyahut seruan Allah. Tak lama pun solat ni. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah SWT dengan penuh lemah lembut dan menjadi tetamuNya. Jadi, tiap kali rasa berat punggung nak berhenti study untuk solat, ingat balik, kalau aku nak dijemput oleh Allah di yaumul hisab nanti, aku kena utamakan solat dulu daripada kerja lain. Mana kita tahu kan, kita lagi rasa mudah bila belajar selepas selesai solat tu. Inilah namanya berkat. Bila kita utamakan Allah daripada benda lain.

5) Last but not least, jangan lupa baca doa dan ambillah wudhu' sebelum mula belajar. Doa mohon Allah bagi kekuatan dalam menuntut ilmu. Dan bila kita ada wudhu' ni, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ni adalah 1 ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Dan lagi mudah untuk kita terus solat kalau tengah belajar, tiba2 azan. Kita tak tahu kan dengan wudhu' tu, kita belajar lebih berkat..
 .............................................................

Jadi, selamat beramal. Cubalah praktis tips study ni, matlamat kita bukan lah cemerlang dalam study semata, tapi kita juga nak keberkatan daripada Allah. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu)

Jadilah seperti Rasulullah dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan baca Al Quran. Buat pemburu dunia, jangan pula kita bagi alasan, mereka tak sama macam kita, iman mereka mantap kerana Rasulullah ada di sisi. Kita tak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.  
 
Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates