Ads 468x60px

Thursday, February 12, 2015

Hijrah (Bab 3)

Bismillahirrahman nirraheem....Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali Sayyidina Muhammad. 

Sedutan bab sebelumnya...Pertemuan Ulya dan Shah Jihan di pantai...



"Kalau saya nak minta teman makan kejap kat restoran tu boleh tak? Makanan di sana sedap-sedap. Sambil makan boleh tengok pemandangan. Anggap je saya nak balas budi sebab awak dah masakkan saya hari tu." lancar saja ayat itu meluncur laju keluar dari bibirnya. Spontan. 


"Tunggu kejap ya...Saya nak bagi roti ni kat orang tu..." Shah Jihan berlalu dengan membawa kontena roti dari Ulya tadi ke pondok selang sebuah dari mereka. 

*******


Jeng jeng jeng~ Rasanya Ulya akan terima ke tak ajakan makan bersama Encik Bos pada Rose tu? Lets check-it out~~



Sewaktu Shah Jihan melangkah ke pondok berdekatan itu, Ulya mengambil keputusan hendak pulang. Baru semalam dia membaca artikel mengenai larangan berjalan berduaan dengan lelaki bukan mahram tanpa keperluan penting. Pagi ini dia diuji terus bab itu. 

"Ulya! Awak nak pergi mana?" teguran Shah Jihan menghentikan langkah kaki Ulya. Ulya berpaling ke belakang. 

"Maaf...Saya tak dapat nak temankan Encik makan. Tak elok Encik dan saya berdua macam ni.  Saya balik dulu, assalamu'alaikum...." ucap  Ulya sebelum berpaling ke hadapan kembali meneruskan langkah menuju ke kereta. 'Ya Allah...Jangan dia cuba halang aku pergi. Sungguh aku tak kuat nak bertegas menolak' doa Ulya dalam hati.  

"Tak apalah kalau macam tu. Biar saya temankan awak pergi kereta. Kali ini tolong jangan tolak. Demi untuk keselamatan sebab macam saya cakap tadi, bahaya perempuan muda macam awak berjalan sendirian ke tempat macamni..." usul Shah Jihan sambil mengikuti langkah  Ulya. Sengaja dia berjalan perlahan ketinggalan beberapa langkah di belakang Ulya. Tidak melangkah seiringan bersama. 

"Ulya..."

Ulya menoleh bila ada yang memanggil namanya di sebelah depan kiri. Ternyata Bonda kepada Shah Jihan yang memanggil namanya tadi. Turut berada di sisinya ialah seorang lelaki separuh umur dan seorang gadis muda. Nak tak nak, Ulya melangkah menghampiri bila Bonda melangkah ke arahnya. Dia menyalami tangan Bonda dan gadis muda itu. Keduanya mencium pipi Ulya saat bersalaman dengannya. Ulya dapat merasakan kemesraan mereka. 

"Apa khabar Bonda?" Ulya berbahasa.

"Baik alhamdulillah...Ulya datang dengan Shah ke?" Bonda menjeling anak bujangnya. Berkomunikasi dengan mata. Shah Jihan pura-pura tidak perasan.

"Eh tak-tak...Saya datang sendiri. Kebetulan je terjumpa dengan anak Bonda ni..." cepat Ulya menafikan. Jawapannya membuatkan Bonda senyum.

"Ni suami Bonda dan ini Yasmeen adik Shah. Dah alang-alang jumpa Ulya ni, marilah kita makan bersama kat restoran menghadap pantai tu. Dah lama Bonda tak jumpa dengan Ulya..." ajak Bonda mesra. Keramahan Bonda membuatkan Ulya serba-salah nak menolak.

"Minta maaf Bonda. Saya ada hal nak diuruskan..." jelas teragak-agak sebenarnya nada suara Ulya. Dia cuma berdalih. Bukan hal penting sangat pun sebenarnya. Hanya sekadar nak basuh baju dan kemas rumah. 

"Marilah kak...Jom..." kali ini Yasmeen pula bersuara sambil memaut lengan kanan Ulya.

"Marilah...sementara masih tak ramai orang kat situ. Kalau nak dekat tengahari nanti mesti ramai orang pergi situ..." ayah kepada Shah Jihan pula bersuara mengajak.

"Okeylah kalau macamtu..." 

Akhirnya Ulya kehabisan kata untuk menolak. Dia mengikut langkah mereka menuju ke restoran yang dimaksudkan tanpa menoleh memandang Shah Jihan. 

Shah Jihan hanya diam melangkah. Tertangkap berjalan berdua dengan Ulya tadi pasti akan dipersoalkan Bonda dan Ayah. Dia yakin pasti dia akan diterjah dengan soalan bila pulang nanti. Semalam tak ada pula mereka bertiga bersuara merancang pergi ke pantai yang cuma jarak lima belas minit perjalanan dari rumah mereka ini. 

*******
Usai pulang ke rumah, Shah Jihan disuruh duduk di sofa ruang tamu. Bonda dan Ayah duduk di kerusi bertentangan dengannya. Mereka memandang tanpa bersuara membuatkan Shah Jihan gelisah.

"Kenapa Bonda dan Ayah? Ada sesuatu nak dibincangkan ke?" soal Shah Jihan cuba untuk berlagak tenang.




Riak risau Shah Jihan dalam hati. Luaran je dia tetap berlagak tenang duduk depan Bonda. =P

"Shah ada sesuatu nak bagitau Bonda dengan Ayah ke?" soalannya berbalas dengan soalan oleh Bonda yang bersandar elok di sofa dengan kedua tangan bersilang di dada. Ayah pula senyum dengan raut wajah lebih rileks. Bertaut kening Shah Jihan sebaik mendengar soalan Bondanya. Pelik.

Raut wajah Bonda. Garang tak? ;)


raut wajah si Ayah. Chill rileks je
"Bagitau apa Bonda? Rasanya tak ada..." balas Shah Jihan. Tak terfikir tentang hal apa yang perlu dia bagitau pada keduanya. Mata Bonda tetap terarah memandangnya. 

"Tentang Shah dengan Ulya mungkin..." Bonda mengecilkan skop perbualan mereka. Soalan yang diutarakan membuatkan Shah Jihan menelan liur seketika. Baru teringat pasal hal di pantai tadi. Perut yang kenyang membuatkan dia terlupa tentang hal itu. Shah Jihan gugup hendak menyusun ayat. 

"Em...Kami kebetulan terjumpa je kat pantai tu Bonda, Ayah...Shah datang situ cuma sebab nak guna kamera Shah. Dah lama tak pakai..."

"Err...err..." Shah Jihan kehilangan kata bila tanpa bersuara Bonda menyuakan telefon pintarnya. Tertera gambarnya berdua dengan Ulya di pondok. Boleh pulak dia sendiri tengah senyum memandang Ulya. Grrr! Shah Jihan mengukir senyum tawar memandang kedua orang tuanya. Sumbang. Sebelah tangan mengurut sebelah dahi sendiri. Jelas dia dah buat salah dan tertangkap terus.  

"Kalau Shah berkenan, mulakan langkah. Kalau line clear, apa lagi, bagitau Ayah dengan Bonda. Biar kami pergi pinang. Ikat dia dengan ikatan halal baru bercinta. Itu baru gentleman macam ayah dan Bonda dulu..." usul Ayah yang baru bersuara. Sejak tadi dia hanya jadi pemerhati perbualan si ibu dan anak bujang.


Shah Jihan mengalihkan duduk sekejap mencari keselesaan. Dia berdehem beberapa kali. Mungkin sudah tiba masanya dia membuka cerita.

"Sebenarnya Bonda, Ayah...Waktu zaman universiti dulu, Shah ada berkenan calon nak dijadikan isteri. Dia junior satu tahun kat sekolah menengah dulu. Shah dah jumpa ayah dia dan luahkan. Memandangkan waktu tu dia baru masuk universiti dan Shah baru tahun dua di universiti, jadi dia nak habiskan pengajian dulu. Shah pun nak kukuhkan kehidupan dan habiskan belajar dulu"

"Sekejap je dia satu universiti dengan Shah, cuma lima bulan... Lepastu dia dapat tawaran sambung belajar di universiti di UK. Dia tak nak berhubung dengan Shah, jadi Shah cuma terus berhubung dengan ayah dan mak dia sampai sekarang. Waktu beraya rumah diorang syawal lepas, Shah ada tanya dan usulkan nak ikat hubungan kami. Dia pun dah nak habis belajar. Lepas diorang berbincang, perempuan tu belum bersedia nak kahwin sekarang. Dia nak habiskan tempoh master satu tahun setengah yang akan habis awal tahun depan." cerita Shah Jihan. Inilah kali pertama dia membuka kisah cinta dan perempuan pada Bonda dan Ayah. Bukan malu yang Shah Jihan sedang rasakan saat ini tapi dia gugup.

