Assalamu'alaikum warahmatullah...Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad (11x) =)
Alhamdulillah masih bernafas dan Allah beri peluang menulis entri ni. Maafkan saya andai ada yang berminat untuk mengikuti cerpen2 tulisan saya ternanti-nanti kerana sekarang dah lama tak update entri baru. Alhamdulillah juga untuk hari ini. Ada sesuatu yang saya baru ketahui hari ini dan alhamdulillah saya tak rasa duka dan kecewa(Situasi yang ke arah itu). Moga Allah beri kekuatan dan kesabaran pada kita untuk terus melangkah menghadapi ujian2 hidup. Moga hari ini dan seterusnya lebih baik daripada semalam insyaAllah amin amin amin.
Saya nak kongsi muhasabah yang saya kutip sewaktu melakukan riadhah siang tadi.
1) Hidup harus diteruskan dan terus melangkah. No matter what. Umpama kalau dah setengah jalan,macamana nak survive kalau tak melangkah turun. Takkan selamanya nak tinggal menetap atas bukit tu? Berehat sebentar boleh, tapi jangan terlalu lama. Rehat untuk top-up balik sebelum kembali melangkah. Pastikan ada checkpoint jugak dan ada plan lain. Buat supplemen andai diperlukan untuk melengkapkan lagi hasil usaha kita. Sesuatu yang kita boleh hold grip agar tidak jatuh kosong bila tersungkur.
2) Teammate. Kita melangkah sama-sama dengan kawan. Tengok2 dia, toleh, kalau dia sedikit tertinggal di belakang beberapa langkah dari kita. Cakna dengan keadaan dia. Kita dah janji nak ke syurga bersama, nak berpimpin tangan. Cinta dan ukhuwah bersandarkan kerana Allah.
3) Latihan jadi pemimpin.
Kenapa saya fikir macamtu? Langkah nak dituju seterusnya(which way) untuk sampai ke garisan penamat destinasi. Bincang, participate, give and take pendapat. Kalau kawan tu memang tahu selok-belok, biar dia tunjukkan arah. Macam dalam al-quran Allah sebut, Fas-alu ahlazzikri in-kuntum la ta'lamun...'. Maksudnya lebih kurang tanyalah pada ahlinya andai kamu tidak mengetahui.
Selain itu, tak semestinya ikut telunjuk siapa yang ada di depan. Boleh je kita bagi saranan dan rekomendasi dari masa ke semasa untuk kebaikan bersama. =)
4) Alert and cautious (peka dan berhati2)
Pada tempatnya. Bergantung prioriti dan keperluan. Maksudnya? Peka dengan peluang untuk luaskan pasaran jualan produk contohnya atau untuk berbuat perkara kebaikan. Berhati2 tu jangan sampai su'uzzon (buruk sangka, pesimis). Hidup kita kena ada prinsip agar tak mudah digugat terutama sekali musuh2 islam akan sentiasa berusaha (dalam kita sedar atau tidak) untuk menjatuhkan kita.
5) F5 perbaharui niat dari masa ke semasa.
Kita bersahabat kerana Allah, bukan nak dia balas cinta kita sebanyak yang kita beri. Andai tidak dibalas, kita tak sedih kerana kita nak redha Allah. Biji tumbuhan kita tanam, kadang tak tumbuh serentak dalam masa yang sama. Bahkan, kadang tak tumbuh sama sekali. Macam tu juga dalam persahabatan. Mungkin kita anggap dia sahabat, tapi dia tak anggap macam tu.
0 comments:
Post a Comment