Ketika Cahaya Mula Bersinar
“ Semuanya $21 kak…” beritahu
Mawar setelah memasukkan barangan yang dibeli pelanggan di kaunter.
“ Terima kasih…” duit bertukar
tangan.
Sebaik kedai runcit kembali sepi,
Mawar senyum riang. Seperti biasa, waktu lapang diisi dengan membaca novel dan cerpen
di internet. Laman penulisan2u.my dibuka.
“ Mak aih…Baru tiga hati tak
jenguk, banyak karya baru yang tersiar…” Mawar bercakap seorang diri.
“ Nasi kicap telur goreng, nasi
lemak kari ayam….Kreatif jugak. Terliur den nak makan…”
“ Nak ke kak? Kalau nak jomlah
saya belanja…” pelawa satu suara. Selamba saja lelaki yang memakai t-shirt itu
berdiri di depannya.Wardah memang pantang kalau
dipanggil kakak. Muda lagi kot!
“ Marah ke? Dah memang hakikat
aku lebih muda seminggu dari kau. Kak Mawar….” Kali ini tersengih pula.Sengaja.
“ Aku kenal kau ke?” bidas Mawar. Wajah lelaki
itu langsung tidak dikenali.
“ Ni aku lah….Munzir” Munzir
memperkenalkan diri.
“ Lah…Kau rupanya…” tangan Mawar
sibuk memasukkan barangan yang dibeli Munzir ke dalam plastik. Otaknya mengira
jumlah harga.
“ Kan aku dah selalu cakap jangan
panggil kakak…Kau ni memanglah…” marah Mawar.
“ Memang apa? Hensem? Haha aku
tau” Munzir gelak besar.
“ Jomlah kita minum. Berbual
panjang…” ajak Munzir.
“ Terima kasih sajalah. Aku
tengah kerja. Tak ada orang jaga kedai…” tolak Mawar. Tidak lama selepas Munzir
berlalu, dia kembali menemui Mawar.
“ Kebetulan aku singgah restoran
seberang jalan tu beli kuih. Ni aku belikan kau nasi lemak ikan bilis. Ada
tambahan sepotong ayam kari dalam plastik” Munzir meletakkan bungkusan di atas
kaunter sebelum berlalu.
“ Dan terima kasih tolak ajakan
aku pergi bersama tadi. Ajak buat dosa dengan jalan berdua huhu” ucap Munzir
diiringi istighfar berkali-kali. Kepalanya digeleng-gelengkan. Kemudian dia
berlalu tanpa kata.
Mawar tidak bergerak. Statik
duduk di kerusi. Tergamam. Macam babak dalam drama pula rasanya.
“ Munzir…” biarpun Mawar hanya
memanggil dengan suara biasa tak kuat namun masih dapat didengari Munzir yang
sudah di luar kedai runcit itu.. Dia berpaling.
“ Terima kasih…” laung Mawar.
Diangkat plastik berisi makanan yang diberi Munzir.
Munzir hanya membalas dengan
lambaian tangan sebelum kembali meneruskan langkah ke kereta.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Seminggu kemudian, Munzir kembali
bertemu Mawar di sebuah restoran.
“ Alhamdulillah... Puas aku cari
kau merata tempat. Tauke kedai runcit tu kata kau dah berhenti. Rumah kau aku
tak tau alamat….” tegur Munzir.
“ Memangpun…Ni nak makan apa? Aku kerja kat
sini sekarang..” Mawar bersedia mengambil pesanan.
“ Aku ada hal nak cakap ni.
Lagipun kan tak ada pelanggan ni…Bolehkan?” pinta Munzir saat Mawar melintasi
mejanya setelah menghantar menu pesanan ke dapur.
“ Kau kenapa? Muka kau tu nampak
kusut semacam…” komen Mawar. Dia duduk berhadapan dengan Munzir setelah
menghantar pesanan ke dapur.
“ Sebelum tu aku nak tanya.
Kenapa berhenti dari kedai runcit tu?” soal Munzir.
“ Tauke tu berat sebelah. Yelah
aku kerja sebagai cashier je tapi dia
suruh angkat barang periksa stok baranglah apa. Pembantu kedai ada, suruhlah
dia. Ini tak. Mentang-mentanglah itu kekasih gelap dia. Hish….Sudahlah. Tak
payah cakap pasal tu…” Mawar masih sakit hati mengenangkan apa yang berlaku.
“ Itu yang kau kerja kat sini?”
soal Munzir.
“ Ni restoran abang aku Widad.
Dia tengah tak ada pekerja. Pelayan dia balik kampung ada kecemasan. Sementara
aku tak ada kerja, aku tolonglah kat sini…” beritahu Mawar.
“ Sekarang ni abang kau tu ada
kat restoran ni?”
“ Tu ha….Panjang umur…” Mawar
merujuk pada lelaki yang baru memasuki pintu depan restoran.
Mawar bangkit untuk
mengambil Kolomee Ayam dan Lemon Ais
yang sudah siap pesanan Munzir tadi. Munzir pulak bangun menghampiri Widad. Mawar merasa pelik tapi tidak sempat
untuk bertanya bila ada pelanggan lain yang baru memasuki restoran. Dia berlalu
setelah meletakkan pesanan Munzir.
Berkali-kali Mawar melirik pada
abangnya dan Munzir. Ingin tahu apa yang mereka bualkan. Kehadiran pelanggan
yang mula memenuhi meja membantutkan niat Mawar untuk ke meja Munzir. Waktu
makan tengahari sudah tiba.
“ Tak payah bayar Munzir.
Memandangkan kamu kawan rapat Mawar dan ini kali pertama kamu ke sini…” tegur
Widad bila Munzir menghampiri kaunter. Mawar yang duduk di kaunter hanya
memerhati.
“ Terima kasih bang…In syaa Allah
lusa saya datang lagi ke sini…” mereka bersalaman. Setelah itu Munzir terus
melangkah keluar tanpa menemui Mawar.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
“ Tak nak!!!” bantah Mawar sebaik
mendengar Widad memaklumkan harapan Munzir pada sebelah malamnya di rumah.
“ Mawar tak kesian ke pada Munzir
tu? Dia tengah tersepit antara ummi dan janji dengan syarikat yang dah taja
pengajian dia. Takkan nak mungkir janji?” pujuk Widad.
Wina, isteri Widad mengisyaratkan
pada suaminya untuk diam. Giliran dia pula untuk memujuk.
“ Sebelum ni ummi dia memang
restu Munzir ikat kontrak dengan syarikat tu Mawar. Tapi taulah hati seorang
ibu, orang tua. Tak sanggup nak berpisah dengan anak tunggal dia. Lagipun dulu
walid Munzir masih ada. Tapi sekarang, kalau Munzir kerja, keseoranganlah Ummi
dia tu…”
“ Munzir bawa ummi dia sama. Kan
senang…” usul Mawar.
“ Masalahnya, Munzir kena kerja offshore 6 bulan di laut, 6 bulan di
darat…” balas Widad.
Mawar terdiam. Terbit rasa
kasihan pada situasi yang sedang dihadapi Munzir.
“ Lagipun dik…Dia minta tolong
Mawar tinggal dengan ummi dia. Di samping itu Munzir nak taja pengajian Mawar
di mana-mana Universiti berdekatan. Win-win
solution. Bermanfaat untuk kedua pihak” pujuk Widad.
Sebolehnya Widad dan isteri tidak
mahu mengungkit kisah lama. Dulu arwah ayah yang menghalang Mawar meneruskan
pendidikan ke menara gading sebaik tamat tingkatan lima. Baginya orang
perempuan tidak perlu belajar tinggi kerana akhirnya akan ke ceruk dapur.
Sekarang kedua orang tua mereka sudah tiada.
“ Mawar tak minat belajar…”
mendatar suara Mawar.
“ Nanti, kalau Mawar tinggal
dengan ummi Munzir tu, boleh anggap dia macam ibu sendiri. Mawar bebas buat apa
sahaja aktiviti dengan ummi. Seronok apa macam tu..” pujuk Widad.
“ Lepastu, bila dah habis
belajar, kahwin dengan Munzir…” sambung Wina. Santai saja dia bercakap macam
betul.
“ Apa pulak…” Mawar melempar
kusyen kepada Wina dan Widad. Tak puas hati.
“ Cuba aje…Abang yakin mesti ada
sesuatu yang akan Mawar dapat. Yang membuka minda dan melihat apa yang jadi ni
dari sudut hikmah dan positif” usul Widad.
“ Hmmm…tengoklah…” lemah suara
Mawar. Sudah kehabisan kata untuk berdebat.
“ Kita tengok dulu. Esok kita
pergi ke rumah Munzir. Sarapan dengan ummi. Terus berkenalan. Kalau Mawar rasa
serasi, teruskan. Kalau tak ngam, tolak…” usul Wina.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Keesokan harinya, Mawar pergi ke
rumah Munzir dengan ditemani Widad dan Wina.
Selepas sarapan, Widad meminta
diri untuk menguruskan restoran. Rancak ummi berbual dengan Wina dan Mawar.
Sesekali Munzir menyampuk perbualan.
Keramahan ummi membuatkan Mawar rasa selesa. Walaupun baru
beberapa jam meluangkan masa bersama, hati Mawar sudah terpaut sayang. Pada
sebelah malam, barulah dia menyatakan persetujuan untuk tinggal bersama ummi.
Sehari selepas Mawar memberitahu
persetujuannya pada Munzir. Munzir terus pergi melapor diri untuk bekerja.
Itupun setelah jenuh dia memujuk ummi. Dengan kehadiran Mawar, tidaklah ummi
tinggal sendiri. Ada teman berbual.
“ Yang kamu angkut beg besar ni
kenapa? Kan baru nak melapor diri?” tegur ummi.
“ Ni untuk simpanan Ummi…Dengarnya
pekerja baru terus dikerah bekerja sebaik melapor diri….” Beritahu Munzir
berdasarkan cerita senior dan
rakan-rakannya.
Mawar…Aku pergi dulu. Nanti kalau nak guna
kereta berjalan-jalan, guna sajalah. Aku izinkan. Lebih baik kau sesekali guna
kereta tu daripada lama tersadai dalam garaj…” usul Munzir. Dia pergi diambil
rakannya.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Selepas 7 tahun....
Mawar mengimbau kenangan lalu sementara
menanti pesawat yang mereka naiki sampai ke destinasi.
3 tahun tinggal bersama ummi memang
banyak mengubah cara hidup Mawar ke arah yang lebih baik.
Ummi lah yang membimbingnya cara
menutup aurat yang betul…
Ummilah yang mengajarkannya ilmu
memasak dan ilmu rumahtangga yang lain. Ummi juga yang tidak bosan
membantunya saat kesabarannya teruji dengan pengajian yang sedang diikuti dulu.
Sungguh Mawar merasakan hidupnya
sebelum bertemu ummi berlalu dengan sia-sia. Syukurlah ummi masih sudi mengajar
dirinya sebaik menyedari banyak perilaku negatifnya. Alhamdulillah Ya Allah…
Kadang benda yang kita nampak
biasa tapi sebenarnya kurang elok. Tambahan bila tiada orang yang menegur.
Begitulah yang Mawar rasakan.
Selama 3 tahun itu bila Munzir
bercuti, Mawar akan pulang ke rumah Widad. Widad, Wina dan ummi banyak memberi
sokongan kala Mawar merasa hilang semangat meneruskan pengajiannya. Dia memilih
Diploma Kesetiausaahaan. Munzir memberikan kebebasan pada Mawar untuk memilih
bidang yang ingin dia ceburi sendiri.
Ditakdirkan jiran sebelah rumah
Munzir turut mengambil jurusan yang sama dengan Mawar. Wardah namanya. Mereka
berdua rapat dan berkawan baik. Lagipula mereka sekelas. Mawar meminta Wardah
untuk tidak memanggilnya kakak.
Sebaik tamat Diploma, mereka
berdua sama-sama menyambung pengajian di Scotland. Kini mereka sedang menanti
konvokesyen peringkat Sarjana.
“ Mawar…Dah sampai…” penumpang
pesawat sudah mula keluar saat Wardah menegur Mawar. Menyedarkan dari lamunan
panjang.
Mawar dan Wardah berdiri
merenggangkan otot setelah lama duduk.
“ Selamat kembali ke tanah air
Wardah…” ucap Mawar ceria.
“ Selamat pulang Cik Mawar…”
balas Wardah.
Mereka beriringan keluar turun
pesawat. Lega bila urusan di lapangan terbang berjalan lancar. Mawar akan
singgah ke rumah Munzir menjenguk ummi yang kurang sihat. Petang nanti Widad
yang akan menjemputnya di rumah ummi.
“ Itupun abang Munzir…” Wardah
menunjuk ke satu arah.
Setelah berbual seketika, mereka
mengikut Munzir. Memang begitu rancangan yang telah mereka rancangkan. Wardah
ingin memberi kejutan pada keluarganya yang berada di rumah. Dia sudah
berkomplot dengan adiknya agar semua ahli keluarga tetap di rumah saat
kepulangannya sebentar lagi.
“ Maaflah…Aku tak dapat teman di
rumah. Lepas hantar kamu ke rumah, aku kena masuk kerja…” beritahu Munzir.
“ Jadi aku wakilkan Dina isteri
tersayang teman…”
“ Takpe…Aku nak jenguk ummi je.
Nanti Abang Widad ambil dari rumah kau…” balas Mawar.
Sebaik sampai, Mawar terus
mencari ummi di dalam biliknya. Wardah pulang ke rumahnya bersebelahan rumah
Munzir.
“ Assalamu’alaikum ummi…” sapa
Mawar perlahan. Disalam dan dipeluk ummi.
“ Ummi apa khabar?”
“ Alhamdulillah…Cuma lelah lepas
balik umrah dengan Munzir dan Dina minggu lepas…” beritahu Ummi.
“ Ummi dah makan?”
“ Tak ada selera…” Ummi bersandar
lemah di kepala katil.
“ Jom kita keluar ke ruang tamu…”
Mawar memapah Ummi melangkah. Dipaut pinggang Ummi supaya tidak jatuh.
“
Makan Ummi….” Dina membawa dulang berisi bubur nasi di dalam dulang.
“ Jom...Biar Mawar yang suap Ummi
eh…” Mawar mengambil mangkuk dari dulang.
Setelah setengah mangkuk berjaua
dimakan Ummi, dia menolak. Tidak mampu untuk menerima lagi.
“ Minum Ummi…” giliran Dina
menyuakan gelas berisi setengah penuh dengan jus oren. Disuap ubat diiringi
segelas air putih.
“ Alhamdulillah…” Mawar mencium
kedua pipi Ummi sebagai penghargaan makan tadi. Selama 3 tahun Mawar tinggal
dengan Ummi membuatkan Mawar menganggap Ummi seperti ibu sendiri. Ibu kandung
Mawar sudah meninggal dunia sejak dia dan Widad masih kecil di bangku sekolah.
Ayah yang membesarkan mereka berdua sendirian.
Mawar membawa Ummi kembali masuk
ke dalam bilik. Tidak lama setelah mereka berbual seketika, Ummi terlena.
Barulah Mawar keluar menemui Dina.
“ Selamat ya atas perkahwinan
dengan Munzir…” ucap Mawar. Dia beridiri sekejao menarik bagasi
yang lebih
kecil dari yang lain.
“ Ni hadiah untuk awak dan
Munzir…” Mawar menghulur hadiah yang dimaksudkan.
“ Terima kasih…” Dina menyambut
dua hadiah yang dihulur.
“ Yang ni, untuk Ummi…Lupa nak
bagi tadi…” hadiah untuk Ummi diletak diatas meja.
“ Ummi selalu sebut nama
awak….Mungkin dia rindu…” beritahu Dina. Mawar senyum.
“ Saya terhutang budi pada Ummi,
pada Munzir…Sebab diorang berdua lah yang memberi sokongan kuat pada saya
kembali sambung belajar…” cerita Mawar.
“ Minta maaf sebab tak dapat
hadir waktu majlis kamu…” ucap Mawar.
“ Tak apa…Kami maklum Mawar sedang exam waktu tu…” Munzir dan Dina baru
bersatu sebagai suami isteri sebulan lepas.
“ Apa perancangan sementara
tunggu konvo ni?” tanya Dina.
“ In syaa Allah buat masa
sekarang nak luangkan masa dengan keluarga, dengan Ummi. Tentang kerja,
tengoklah kalau ada, adalah. Kalau tak, mungkin terbang England sambung
belajar….”
“ Dah hadapkan permohonan?”
“ Dah…Cuma tunggu jawapan
biasiswa…” jawap Mawar.
“ Munzir tengah tunggu Mawar.
Cadang nak buat PhD sama…” beritahu Dina.
“ Biar betul? Dulu memang dia ada
cakap. Tapi ingatkan dia main-main…” terkejut Mawar mendengar berita itu.
Memang sewaktu pertama kali berangkat menyambung ijazah, Munzir ada mengucapkan
kata-kata itu. Hanya sekali. Ingat sekadar motivasi.
“ Sementara cuti ni, buat majlis
kahwin pun sempat… “ usul Dina membuat Mawar ketawa kecil.
“ Tak ada calon lagi…” jawap
Mawar. Perbualan mereka terhenti bila Wardah mengetuk pintu mengucap salam.
“ Maaf ganggu…Aku cuma nak tanya.
Kau single lagi kan? Belum berpunya?”
soal Wardah sebaik tergesa-gesa duduk di sebelah Mawar.
“ Kenapa?” soalan Wardah dibalas
dengan soalan. Soalan yang pelik untuk ditanya mengejut macam tu.
“ Jawap ajelah…” desak Wardah.
“ Iye…Kenapa?”
“ Minta alamat rumah kau boleh?”
pinta Wardah. Soalan Mawar dibiarkan sepi.
“ Untuk apa? Kau kan memang dah
pernah datang rumah aku…”
“ Bagi dulu…Lepas kau bagi nanti
aku bagitau…” serius muka Wardah.
“ Thanks..” setelah dapat apa yang dipinta, barulah muka Wardah
ceria. Teruja.
“ Kenapa? Kau nak buat apa?” tanya
Mawar. Lengan kiri Wardah dipegang agar tidak terus berlalu pergi. Wardah
memang seperti angin cepat muncul cepat pergi.
Wardah senyum. Dia diam sebentar
memandang Mawar dan Dina.
“ Sebelum ni kau ada cerita kat
aku, ummi dan Abang Munzir membawa kau ke jalan yang ada cahaya. Membuatkan
hidup kau bertambah warna, tidak lagi suram dan kelam…”
“ Jadi….?” Soal Mawar. Masih
belum dapat menangkap maksud sebenar Wardah.
“ Jadi aku nak kau masuk dalam
keluarga kami. Warnai hidup abang diktator aku tu. Please….” Beria-ia Wardah
meminta. Mawar bingung. Wardah yang dikenali bukan orang yang puitis.
“ Tadi waktu kita pulang,
kebetulan abang aku tengah di halaman rumah. Tadi dia cakap kat mak untuk
pinang kau untuk dia! Punyalah selamba dia minta macam tu depan semua keluarga
aku…” emosi Wardah bercerita pada Mawar dan Dina.
“ Hah??” berita yang dibawa
Wardah memang merepek. Sukar untuk dipercaya dan diterima Mawar.
“ Betul…Aku tak tipu…”
“ Dia cuma main-main aje tu
kot….” Mawar memilih mengambil ringan. Bukan satu isu.
Keluarga Wardah muncul di muka
pintu. Dina dan Mawar berdiri menyambut kedatangan mereka di muka pintu.
Bertalu-talu Mawar dipeluk dan dicium pipinya oleh golongan wanita.
“ Saya setuju…Nenek setuju…”
banyak suara yang menyatakan persetujuan. Mawar terdiam. Tiba-tiba menjadi
perhatian membuatkan fikirannya kosong. Tercengang dan bingung.
“ Marilah masuk dulu…” Dina
sebagai tuan rumah mempelawa keluarga Wardah masuk. Ajakannya diterima dengan
senang hati.
Hj Shamsul selaku ketua keluarga
papa kepada Wardah memperkenalkan diri pada Mawar. Memang sudah kenal
sebenarnya memandangkan Mawar dan Wardah bersahabat baik. Tapi untuk
menceriakan suasana dia berbuat begitu memperkenalkan diri dan ahli keluarga
yang lain. Mesti Mawar terkejut bila terus diserbu seperti tadi.
Pelbagai soalan ditanya papa,
mama dan nenda Wardah. Tentang keluarga dan diri Mawar. Dina sedari tadi ke
dapur menyediakan minuman. Air yang dibancuh untuk Mawar tadi memang tidak
mencukupi untuk menjamu mereka semua.
Bunyi hon kereta menghentikan
perbualan mereka. Widad sudah sampai untuk menjemput Mawar pulang. Dia keluar
kereta dan mengangkat tangan.Senyum.
“ Saya minta diri dulu
makcik…nenek…Abang saya dah sampai” Mawar bersalaman dengan keluarga Wardah
sebelum keluar. Mereka mengiringi dirinya keluar.
“ Wafi….” Laung nenda. Memanggil
si cucu sulung di rumah sebelah. Wardah dan adiknya Jannah sudah berlari ke
sebelah. Menarik si abang keluar. Papa berbisik pada si sulung yang bermuka
serius.
Widad dan Wina sibuk memasukkan
bagasi dan kotak-kotak yang dibawa pulang Mawar ke tanah air.
Memang sengaja
diletak barang-barang itu diluar rumah tanpa dibawa masuk ke dalam rumah lepas
sampai tadi memandangkan hanya sekejap saja Mawar singgah di situ. Untuk
berjumpa ummi.
Nenda masih membawa Mawar
berbual. Tangan Mawar dipegangnya. Dipesan berkali-kali untuk singgah ke rumah
mereka nanti.
“ Assalamu’alaikum…Saya Wafi.
Jiran Munzir…” Wafi memperkenalkan diri bersalaman dengan Widad yang sudah siap
memasukkan barang Mawar.
“ Macam ni, saya berkenan dengan
adik tu. Boleh saya masuk meminang? Soal Wafi yakin dan santai. Biarpun mukanya
terasa kebas menghadapi situasi itu tapi dia tetap mahu nampak tenang.
Widad senyum Dia menghulur kad
namanya pada Wafi.
“ Saya hargai keberanian awak.
Telefonlah nanti. Nanti kita bincang in syaa Allah…” pesan Widad. Lelaki di
hadapannya nampak sebaya umurnya tapi untuk selamat Widad menggunakan
saya-awak.
“ Bye kakak
ipar…” ucap Wardah dan adiknya ceria sebaik Mawar sudah masuk ke dalam kereta.
“ Tak lama lagi sibuklah kita
uruskan majlis kahwin…” ucap Widad di dalam kereta. Mereka dalam perjalanan
pulang. Matanya melirik memandang si adik di belakang.
“ Hehe…Tak payah risau Mawar.
Akak banyak contact untuk persiapan perkahwinan…Pakej pelamin,
baju pengantin, goodies memang
lengkaplah. Tak payah risau…”ucap Wina meyakinkan adik iparnya.
“ Akak dengan abang cakap ni
macamlah orang dah merancang nak kahwin…Orang tak nak kahwin lagi lah…” balas
Mawar.
“ Kalau jodoh dah sampai, tolak
macamana pun, akan jadi jugak…” balas Widad.
“ Kalau dah jodoh, tak
kemana…Adinda…pujaan kanda…Haha” Widad menyanyikan rangkap lagu yang selalu
dinyanyikan Ustaz Kazim Alias saat berceramah dalam program Kalau dah Jodoh.
Perancangan Allah tiada siapa
yang tahu. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
‘…….boleh jadi kamu tidak
menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu, padahal itu
tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui’ (Surah
Al-Baqarah : Ayat 216)
‘ Ni tergolong kategori yang
disukai ke yang tidak disukai eh?’
monolog hati Mawar.Sudahnya dia memejamkan mata
tidak mahu memikirkan tentang itu.
Yang dia tahu, memang mulanya
dirinya tidak berminat dan tidak suka untuk kembali belajar menyambung
pengajian tapi jalan untuknya kembali belajar dipermudahkan Allah terbuka luas
terutama sekali saat kehadiran tawaran diberi Munzir.
Kerana itu dia kenal dengan ummi
dan Wardah di samping berjaya dalam pelajaran. Mungkinkah ia juga jalan yang
menemukan jodoh dirinya dengan seorang Adam yang telah ditakdirkan Allah
sebagai pendamping hidup? Wallahu’alam. Kepada Allah dia berserah segala
urusan. Allah lebih mengetahui rahsia masa depan dan apa yang terbaik bagi
hambaNya….
~*~*~*~*~*~*~*~TAMAT~*~*~*~*~*~*~*~