"Dari cerita Shah ni, perempuan tu macam tak bersungguh. Perempuan ni, kalau dia betul-betul suka, dia akan memilih setuju untuk kahwin tak menangguh lama sangat macam ni. Kalau tak setahun dua lepas Shah luahkan tu, paling lama pun sampai habis belajar degree. Ini tak..." Bonda meluahkan pendapatnya berdasarkan pemerhatiannya. Dari nada suaranya tenang saja Bonda memberi komen. Tidak mencemuh atau prejudis.

"Bonda naik dulu..." Bonda bangun dari duduknya dan melangkah naik ke tangga untuk masuk ke bilik tidur. Seakan sengaja memberi peluang si Ayah berbicara dengan si anak bujang mereka. Man-to-man talk. Ayah beralih duduk ke sebelah Shah Jihan.

"Elok Shah buat solat istikharah dan cuba seriuskan hubungan. Kalau pihak sana masih tak nak, nasihat Ayah sebagai Ayah dan lelaki pada lelaki, carilah bunga lain Shah..." ucap Ayah yang bangkit dari duduknya. Dia menepuk bahunya. 


Shah Jihan tunduk memandang lantai dengan kedua belah jari-jemari bertaut. Dia berfikir dalam-dalam. Apa yang diucapkan Ayah dan Bonda tadi ada kebenarannya. 

'Hm...'

*******
~~Bersambung~~

Hehe macamana? Apa komen korang untuk bab kali ini? Tak sangka Bonda, ayah dan Yasmeen akan datang sama? Acaner ni dilema seorang lelaki bernama Shah Jihan bila isu kahwin dibangkitkan. Apakah yang akan berlaku selanjutnya pada kisah perjalanan cinta hatinya yang sudah bertahun-tahun tanpa ikatan serius @ bercinta pun tidak? Stay tuned...

Harap maaf tentang komen Bonda bab perempuan secara general tu, jangan jadikan fakta ya. Sekadar pendapat Puan Bonda. 

Ikuti episod selanjutnya insyaAllah...Harap maaf ye tiada tarikh rasmi bila rasanya sambungan bab seterusnya akan saya upload (^_^)

Your comment will motivates me to continue writing ...




Read More »

Tuesday, February 10, 2015

Review Buku (Part 5)

Bismillahirrahman nirraheem. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa ala aali Sayyidina Muhammad(11x).

Kali ini cuma review tersangat pendek. Kisahnya tadi tengah belek2 buku dalam koleksi. Allah gerakkan hati ni ambil buku yang beberapa minggu lepas waktu beli sesuatu, cashier ni promote rekomen buku ni. Inilah buku tu 'Motivasi menjadi wanita paling bahagia @ Be a happiest women karya Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni. (gambar sumber dari google).



Buku ni dah lama beli kalau tak silap tahun 2010 walaupun dah dua kali atau lebih baca, yang saya ingat sebelum belek semula tadi cuma tajuk dalam bab2 buku ni dinamakan dengan permata, emas dan lain yang menjadi perhiasan wanita. Kenapa saya kata buku ni menarik sebab bagi saya bagus untuk start up, reset @ refresh performance diri. Really2 really recommended. 

Walaupun tajuk buku ni wanita tapi itu tak bermakna cuma bagi pembaca wanita je. Orang lelaki pun boleh baca manalah tau kot2 lepas baca buku ini akan membuatkan kaum adam semakin menghargai jasa2 dan pengorbanan ibu dan isteri, adik/kakaknya.

Sekian itu saja review super pendek dari saya. Kalau nak tahu sinopsis atau petikan dari buku ni boleh cek dengan bantuan encik google ya. Sekian terima kasih. =)

Maafkan saya kalau ada salah dan silap dalam mana2 tulisan saya dalam blog ataupun kat mana2. Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk/kurang baik datang daripada diri kita sendiri. Wallahu'alam bissawab.

Till we meet again on other entry insyaAllah...




Read More »

Thursday, February 5, 2015

Hijrah (Bab 2)

Bismillahirrahman nirraheem...



Ulya Hazirah tidak senang duduk. Sejak waktu fajar mnyingsing di subuh hari sehinggalah matahari muncul memancarkan sinarnya ke bumi. Sungguh dia sedang gelisah namun dia berusaha untuk menutupinya agar tidak kelihatan di pandangan rakan pejabatnya dan kerja harian cuba untuk dilaksanakan sebaiknya walaupun fikiran tak fokus sepenuhnya. 

Pesawat yang dinaiki mummy akan mendarat jam sepuluh pagi. Ulya sudah merancang awal keluar pejabat jam sembilan agar sampai ke lapangan terbang sebelum mummy keluar dari balai ketibaan. 

"Rai...Kejap lagi aku pergi ni...Ambil mak aku kat lapangan terbang" biarpun sebenarnya Raihanah sudah sedia maklum namun tetap juga Ulya maklumkan lagi sekali saat melintasi meja Raihanah. Ulya melangkah ke bilik solat. Hatinya masih tidak tenang sebenarnya jadi dia nak mendirikan solat sunat dhuha dan solat hajat. 

Gugup sangat! Secara ringkasnya, mereka sekeluarga mengamalkan gaya hidup moden dan terikut-ikut dengan budaya dari barat. Bukanlah maksudnya tak makan masakan melayu langsung atau tak pakai baju kurung sebagai pakaian kebangsaan. Cuma apa eh em...Bab adat dan ciri kemelayuan tu tak berapa praktikkan sangat. Lagipun, em...mummy sendiri pun free hair sebenarnya. Cuma seorang kakak Ulya, Kak Una yang bertudung itupun selepas dia berkahwin. Terbuka hati saat mengandung anak sulung. 

Sewaktu sampai di lapangan terbang, suasana tidak terlalu padat dengan orang. Mungkin kerana bukan musim cuti sekolah kot. Ulya berkira-kira sendiri. Di lirik skrin penerbangan yang tertera. Pesawat yang mummy naiki sudah selamat mendarat dua minit lepas. 

Ulya menghantar pesanan sms pada mummy. Memaklumkan dia sudah sampai berdiri dekat dengan pintu keluar ketibaan. 'Ulya pakai baju royal blue...'. Sengaja dia memaklumkan begitu agar mudah mummy mencari nanti. Ulya memandang sekeliling. Ada lebih kurang sepuluh kelompok juga yang sedang menunggu ketibaan berdiri seperti dirinya. Mata ditalakan kembali ke pintu balai ketibaan menunggu kelibat mummy melangkah keluar dari situ. 

"Tengah tunggu mummy you ke?" Ulya menoleh ke sisi bila ada satu suara menyapanya. Soalan dari seorang lelaki muda.

"Yup..." pendek saja balasannya. Waktu tengah gugup ni memang dia tidak ingin bercakap dengan siapa-siapa. Lagi-lagi dengan orang yang tidak dikenali.

"Samalah. I pun tengah tunggu my mom...Mummy you pergi bersama dengan mama I. Pergi London kan?" si lelaki muda menyambung bicara. Kali ini cuma anggukan kepala sebagai jawapan yang Ulya beri. 

Penantian Ulya berakhir bila kelibat mummy muncul. Segera dilambai mummy yang nampak tercari-cari. Bila pandangan mereka bertaut, mummy membalas lambaian Ulya dan terus melangkah menghampiri dengan menolak troli luggage. Seperti biasa bila bertemu semula setelah berpisah untuk seketika, Ulya mengucup tangan mummy sebelum memeluk mencium kedua pipi mummy. 

"Ni kawan mummy, Auntie Linda" mummy memperkenalkan wanita yang nampak sebaya mummy disebelah. Ulya baru perasan mummy beriringan melangkah tadi. Ulya cuma senyum saat menyalami tangan wanita itu. 

"Apa khabar auntie?" si lelaki di sebelah pula bersalaman dengan mummy. 

"Baik alhamdulillah...Ni anak auntie. Ulya..." mummy terus memperkenalkan. Ramah.

" Dah besar ya Ulya. Dulu Ulya dengan Wan ni main bersama waktu kecil..." cerita Auntie Linda. 

"Makin comel, cantik dan manis macam auntie..." tambah Ikhwan memuji. Makin kembang hati mummy bila dipuji cantik. Mummy ketawa yang nampak dibuat-buat.

"Nanti bila Wan ada masa, jemput datang rumah auntie. Temankan mama kamu ni datang rumah auntie..." ajak mummy sebelum berpisah.

"InsyaAllah..."

"Jangan cakap je tau. Auntie tunggu" seloroh mummy sebelum mereka ketawa bersama. Ulyah cuma senyum. Berat mulut nak bersuara sekarang ni.

Bila sudah berpisah dari Auntie Linda dan Ikhwan, Ulya menelan liur. Terasa kesat untuk ditelan. Terasa panas berbahang badannya tika ini bila beriringan melangkah berdua dengan mummy. Mummy berdehem. 

"Ni Ulya pakai tudung ni untuk suka-suka on-off ke bertudung sepenuhnya macam Kak Una tu?" soalan terus yang diajukan mummy. Tiada bunga-bunga dengan komen atau pujian.

"InsyaAllah untuk sepenuhnya macam Kak Una tu mummy..." jawap Ulya rileks padahal dalam hati punyalah kacau-bilau dah macam ada roller coaster.

"Hmmm..." 

"Jom kita pergi ke kereta my...Ulya parked kat situ" segera Ulya memintas sebelum mummy berkata apa-apa. Rezeki dapat ruang kosong lot barisan paling hampir tadi.Tak perlu melangkah jauh sangat. 

'Harap-harap mummy terima aku mula bertudung ni. Moga tak ada ujian atau rintangan dari mummy...' doa Ulya dalam hati.

Kalau Daddy ada mungkin dia boleh bertenang sebab Daddy jenis yang terbuka. Berbeza dengan mummy yang sedikit mengongkong. Campurtangan Daddy sangatlah memudahkan Kak Una, Ulya sendiri dan mereka adik-beradik membuat keputusan  dan pilihan sendiri dalam banyak aspek bila ada konflik bertentangan dengan kemahuan mummy.


*******

"Daddy....When you come home? I kinda miss you a lot..." ucap Ulya bila Haji Sulaiman menjawap panggilan telefonnya. 

Haji Sulaiman gelak besar bila puteri bongsunya berkata begitu. Dia menetap di Norway atas urusan bisnes yang baru bermula selepas dia bersara dari bekerja dengan kerajaan. Hanya sesekali dia pulang ke tanahair. 

" Daddy miss you too princess...Ni Ulya rindu betul ke atau sebab nak Daddy defend Ulya crisis dengan mummy lagi?" soal Haji Sulaiman dengan nada suara mengusik. 

"Both Dadyy... I miss you until my dada rasa nak pecah tau sebab menahan rindu! and...and...yeah hmmm...Ulya ada krisis dengan mummy sekarang. Mummy ada bagitau Daddy ke?" Ulya mengeluh mengadu pada ayah tercinta yang jauh beribu batu nun di Eropah sana.

Baru tiga hari mummy pulang, sangatlah mencabar untuk tetap bertenang, bercakap elok-elok. Memang sangat menguji dan menduga. 

Bila mummy kritik pakai tudung tak cantik, kolot dan macam-macam, telinga Ulya masih kebal untuk tidak bereaksi marah ke apa. Tapi bila petang tadi lepas balik kerja, almari dan tempat sangkut tudungnya banyak kosong. Jubah dan blouse labuhnya tiba-tiba hilang. Satu tudung langsung tidak tersisa tinggal di dalam bilik. Cuma ada sepasang telekung lycra Ulya yang tinggal dan pakaiannya yang lama. 

Nak tanya terus kat mummy, mummy tiada di rumah. Bila ditanya pembantu rumah, Asanti bagitau ada satu lori datang tadi. Mummy suruh diorang angkut keluar barang dari bilik Ulyah. 

" Is there anything I should know princess?" begitulah Daddy. Biarpun sebenarnya dia dah tau dari mummy tapi dia tetap nak dengar sendiri anak-anaknya bersuara bercerita. Dengar dari kedua pihak sebelum buat keputusan atau komen.

"I started to wear a hijab covering my hairs and wearing a loose clothes....Sejak mummy tahu bila dia balik sini, dia memang tak suka bila Ulya pakai macamtu...Please Daddy...Help me. I want to please our Creator, Allah..."adu si puteri bongsu.

"Ulya masih boleh tahan kalau mummy lancarkan perang mulut tapi sekarang ni, erm erm...Bila balik pulang dari kerja tadi, I found out semua jubah-jubah, baju labuh dan semua tudung Ulya lesap tak ada dalam bilik. Mummy tengah keluar. Ulya dah cuba call, sending texts but she didn't answer me. Ulya tanya Asanti mana perginya baju-baju tu semua. Asanti bagitau tadi ada lori bawa keluar kotak berisi barang dari bilik Ulya..." panjang lebar Ulya bercerita. Kusut dan serabut kepalanya. Itu yang lepas mandi dia terus menelefon daddy.

"I will try to talk with her. But you know mummy macamana kan..." memang mereka semua faham benar dengan mummy. Kemahuannya harus dipatuhi semua kecuali jika Daddy betul-betul ada di sini. 

"Daddy baliklah sini kejap..." permintaan berbentuk rayuan yang Ulya pinta dari ayahanda tersayang.

"I will try my best..." pujuk Daddy bila Ulya melancarkan usaha pujukan untuk dipenuhi.

Bila perbualan dalam telefon berhenti, tanpa sedar Ulya mengeluh untuk kesekian kalinya. Nasib baik tudung yang baru dibelinya beberapa hari lepas masih ada di dalam kereta belum dibawa masuk ke dalam rumah. Jadi esok masih ada tudung untuk di pakai. 

'Astaghfirullah hal 'adzhim...Astaghfirullah hal 'adzhim...' Ulya beristighfar di dalam hati cuba untuk menyejukkan dan menenangkan diri. Dia bangun dari katil dan melangkah membuka almari pakaian. Mencari-cari baju kurung yang sesuai untuk dipadankan dengan tudung yang ada di dalam kereta. 



*******

Keesokan harinya, Rose singgah di ruang kerja Ulya lebih kurang jam lapan setengah pagi. Dia datang dengan membawa hadiah.

" Apa ni Rose?" soal Ulya bila menyambut beg kitar semula saiz sederhana. Otaknya mamai sedikit gara-gara tekanan di rumah dan kesibukan kerja di pejabat.

" Tengoklah..." usul Rose sambil duduk di kerusi di depan meja kerja Ulya.

Sebaik melihat isi hadiah yang diberi Rose, ternyata tiga helai tudung dan sepasang jubah labuh. Bersamanya ada satu kuntum rose plastik dan satu kertas dengan kata-kata:

'Roses are red, violets are blue. Sugar is sweet and so are you'.

Terus Ulya berdiri memeluk Rose. Pastinya Rose terkejut dengan dengan reaksi Ulya. Lagi-lagi bila ada air mata yang mengalir di pipi sahabatnya itu. Rose mengurut belakang Ulya cuba untuk menenangkan. Dia dapat mengagak pasti ada yang tidak kena yang sedang dilalui Ulya bila dia jadi sebegitu rupa. 

"Terima kasih banyak-banyak Rose...Semoga makin murah melimpah-ruah rezeki kau lepas ni. Aku betul-betul menghargai pemberian kau..." luah Ulya bila dia dapat mengawal rasa sebaknya. Perlahan-lahan dia meleraikan pelukannya. Air mata di pipi segera di sapu. Dia duduk kembali ke kerusinya dan menarik salah satu laci mejanya. Menarik dua helai tisu untuk mengelap wajah.

"Kenapa ni Ulya?" soal Rose prihatin setelah cuma diam sekejap memberi ruang Ulya kembali tenang. Nasib baik Ulya ditempatkan di satu bilik sendiri jadi tak ada orang yang melihat tangisannya tadi selain Rose.

Rose sabar menanti Ulya membuka mulut bercerita. Dia diam memandang Ulya yang menarik dan menghembuskan nafas berkali-kali. Satu usaha untuk menenangkan diri.

Ulya menceritakan kisah kehilangan tudung-tudung, jubah dan blouse labuhnya pada sahabatnya itu. Kali ini dia tenang sahaja bercerita dan riak wajah muram.

Rose bangkit menghampiri Ulya. Dia menepuk-nepuk lengan Ulya meyalurkan semangat. Ulya terus bercerita meluahkan beban yang dilalui. Semalam dia tidak membuka mulut atau menghantar teks bercerita pada Rose. Cuma mengadu pada Allah dalam solat dan pada Daddy.

"Nak dengar cerita tak?" tanya Rose. Cuba untuk menarik minat Ulya. Pastinya Ulya ingat tahu.

"Dulu kan, waktu zaman Rasulullah, waktu islam baru tersebar, Rasulullah dan para sahabat pun terseksa dan perlu lalui macam-macam kesusahan dan kesulitan. Contohnya, Sumayyah yang syahid dengan cara disula dengan tombak, Bilal bin-Rabah diseksa tuannya agar kembali berpaling dari islam. Bilal diheret mengelilingi kota Makkah. Orang ramai mengejeknya sambil membalingnya dengan batu. Tindakan begini juga tidak menggugat iman Bilal. Apabila sampai berhampiran dengan Kaabah Bilal menjerit sekuat-kuat hatinya: “AHAD! AHAD! AHAD!” Perkataan inilah yang sangat dibenci oleh kaum musyrikin Quraisy. Alhamdulillah Abu Bakar memerdekakan Bilal dari tuannya yang zalim"

"Orang yang hebat, ujiannya juga hebat. Para Rasul dan orang yang Allah sayang akan diuji dengan ujian yang hebat. Tempat bagi orang yang diuji hebat ni pun hebat dan dekat di sisi Allah. Cheer Up! Sooner or later mummy akan terima dan ikut berhijab insyaAllah. Setiap ujian tu ada penamatnya"  pujuk Rose. 

"Kalau sesekali kau nak bermalam di rumah aku pun boleh, lagi aku suka ada teman" ajak Rose cuba untuk menghiburkan hati si sahabat di sisi. Hanya kata semangat dan dorongan yang mampu dia bantu. Tidak dapat masuk campur hal ibu dan anak ini.

Sweet kan Allah? Dia gerakkan hati aku bagi hadiah untuk pujuk hati kau di waktu yang tepat. SubhanAllah walhamdulillah..."ungkap Rose teruja. Sungguh tidak disangka. Kedatangan dia ke meja kerja Ulya memang diperlukan. Memang benarlah ada banyak cara pertolongan dan bantuan Allah tu sampai bagi setiap hambaNya.

*******

Shah Jihan membuang pandang ke arah pantai dan lautan biru yang luas. Sesekali tangannya menangkap gambar dengan kamera dslrnya yang sengaja digantung di leher. Saja dia singgah di situ pada pagi ahad sebegini untuk berduaan dengan kamera kesayangan. Sudah lama dia tidak menggunakannya.  

Shah Jihan senyum hingga tanpa sedar menutup mata. Menghayati angin yang lembut menyapa tubuh. Memang mengasyikkan. 


Berbagai riak wajah spontan Shah Jihan saat melangkah di laluan terapeutik. 'Begitulah bila badan orang jarang bersenam'  kutuknya dalam diri. Memang sejak setahun dua ini dia jarang bersenam. Menambah lemak dan berat badan  tu selalulah. 


Macam inilah laluan terapeutik yang Shah Jihan lalui tu. Apa komen anda pasal laluan macamni? Seronok kan... =)

Langkah kaki yang melalui laluan berbatu itu memang jelas sumbang. Tapi digagahkan juga meneruskan hingga lengkap lima pusingan. Lagipun cuma beberapa orang sahaja yang kelihatan singgah di pantai itu.  Tak payah nak malu. 


"Alhamdulillah..." ucap Shah Jihan setelah selesai lima pusingan. Dia berdiri di tepi. Lega yang teramat. Sambil cuba untuk meredakan nafas, dia meneguk satu botol 100plus dari dalam beg sandangnya. Mata  memandang sekeliling kawasan berhampiran. 





"Datang seorang ke?" laju saja soalan itu meniti keluar dari bibir usai memberi salam. Shah Jihan terus duduk di bangku bertentangan.


Ulya terkejut dengan kehadiran secara tiba-tiba lelaki itu ke pondok yang didudukinya. Dia tidak menjawap sebaliknya sebelah tangannya memegang hujung tudung yang ditiup angin. Sebelah tangan lagi  memegang jeruk asam boi. 


"Ya datang seorang. Saja datang sini terliur nak makan ini..." ucap Ulya bila Shah Jihan terus-terusan memandangnya menanti dia bersuara. Wajarlah dia tidak selesa dipandang begitu. 


"Terima kasih awak datang ke rumah hari tu dan masakkan saya bubur dan salmon asparagus tu..." ucap Shah Jihan. Baru perasan dia belum mengucapkan terima kasih sejak kedatangan gadis itu tempoh hari. 


"Encik dah makan? Kebetulan saya sengaja bawa roti berintikan nutella untuk bagi siapa-siapa yang kat sini." pelawa Ulya sambil menghulur kontena berisi roti itu. Saja dia buat tadi memandangkan lagi dua hari roti itu akan mansuh. 


"Terima kasih..." Shah Jihan mengambil kontena yang dihulur dan meletakkannya disebelah duduknya. Sepotong diambil sebelum disuap ke mulut. 


"Bahaya tau perempuan pergi seorang ke tempat macamni..." nasihat Shah Jihan sambil meneruskan suapan. Habis sepotong dia  mengambil lagi sepotong. Tadi sebelum keluar rumah dia hanya minum air kosong.


"Saya singgah sekejap je..." balas Ulya. Kekok sebenarnya untuk berbual. Lagipun mereka bukannya pernah berborak atau duduk semeja bersama sebelum ini. 


"Dah nak balik?" tegur Shah Jihan bila Ulya seakan sedang berkemas memasukkan botol minumnya ke dalam beg. 


"A'ah. Roti tu encik bawa je lah balik rumah atau bagi kat siapa-siapa kat sini..." usul Ulya tanpa memandang bos pada Rose itu. Dia masih sibuk dengan beg. 


"Kalau saya nak minta teman makan kejap kat restoran tu boleh tak? Makanan di sana sedap-sedap. Sambil makan boleh tengok pemandangan. Anggap je balas budi saya lepas awak masakkan saya hari tu." lancar saja ayat itu keluar. Spontan. 


"Tunggu kejap ya...Saya nak bagi roti ni kat orang tu..." Shah Jihan berlalu dengan membawa kontena roti dari Ulya tadi ke pondok selang sebuah dari mereka. 



~Bersambung~

*******

Jeng jeng jeng~ Rasanya Ulya akan terima ke tak ajakan makan bersama Encik Bos pada Rose tu? Tunggu sambungan selanjutnya nanti. =)

Terima kasih sudi singgah dan membaca. Sebarang komen adalah dialu-alukan. Mohon doanya doakan eh moga saya dapat habiskan cerita ni. 


Your comment will motivates me to continue writing ...





Read More »

Wednesday, February 4, 2015

Review Buku (Part 4)




1) Recommended for visual type of person. (Kadang ada sesetengah orang yang bila dah dengar/baca sesuatu teori di praktikkan, lebih efektif.) dalam buku ni ada perkngsian kisah mbak2 yg top list saat kuliah tu mngamalkan ulangkaji saat lepas tahajud, ada rakan pada encik penulis berkongsi tips bljrnya adalah dengan selalu sujud dan macam2 lagi.

2)Anda akan kehabisan idea untuk brhujjah menangguhkan kahwin/nikah.

3) Memang menarik. Looking forward to buy His other books. *saya bru tahu pnulisnya lelaki bila dh beli. siyes tngok dri tajuk, saya confident menyangka, ingatkn prmpuan*

Recommended! Wallahu alam bissawab. Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri sendiri. Moga bermanfaat.

p/s: Ni review saya di instagram. Jadi mohon maaf penggunaan bahasa rojak dan short form. 
Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates