Ads 468x60px

Monday, December 22, 2014

Quran Menjelma Sebagai Lelaki Kacak?

Bismillahirrahman nirraheem...Moga kita semua dalam ketetapan iman dan hati tetap 
istiqomah dijalanNya amin insyaAllah~.



Lelaki Kacak Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.
Read More »

Saturday, December 20, 2014

Quran in heart





“AL-QUR'AN adalah panduan sepanjang zaman. Ia tidak pernah lapok, seperti kitab atau buku lain lapok. Ia adalah cahaya yang tidak pernah malap. Marilah baca dan gunakan ia tanpa jemu-jemu. Orang yang membacanya adalah orang hebat pada Hari Kiamat kelak. 

Mereka akan bersuluh dengan Al-Qur'an itu, insyaaAllah.” 

- (Titah Baginda Sultan Brunei sempena Majlis Musabaqah Tilawatil Qur'an Belia Asia Tenggara Kali Ke-6 Tahun 1435 Hijrah / 2013 Masihi pada 9 Disember 2013 Masihi.)






Read More »

Sunday, December 14, 2014

Promo Jom Lazimkan Diri Tilawah Al-Quran

Bismillah hirrahman nirraheem...


Secebis kisah....... 


Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

"Tak ada gunaya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.

Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam.  Nasihat khas buat Ana sendiri.

Read More »

Monday, November 3, 2014

Karya2 Dhia Faaezah 2014



1) eNovel: Nasi Kicap Telur Goreng (NKTG)
 --> Boleh tekan link bab2 di sebelah kanan blog.






Pending: eNovel: Aku Garam Kau Gula,  Kau Warnai Hidupku 



InsyaAllah akan ada banyak lagi dan lagi yang akan disiarkan dan diterbitkan amin insyaAllah.  Terima kasih buat yang sudi menyokong saya. Jazakumullah khairan katsiran. Nantikan dan teruskan berkunjung ke blog ni.

Lots of love,
Dhia Faaezah 

Read More »

Cerpen: Terima Kasih Cikgu

Bismillahirrahman nirraheem...

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh. Sungguh bila kita menanti, sesuatu itu tidak akan kunjung tiba. Here, Dhia Faaezah presents to you all...

Sebuah lagi cerpen tulisan saya keluar di laman penulisan2u. Dah tak ingat pernah hantar cerpen ni di sana. Ini kali pertama cerpen ini disiarkan. 


Jemput singgah membaca. Harap-harap lepas baca nanti tinggalkan komen agar saya dapat memperbaiki lagi skill penulisan saya. Moga ada ibrah@ pengajaran, motivasi dan sesuatu yang positif yang dapat diambil setelah membaca cerpen ni. Ini antara cerpen kesayangan saya.

Wallahu a'am bissawab. Yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri ini sendiri.

Salam sayang, insyaAllah kalau panjang umur dan sihat dengan izin Allah, kita bertemu lagi dalam entri atau karya yang lain. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah ke blog dan membaca karya dan tulisan-tulisan saya. 
Read More »

Monday, October 27, 2014

Karya Menarik daripada Penulis Lain (Part 2)

Bismillahirrahmanirraheem....

Assalamu'alaikum warahmatullah....Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad (11x)



Dah lama blog ni tidak terisi dengan entri baru. Rindu nak menulis tapi kena pentingkan prioriti utama untuk waktu sekarang. Entri kali ni saja nak berkongsi cerpen-cerpen yang menarik untuk dibaca kalau korang nak baca cerpen rehatkan fikiran sekejap dari kesibukan harian.

Cerpen yang bagi saya menarik. Check it out~:


1) http://illashanahila.blogspot.com/2014/06/29-hari-ituaku-rindu.html

2) http://ilmu-itu-cahaya.blogspot.com/2011/11/cerpen-hadiah-hijrah.html

3) http://zubaidahibrahim-farishaimani.blogspot.com/2014/05/the-one-who-loves-you-most.html

4) http://zubaidahibrahim-farishaimani.blogspot.com/2014/05/andai-dia-jodohku.html

Ni cuma random pick. Saya minta maaf andai penulis-penulis lain ada yang kecik hati cerpen dia tak disebut kat sini. Kalau nak sebut semua memang sampai esok pun tak habis-habis tulis. Hehe jangan marah aa~ =)
Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates