Ads 468x60px

Wednesday, May 20, 2015

Sabarlah Anakku



Pada suatu hari, seorang anak mengeluh pada ayahnya.

"Ayah, aku lelah harus belajar setiap hari, tetapi teman-temanku yang menyontek dapat nilai yang lebih bagus. Aku lelah harus membantu ibu, padahal teman-temanku yang lain punya pembantu. Aku lelah kalau harus menabung, padahal kalau ayah mau memberi uang jajan yang banyak setiap hari.."

Anak laki-laki itu mengambil napas untuk kembali menumpahkan rasa kesalnya. Tetapi sang ayah hanya diam mendengarkan.

"Aku juga capek harus menahan diri untuk tidak menyakiti hati orang lain, tetapi teman-temanku justru sering mengejekku dan membuatku sakit hati. Kenapa aku selalu begini ayah? Aku capek..."

Akhirnya anak laki-laki itu terisak dan menangis di depan ayahnya. Sang hanya menenangkan dengan mengusap bahu. Setelah anak laki-lakinya tenang, pria itu mengajak anak laki-lakinya menuju sebuah semak belukar yang becek dan dipenuhi tanaman berduri.

"Kenapa kita harus masuk ke semak-semak ini ayah?" tanya sang anak laki-laki, "Aku tidak suka, sepatuku jadi kotor kena lumpur, celana jeansku kotor, banyak duri yang kena kulitku, sakit.."

Ayah anak laki-laki itu diam tetapi memberikan senyuman agar anak laki-lakinya tetap tenang dan mengikuti jalan tersebut. Hingga pada akhirnya, mereka tiba pada sebuah danau kecil yang pada bagian pinggirnya ditumbuhi tanaman dan bunga-bunga cantik.

"Kamu suka tempat ini anakku?" tanya sang ayah.

Anak laki-laki itu mengangguk semangat dan bibirnya tak dapat menyembunyikan senyum.

"Kamu tahu mengapa tempat ini sepi padahal banyak yang tahu bahwa di balik semak belukar, ada danau yang sangat indah?"

Anak laki-laki menggeleng.

"Karena banyak orang yang tidak mau melewati semak belukar. Padahal dengan kesabaran, semua orang dapat melihat dan menikmati danau cantik ini."

Sang ayah tersenyum lalu melanjutkan..

"Begitu juga dengan hidup, butuh kesabaran untuk mendapatkan ilmu, butuh kesabaran saat bersikap baik, butuh kesabaran saat mengendalikan amarah, butuh kesabaran dalam berbuat kebaikan dan butuh kesabaran jika kamu ingin mendapatkan hasil yang indah. Karena itu, kamu harus belajar untuk sabar, anakku! Sekalipun itu adalah hal yang sulit!"

Anak laki-laki itu akhirnya mengerti akan arti kesabaran, kemudian dia memeluk ayahnya sambil berjanji bahwa dia akan belajar untuk bersabar.


#copy paste

Note: Orang yang hebat, ujian yang Allah berikan pun hebat. Cheer up!
Read More »

Tuesday, May 19, 2015

Ramadhan Yang Di Nanti (Bab 1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang






Ziyad Rafiqi menutup pintu dengan kasar. Beg sandang diletakkan di atas meja belajar. Badannya direbahkan ke tilam empuk.

Ergh!!!

Semuanya terasa serba tidak kena. Dia mudah naik angin. Pantang ada kesalahan sedikitpun biarpun oleh diri sendiri ataupun ketika berurusan dengan orang.

Kepala diletakkan di bantal dan mata dipejamkan. Merehatkan badan untuk sekejap dengan harapan bila bangun nanti, semuanya akan kembali seperti biasa.
Bismillah…

*******

Ziyad terjaga dari lenanya apabila bunyi penggera jam di telefonnya berbunyi. Entah zaman bila dia mengunci jam itu, dia sendiri tidak ingat. Selalunya telefon pintarnya dalam mode ‘silent’.

Ziyad bangkit dari pembaringan dengan malas. Dia bangkit menuju ke bilik air untuk berwudhuk.
Usai menunaikan solat Asar, Ziyad membancuh air coklat panas dan mengisi perut dengan  beberapa keping roti kering. Sambil minum, dia menonton televisyen di ruang tamu. Suasana rumah ketika itu sunyi sepi, masing-masing dengan urusan sendiri.

Saat punat merah alat kawalan televisyen ditekan, siaran tv hijrah yang terbuka. Dari ruangan info, kuliah Asar yang sedang bersiaran. Terus Ziyad menukar siaran lain.

‘Eh…eh…Tukar balik’ Ziyad menukar kembali siaran.

Teringat yang saat majlis ilmu, lebih baik singgah. Kot-kot boleh dapat sama rahmat dan kasih sayang Allah dari taman syurga itu. Ziyad cuba untuk fokus pada isi kuliah. Tajuknya Solat di awal waktu.

'Fuh…nasib baik aku dah solat. Alhamdulillah'. Lega hatinya

“Orang yang jaga solat awal waktu ni, muka dia akan bercahaya di dunia dan akhirat nanti, murah rezeki…” perkongsian ustaz itu menarik minat Ziyad untuk terus mendengar. Seakan input itu terus meresap masuk ke dalam diri.

Dia teringat pesanan seorang ustaz dalam satu ceramah yang dia pernah hadiri. ‘Sambil-sambil rehat duduk tengok tv, kita berzikir…’. Terus Ziyad berzikir dalam hati dan menghitung dengan tangan kanan umpama tasbih.

Bila terus-terusan begitu, timbul rasa tenang dan bersemangat dalam jiwa. Hilang resah dan baran yang dia rasakan sewaktu pulang ke rumah tadi.

*******

Sekarang sudah 15 Rejab. Lagi kurang sebulan setengah sahaja lagi bulan ramadhan yang penuh keberkatan akan menjelma. ‘Hmm…Apa persiapan aku?’ Ziyad menyoal diri sendiri.

Telefon pintar yang diletak di meja sisi katil dicapai. Encik google dibuka. Ziyad memulakan pencarian tips persiapan menjelang ramadhan.

Yang dia ingat, tidur awal supaya terbiasa bangun sahur, banyakkan membaca al-quran dan ibadah lain, para sahabat Rasulullah selalu countdown menanti-nanti kedatangan bulan ramadhan dengan semangat. Bulan mempertingkatkan amalan bagi merebut pahala berganda. Bulan islam yang paling istimewa dan setiap kali kedatangan bulan ini, para bidadari syurga sibuk berhias untuk menyambut bakal lelaki penghuni syurga.

 “Tak tidur lagi ke? Esok kita ada kelas awal pagi…” tegur Wafi di muka pintu bilik. Dia kebetulan melintasi bilik Ziyad setelah dari dapur.

“Yelah…Nak tidur lah ni…” sahut Ziyad. Telefon pintar diletak di sebelah bantal. Dia berdiri sebelum melangkah ke bilik air.



*******
~Bersambung~
Read More »

Tuesday, April 28, 2015

Cerpen: Hakikat Cinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamu'alaikum warahmatullah. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa ala aali Sayyidina Muhammad(11x). =)

Mohon maaf andai ada yang ternanti-nanti sambungan cerita Hijrah. Laptop yang saya guna selalu tu sudah tak dapat di'hidupkan' jadi perlu minta bantuan pakar untuk backup data doc. yang ada dalam tu. Memang dugaan sebab dah lama tak buat backup save. (Mohon doanya ye sahabat sekalian, moga saya dapat back up kembali dokumen dlm lptop tu...) T_T

Untuk melepas rindu menulis, saya tulis cerpen baru. Enjoy reading moga ada sesuatu yang berharga dan bermanfaat yang dapat dikutip dari cerpen ni. Start your reading with reciting bismillah... ^_^



Hannan Zhafira sedang sibuk mengemas meja belajarnya. Dia baru selesai menyiapkan kerja rumah. Sempat dikerling jam dinding. Sudah jam sepuluh malam.

Badan yang lenguh direbahkan ke tilam empuk sambil jari-jemari lancar menari di atas skrin telefon pintar. Dia sedang berbalas pesanan dengan si dia yang tersayang. Memang itu rutin mereka setiap malam biarpun hampir setiap hari bertemu di kampus.

Farhan: ‘Hanan sayang Farhan tak?’

Hanan: ‘Kura2 dlm perahu, sudah tahu masih nak tanya. -.- ’

Farhan: 'Farhan nak bukti…’

Hanan: 'Okeylah awak. Kita nak pi tidur dah ngantuk. nites. Assalamu'alaikum…’

Hanan menamatkan perbualan. Matanya sudah terlalu berat untuk terus berjaga. Badan pun penat kerana siang tadi seharian mengikuti kelas yang padat dari jam lapan pagi hingga jam lima petang. Lagi-lagi sekarang sudah di penghujung semester, musim peperiksaan bakal menjelang dua minggu sahaja lagi.

*******

Keesokan harinya, selepas menunaikan solat subuh, Hanan masuk ke dapur untuk membuat sarapan dan sekaligus membuat bekal lunch box. Setelah memeriksa bahan yang ada dalam peti ais, dia memutuskan untuk memasak piza menggunakan roti bantal gardenia dan mee goreng ayam. Air teh kosong juga dibancuh.

“Terima kasih Hanan. Sedap awak masak. Bertuah saya sebab awak sudi jadi bakal isteri saya…” ucap Farhan sewaktu mereka makan bersama di kawasan terbuka dalam kampus. Dia baru selesai makan mee goreng ayam hasil tangan si gadis pujaan hati.

“Eh? bila masa saya sudi jadi bakal isteri Farhan?” soal Hanan selamba dengan mengangkat kening sebelah ala-ala Ziana Zain gitu. Mereka sedang menikmati menu kedua pula iaitu piza.

“Dah Hanan sudi couple dengan saya. InsyaAllah lepas habis belajar nanti kita kahwin eh…” ajak Farhan mula memasang angan di sebalik janji yang dilafaz.

Kali ini Hanan tidak membalas. Segan dan malu bila hal sebegitu yang mereka bincangkan. Jauh di sudut hati, malu tapi mahu. Yelah siapa yang tak nak kahwin oi. Berkahwin itukan sunnah Rasulullah, melengkapkan separuh dari agama.

“Farhan dah mula gerak assignment subjek Critical Analysis tu?” Hanan mengubah topik perbualan. Mula teringat mereka perlu menghantar pada hari Sabtu ni. Sekarang sudah hari Selasa. Huhu kena bersengkang mata la jawabnya sebab ada dua subjek lain yang juga perlu dihantar pada hari yang sama.

“Dah buat separuh dah. Cuma tinggal dua point terakhir tu yang belum gerak. Takpe Hanan rileks je. Biar Farhan buat semua. Sebab Hanan yang tercinta, lautan pun sanggup direnangi, tak tidur pun takpe. Waktu cuti nanti qadha tidur” Farhan bermanis kata dengan senyuman. Mereka berdua berkumpulan bersama untuk projek itu. Biarpun berbeza jurusan namun ada beberapa subjek yang mereka satu kelas bersama.

*******

Alhamdulillah berlalu sudah musim peperiksaan. Bermakna saat yang ditunggu-tunggu oleh para mahasiswa dan mahasiswi iaitu cuti semester selama 3 bulan bermula. Rehat setelah berjuang bersengkang mata mengulangkaji pelajaran di saat akhir.

Hanan baru pulang dari keluar berjalan meluangkan masa bersama Aisyah, sahabatnya zaman sekolah menengah dulu. Mereka sama-sama berada di tahun pertama universiti di tempat dan jurusan yang berlainan. Aisyah menyambung pengajian di bidang Sosiologi dan Hanan pula bidang akauntan.

Hanan tidak banyak bersuara sejak masuk ke dalam rumah hingga ke malam. Sewaktu dia dalam kereta menanti Aisyah yang sedang mengambil wang dari ATM, juruhebah radio yang terpasang dalam kereta sedang mengongsikan beberapa mutiara kata.

'Hakikat cinta sejati ialah apabila kita cinta pada seseorang, akan membuatkan kita semakin mendekat pada Allah dan kita nak melangkah bersama orang yang kita cinta tu menuju syurga’.

Satu daripada mutiara kata yang dikongsikan menarik perhatian Hannan. Sejak mendengar tadi dia cuba merungkaikan istilah itu. Mendalam maksud ungkapan itu.

Otak mula menganalisis sendiri akan hubungan cintanya dengan Akif Farhan.

Mereka berdua adalah pengawas sekolah. Sementara menanti keputusan diumumkan, kebetulan mereka mengikuti kursus belia yang sama dan ditugaskan bersama. Akif Farhan sebagai ketua dan Hanan Zhafirah sebagai penolong. Sejak itu mereka mula berkenalan dan rapat.

Berbalik kepada ungkapan cinta tadi. 'Hmm cinta sejati kah yang terjalin antara kami?' Akal dan hati Hanan mula menimbang-nimbang.

Jauh di sudut hati, Hanan mengakui. Sesekali dia lalai dari menunaikan kewajipan yang lebih penting seperti solat dan tanggungjawab sebagai pelajar gara-gara leka berbalas teks bersama. Pernah juga mereka solat di hujung waktu setelah menonton wayang bersama.

'Semakin mendekatkan diri kami kepada Allah dan syurga ke tu?’ monolog seorang insan bernama Hanan. Jawapan kepada soalan itu adalah hakikat yang pahit untuk ditelan dan diakui.

Sekarang mereka baru selesai tahun pertama. InsyaAllah masih berbaki tiga tahun lagi tempoh pengajian. Memang ramai pelajar yang kahwin semasa belajar. Cuma dalam keadaan mereka berdua sekarang, kalau ada jodoh mereka hanya akan bersatu selepas tamat belajar nanti. Itu kalau betul jodoh. Kalau tak? Bercinta bertahun-tahun tidak menjamin akan bersatu dalam ikatan halal ijabkabul. Hmmm…

Hanan bangkit dari duduk. Dia mengatur langkah menuju ke bilik air untuk berwudhuk. Dia nak mengadukan kisah yang membelenggu diri kepadaNya yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

*******

“Orang selalu melihat istilah cinta tu antara lelaki dan perempuan. Kahwin, hidup berkeluarga dan live happily ever after until Jannah.”

“Cinta tu luas sebenarnya. Cinta orang tua pada anak, adik-beradik, sahabat sama jantina, cinta ilmu, cinta seorang hamba pada Penciptanya, pada rasul dan lain-lain.”

“Dalam al-quran ada Allah sebut, lebih kurang maksudnya manusia memang mudah,tertarik dengan harta, anak, nak berpasangan, nak kumpul harta. Itu lumrah”

“Cuma segala yang kita cinta dan suka tu harus berpaksikan kerana Allah. Lillahi Ta'ala. Bukan saja dalam bentuk ucapan kata-kata, juga perlu selari dalam perbuatan dan tindakan” terang Aisyah panjang lebar.

Hannan bersyukur kerana memiliki Aisyah sebagai sahabat. Aisyah banyak memberi pencerahan dengan cara pandangnya. Umpama kita memandang langit, setiap orang mungkin akan memberi definisi yang berbeza.

Insan A mungkin mengatakan langit biru itu cantik dan menenangkan. Apabila menatap langit, si B mungkin terfikir analogi langit itu umpama hidup. Kadang cerah, gelap dan mendung. Sepertimana awan selalu menghiasi langit, hidup juga tidak sunyi dengan ujian. Orang lain akan memberi persepsi lain.

Setelah berbicara tentang cinta dengan Aisyah, membaca buku fikrah santapan rohani dari koleksi Aisyah, menonton video dan pastinya setelah bertanya, memohon petunjuk Allah, Hanan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan cinta dengan Akif Farhan.

Memang ada rasa sedih yang bertandang tapi Hanan yakin rasa itu akan hilang seiring waktu yang berlalu. Buat masa sekarang biarlah mereka fokus menuntut ilmu dan memperbaiki hubungan dengan Allah.

Lagipun bercinta bertahun-tahun pun tidak akan menjamin akan berjodoh bersatu ke gerbang pernikahan. Ada yang mengatakan, zaman bercinta kita tak akan menjadi diri sebenar. Tabiat atau perangai tak elok pasti disembunyikan dari si kekasih hati.

Memang mulanya Akif Farhan tidak dapat menerima saat Hannan memutuskan untuk berpisah. Hannan hanya mengatakan mereka sebagai pelajar sekarang perlu fokus belajar dan menghadiahkan Farhan sebuah buku karya Adnin Roslan yang bertajuk 'Tarbiyah Sentap’. Buku itu memberi pencerahan yang banyak dan jelas pada persoalan yang pernah singgah di minda Hannan.

Zhafirah bermaksud berjaya. Bila mak ayah meletakkan Hannan Zhafirah sebagai nama dirinya, pasti mereka inginkan dirinya berjaya. Jadi sekarang misi Hannan ingin meraih kejayaan dunia dan akhirat, dengan berusaha setiap apa yang dilakukan adalah demi untuk meraih redha Allah. Di samping berusaha untuk menjaga hubungan dengan Allah-Pencipta dan Pemilik hatinya, insyaAllah. Perubahan itu tidak drastik 360 darjah jadi baik terus selepas habis baca satu buku tapi bertahap dan perlu proses.

*TAMAT*


Your comment will motivates me to continue writing ...

Read More »

Saturday, March 21, 2015

Cerpen: Kembali Senyum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamh'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala Aali Sayyidina Muhammad (11x)

Alhamdulillah ni cerpen lama baru keluar bulan lepas ke ilhamkarangkraf. Jemput singgah: Cerpen Kembali Senyum



Read More »

Friday, March 13, 2015

Cerpen: Hujan Gerimis

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. 

Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. 
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa ala aali Sayyidina Muhammad (11x)



Bunyi kokokan ayam menyapa gegendang telinga Amran sebelum langit berubah gelap menadahkan titisan hujan ke bumi di senja hari.

Amran menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus keluar. Dunia sudah semakin tua dan dirinya juga sudah semakin dekat kepada kematian. Sepertimana kata Imam Hassan Al-Basri: ‘You are nothing but a number of days and whenever a day passes away, a part of you passes away’.

Sungguh jauh di lubuk hati, Amran risau memikirkan nasib diri. Amalan ketaatan dan ibadah amalannya terasa masih belum cukup untuk menjadi bekal diket masuk ke syurga.

Allahu Allah…Astaghfirullah hal ‘azhim. Ampunilah dosa-dosaku dan rahmatilah diriku, orang tuaku, ahli keluargaku dan sahabat-sahabatku. Pimpin dan bombing kami kepada jalan yang Engkau redhai, jalan yang lurus, jalan menuju JannahMu Ya Rabbana…Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin dan bantuanMu.

Orang yang hebat, ujian yang perlu dilaluinya juga hebat. Sedangkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kekasih Allah juga banyak menderita demi mempertahankan dan menyebarkan dakwah Islam. Peristiwa sejarah aidiladha, Nabi Ibrahim diuji Allah agar menyembelih anak kesayangannya yang masih kanak-kanak iaitu Nabi Ismail ‘Alaihissalam sebelum Allah gantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibasy. Juga ada kisah Nabi Ayyub yang diuji jatuh sakit yang teruk, dia melaluinya sendirian tersisih dari isteri dankaum keluarga. Namun di sebalik ujian yang perit itu, kebergantungan mereka kepada Allah tetap utuh tidak berkurang sedikitpun. Mereka melaluinya dengan iman dan taqwa.

‘Ya Allah…Sungguh aku hambaMu yang lemah. Ujian yang perlu aku tempuhi lebih ringan daripada saudara-saudara seakidah dan seiman yang berada nun jauh di Syria dan Palestin. Mungkin ini adalah sebagai kaffarah, penghapus dosa-dosa diriku agar jiwa ini kembali bersih dan jernih saat diriku kembali pulang ke pangkuanMu. Sungguh aku mohon Ya Allah…Bantu dan berilah aku kekuatan untuk tetap berdiri dan melangkah meneruskan hidup. Berilah jalan keluar bagi ujian yang sedang ku hadapi ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, Penyayang, Maha Mendengar dan Maha Berkuasa, Malikul Mulk.’ Amran mengaminkan doa dan monolog yang dipanjatkannya sendiri tanpa suara. Waktu hujan adalah antara waktu mustajab berdoa.

Hujan tidak akan bermanfaat kecuali pada tanah yang subur. Begitu juga masa kita hidup di dunia yang akan musnah ini.

Masa yang ada perlu diperuntukkan untuk beribadah dan mencari keredhaan Allah Ta’ala. Jangan kerana terlalu rakus mengejar kejayaan duniawi dan kekayaan harta-benda membuatkan diri mengabaikan perintahNya.

Ya Muqallibal qulub, tsabbit qulubana ‘ala dinik wa ‘ala to’atik. Ya Allah berilah kami ketetapan iman dan hati agar kami tidak sekali-kali berpaling dari mentaatiMu. Amin amin amin Ya Robbal ‘Alamin….


 *TAMAT*

Apa komen anda? =)
Read More »

Friday, March 6, 2015

Cerpen: Hadiah Hari Lahir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa ala aali Sayyidina Muhammad (11x). Terima kasih buat yang sudi mengikuti eNovel saya tajuk Hijrah tu. Buat masa sekarang belum ada sambungan lagi. Jadi saya keluarkan karya tahun lepas yang belum pernah keluar kat mana2.

Selamat membaca~ Mulakan dengan lafaz bismillah ^_^




Aisyah Humairah mempercepatkan langkah. Dia ingin segera sampai ke tempat pertemuan. Abangnya, Amirul Hakim yang memintanya datang ke situ, ke salah satu restoran segera di satu pusat membeli-belah.

“Abang ni kenapa? Kan boleh bagi hadiah Aisyah kat rumah je macam selalu...” rungut Aisyah sebaik menghulur salam dan melabuhkan duduk di depan abangnya. Aisyah menyilangkan tanan ke dada. Merajuk.

Amir tersengih. Sudah menjangkan Aisyah akan merungut sebegitu. Dia ingin momen ini menjadi kenangan terindah dan istimewa untuk dikenang di masa depan.

“Saja...Kan abang dah kata minggu lepas. Hadiah umur Aisyah ke-21 ni abang ada hadiah yang sangat istimewa...” sengaja Amir berkata begitu membuatkan Aisyah semakin tertanya-tanya. Amir ketawa besar bila Aisyah merenungnya tajam dengan kedua kening bertaut.

“ Okeylah...Tanpa membuang masa, meh abang bagitau...” Aisyah diam menanti abangnya menyambung bicara. Jantungnya berdetak kencang dek rasa ingin tahu yang membuak-buak.

“ Bismillah...” Amir senyum lebar. Sengaja menyakat si adik yang sedang ternanti-nanti.

“Abang nak kahwin insyaAllah hujung tahun ni. Abang nak hadiahkan adik kakak ipar . Dan kakak ipar tu seseorang yang adik kenal...”

Aisyah membuat muka bosan. Langsung tidak rasa teruja dengan berita itu. Iyalah. Yang nak kahwin tu Amir. Lainlah kalau Amir bagitau ada lelaki yang nak meminang dia. Haha opss... Aisyah gelak sendiri di dalam hati. Lagipun dia dah ada tiga orang kakak ipar, jadi apa nak hairan.

“Tak teruja? Okey...” Amir jeda sebentar sambil menunduk mengambil satu beg kertas di bawah meja yang mereka tempati.

“Demi nak buat kejutan untuk adik seorang ni, abang sanggup cakap dan minta bantuan bakal abang ipar untuk sampaikan kat bakal kakak ipar awak dik. Abang awak ni minta bantuan dia untuk pilih dan belikan blouse dan skirt untuk adik sebagai hadiah dari abang. Yang shawl tu hadiah dari dia...” cerita si abang sambil menghulurkan beg kertas itu.

“ Mesti sesuai dengan taste adik punya...Abang yakin 99%”.

Tanpa kata, Aisyah membuka dan meneliti isinya. Skirt labuh putih ditaburi bunga-bunga kecil berwarna merah jambu, sepasang blouse rona pastel peach dan sehelai shawl berwarna pastel merah jambu. Cantik! Memang kena dengan citarasanya!

Sekali lagi Amir ketawa melihat reaksi wajah si adik bongsu. Reaksi raut wajah Aisyah jelas teruja dan suka dengan hadiah pemberiannya.

“Siapa nama bakal isteri abang ni?”soal Aisyah. Sungguh dia penasaran. Setahunya, insan yang bernama Amirul Hakim di depannya ini tak pernah keluar ataupun membawa pulang ke rumah bertemu keluarga mana-mana perempuan ataupun nampak angau dilamun cinta selama ini. Semakin sukar untuk dia menebak gerangan wanita yang bakal menjadi kakak iparnya kali ini.

“Abang bagi peluang adik kenal dengan dia hari ni. Alhamdulillah nasib baik dia pun lapang nak jumpa hari ni macam yang abang rancang. Abang dah rancang awal. Kakak ipar adik tu dah sampai. Dia tengah tunggu Aisyah kat restoran SM bangunan sebelah” restoran SM tu merupakan tempat kegemaran Aisyah. Sengaja Amir memilih tempat pertemuan di situ.

“Nah duit dan kad kredit abang kalau nak belanja beli barang lepastu. Jangan boros sangat...” pesan Amir mengingatkan. Dua keping not lima puluh dihulur dan kad kreditnya.

“Lah baru ingat nak paw bakal kakak ipar ni...” ucap Aisyah selamba.

“Janganlah...Kesian dia...” balas Amir dengan wajah sengaja diseriuskan tanda dia betul-betul memaksudkan apa yang dikatanya. Tapi itu langsung tidak menggerunkan Aisyah. Dah biasa dah.
Sebaik berpisah dengan Amir di luar bangunan, Aisyah melangkah ke bangunan sebelah. Kali ini destinasinya adalah restoran SM.

“Baju hijau, tudung hitam...”Aisyah bermonolog sendirian sambil matanya melilau mencari-cari gerangan yang dimaksudkan. Begitulah yang diberitahu abangnya tadi. Aisyah melangkah menghampiri satu susuk tubuh yang sedang membelakangi pintu masuk. Hanya susuk itu yang memakai warna baju dan tudung yang sepadan.

“Assalamu’alaikum...” sapaan Aisyah membuatkan susuk tubuh itu berpaling menoleh.

“Roselina!!!” Aisyah terasa ingin menjerit. Sangat-sangat teruja. Mereka bersalaman dan berpelukan sebelum duduk bersebelahan. Sedar mereka berada di khalayak ramai.

Mereka berdua bangkit berdiri setelah berbincang bersama. Mereka menukar tempat duduk. Beralih ke meja yang sedikit tersorok daripada meja lain agar lebih privacy berbual.

“Apa cerita ni Rose? Sejak bila kau bercinta dengan abang aku?” soal Aisyah sebaik mereka kembali duduk bersebelahan. Sebelah tangan mereka berdua masih bertaut seakan melepas rindu lama tidak bersua.

Roselina dan Aisyah Humairah merupakan sahabat rapat sewaktu di zaman sekolah menengah. Mereka menyambung pengajian di universiti dan jurusan yang berlainan. Setelah habis sekolah menengah, mereka sudah jarang bertemu.

“Hello...Kami tak bercinta okey...Kan kita pernah kata nak kahwin dulu baru bercinta. Dia satu pejabat dengan abang aku. Aku tak kenal sangat pun. Berjalan pergi mana-mana bersama pun tak pernah. Selalunya kalau dia datang rumah pun, dia berbual dengan abang aku atau mak ayah.” Rose menceritakan serba-sedikit. Bila Amir menyatakan hasrat ingin memperisterikan dirinya kepada abangnya, dan abangnya memaklumkan kepada keluarga, mak ayah mereka menyambut baik. Dan kedua belah keluarga sudah pernah bertemu bersama.

“Macamana boleh aku tak tahu keluarga kita bertemu ni?” soal Aisyah tidak puas hati.
“Abang kau yang sengaja rahsiakan daripada kau. Nak buat kejutan katanya. Pertemuan keluarga tu waktu kau tinggal di asrama universiti. Dia rancang kita jumpa waktu hari jadi kau ni” cerita Roselina lagi.

“Aku tak tahupun yang dia tu abang kau sebab nama ayah korang lain. Hari ni baru aku tau bila jumpa kau ni. Dia bin Ahmad, kau pulak Aisyah Humairah binti Hamdan. Aku cuma tahu dia ada adik tapi tak tahu nama. Tak sangka adik dia tu kau...” luah Rose.

“Sebenarnya dia tu Sepupu Aku Abang Aku, macam tajuk novel kan? Hehe” Aisyah ketawa sendiri di hujung ucapannya. Hakikatnya memang begitu. Rose rasa pelik inginkan penjelasan lebih lanjut.

“Ayah kami Hamdan dan Ahmad tu adik-beradik. Lepas sepuluh tahun ayah Ahmad meninggal waktu bertugas dalam tentera, abah Hamdan kahwin dengan mak. Itupun ambil masa sebenarnya mak nak terima. Memang macam-macam tohmahan, caci-maki orang bila mak kahwin dengan bekas adik ipar sendiri. Alhamdulillah diorang berjaya hadapi semua tu dan lahirlah aku. Dah macam tajuk novel kan? ‘Sepupu Aku Abang Aku’. Dan sekarang kau ni ‘Sahabat Aku, Kakak ipar Aku’ haha sesuai sangat” ungkap Aisyah teruja. Sungguh, ini merupakan hadiah paling istimewa dan paling bermakna. Pandai si abang dan ahli keluarga mereka menyorokkan khabar gembira ini dari dia.

“Dia ni siapa? Sebutlah nama si dia tu...” usik Aisyah dengan senyum lebar menampakkan barisan gigi depan.

“Dia tu...Abang kaulah...” balas Rose malu-malu.

“Dah jomlah kita pesan makanan dulu. Dari pagi lagi aku tak makan lagi...” adu Aisyah sambil tangan mengusap perut.

“Sayang sangat abang Amir tu kat kau. Dia dah siap bagi duit untuk kita makan ni. Tak nak aku paw kau...” makin tersipu-sipu Rose dibuatnya sambil mereka menelek katalog menu.

Mereka ketawa bersama sambil saling bertukar cerita sementara menanti pesanan mereka tiba. Hubungan renggang mereka sebelum ini langsung tidak menjejaskan keakraban.

“Jadi macamana? Kata abang tadi hujung tahun ni kau rasmi jadi kakak ipar aku. Dah sedia ke nak jadi isteri orang?” soalan cepu emas yang diutarakan Aisyah. Sengaja mengusik sahabatnya. Memang tak hairan pun bila pilihan hadiah Rose sesuai dengan citarasanya. Mereka selalu sekepala dalam pelbagai hal.

“Err...InsyaAllah. Kau tolong aku eh buat persiapan. Please...” pinta Rose. Pelbagai rasa bertandang dalam diri bila memikirkan pelbagai hal perlu diurus bagi hari bahagianya. Cuma tinggal enam bulan sahaja lagi dari sekarang.

“InsyaAllah...Boleh je...Nampak gayanya aku kena guna kuasa dua lah nampaknya. Nak tolong belah abang dan belah kau sekali...” luah Aisyah. Teruja.

“Kau tak payah nak takut atau risau. InsyaAllah kau akan dapat menyesuaikan diri masuk dengan keluarga kami nanti. InsyaAllah. Eh...Tapi waktu kau jumpa dengan mak abah aku, takkan kau tak perasan kau kenal diorang?”

“Bila kau tanya ni baru aku perasan. Dulu waktu jumpa sebagai bakal mertua tu memang aku rasa macam pernah jumpa tapi aku tak ingat kat mana...” balas Rose.

“Lepas makan ni aku teman kau pergi cari barang persiapan kahwin. Abang dah bagi kad kredit dia tadi...” usul Aisyah.

Sungguh kadang-kala perancangan Allah itu suatu yang tidak terduga. Setiap yang terjadi ada hikmah dan ibrah yang tersurat. ‘Terima kasih ya Allah...Atas hadiah ini. Moga majlis yang bakal dirancang berjalan dengan lancar amin insyaAllah...’

***TAMAT***

Apa komen anda? =)
Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates