Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sudah lama rasanya tak upload cerita baru kat blog ni. Terima kasih buat yang sudi singgah ke blog ni. Saya nak kongsi yang cerpen ni saya cuba buat dengan suntikan cara hidup islam.
Islam is the way of life. Kalau nak tahu bahagian mana yang paling menyerlah pasal tu, silakan sambung membaca... (^_^)
Teruna Pingitan ~Menarik Perhatianku~
Patah Hati…
'Bila
diri tidak dapat diterima dengan baik dan tambah isu tidak direstui, berpisah
adalah jalan yang terbaik. Redha ibu bapa kan penting dalam perhubungan cinta
seorang anak. Bila tak ada restu, tak ada keberkatan nanti rumahtangga tak
tenteram ada sahaja badai melanda'.
Itulah
keputusan Uzdah Nurul Husna bila Rayqal memaklumkan maklumbalas ibunya saat dia
mengajukan hasrat nak menjadikan Husna
sebagai isteri. Rayqal dan Husna memang rapat sewaktu di universiti kerana
mereka satu kuliah mengambil bidang yang sama, Kejuruteraan Mekanikal.
“Kenapa
awak cepat mengalah? Tak cuba berusaha perjuangkan?!” soal Rayqal sebaik Husna
meminta melupakan hasrat mereka untuk bersama. Jelas mudah mengalah tanpa cuba
berusaha. Suaranya tegang berbaur emosi.
“Mak
awak kan dah ada calon pilihan dia untuk jadi isteri awak Rayqal. Dia mesti
pilih yang baik-baik untuk jadi menantu dia, isteri awak.” Rayqal terus
memutuskan talian telefon serta-merta sewaktu Husna berkata begitu. Sejak itu tiada lagi panggilan atau pesanan yang
dikirim Rayqal.
Pasrah.
Husna merasakan dirinya bukan kecewa kerana putus cinta. Tapi dia merasa
kehilangan. Kalau dulu dia dan Rayqal selalu meluangkan masa bersama tapi sekarang
hubungan mereka tidak akan pernah sama seperti dulu. Ada jurang besar dan
tembok tinggi yang sudah terbina di antara mereka.
Bak
kata Prof Dr Muhaya: 'dunia luaran terpancar daripada dunia dalaman kita', begitulah ayat lebih kurang. Maksudnya bila fikiran atau emosi terganggu,
fizikal kita akan mudah terjejas, mudah diserang sakit. Macam itulah yang
dihadapi Husna.
Husna
meneruskan kerja seperti biasa. Hanya saja kesihatan diri mula terabaikan bila
fikiran dan emosi terganggu. Makin kerap dia ke klinik gara-gara sakik tekak,
batuk, susah bernafas, kadang tu badannya rasa seram sejuk tapi tak demam. Klinik
yang sama dia pergi sejak dari kecil iaitu Klinik Dr Abdullah yang menjadi
pilihan keluarganya. Sampaikan doktor dah cam muka dia dan sebab dia datang.
Doktor
muda di situ saran daripada minum sejuk, makan aiskrim, ditukar pada pengambilan
minuman panas kopi ke, coklat panas, teh perisa peach ke, kan macam-macam
pilihan minuman panas 3-in-1 yang ada di pasaran.
“Kalau
macam tu kau cuba usha abang doktor
tu nanti kalau kau sakit dia boleh rawat free,”
saran jiran merangkap sahabatnya, Salina.
“Banyak
cantik idea kau. Dia tu dah kahwin. Aku tengok dia pakai cincin kat jari,” umum
Husna. Serak suaranya bersuara.
Nasib baik Allah bagi dia perasan cincin itu. Kalau tidak, mungkin dia sudah
tersentuh hati dengan layanan abang doktor tu. Waktu hati luka ni memang mudah
sangat tersentuh jiwa raga. Sekarang
dah kira okey. Kalau dulu zaman muda-muda bila stress dia akan makan maggi lepastu tak lama lepas tu mesti sakit
perut memulas.
“Aku
nak cuti satu minggu ke dua minggu ikut kakak ipar aku balik kampung. Dia
bersalin di sana nanti,” umum Husna buat makluman Salina.
“Sebelum
kau berangan lebih, kau dah pastikan ke Bos kau bagi cuti lama-lama?”
“Aku
dah bagi hint tiga hari lepas nak
cuti sebulan. Dah dua kali paperwork aku
kena ubah. Biasa kalau perlu ubahsuai sekali je tapi kebelakangan ni sampai
dua kali. Kalau selalu macam ni hancurlah prestasi kerja aku. Itu yang dia
terima kalau aku nak cuti lama. Cuma tinggal isi borang je...”
“Sal…Tolong
buatkan aku bandung sejuk…Terliur nak minum…” rengek Husna meminta.
“Eloklah
tu…Dah tau diri sakit tekak masih ada hati nak minum sejuk-sejuk…Bandung suam
sudah…Aku sayang kau lah ni itu sebab aku tak bagi kau minum ais…” Salina mula berleter gaya mak-nenek dan satu jelingan diberi pada Husna.
Husna
mengekori langkah Salina ke dapur. Dah biasa bertandang ke rumah sahabatnya
itu. Biarpun dia tak boleh minum sejuk tapi bandung sejuk selalu menjadi
pilihan hati. Minum sejuk-sejuk sangatlah sedap! 'Nanti-nantilah pemakanan gaya
hidup sihat tu.' Detik hatinya seperti biasa.
“Kau
ni kan…Hish aku tak tau nak kata apa dah…” marah Salina bila selamba saja Husna
meletak tambah sendiri ais daripada peti sejuk pada segelas bandung yang
dibancuhnya.
*******
Kau Pujaan Hatiku
Pucuk
dicita ulam mendatang. Rancangan nak bercuti diteruskan. Destinasi percutiannya
ialah kampung halaman kakak iparnya yang bakal melahirkan putera sulung dan
berpantang di kampung. Permohonan cuti abang Husna hanya diluluskan sekejap jadi
dengan senang hati Husna menawarkan diri menemani Kak Izzah. Cuti Husna
diluluskan untuk dua minggu. Husna menyusul ke kampung dua hari sebelum
abangnya pulang bertugas.
“Kau
jangan nak tambah cuti sendiri” awal-awal lagi Salina sudah mengingatkan. Faham
sangat dengan perangai sahabatnya itu. Mudah buat keputusan ikut perasaan!
“Abang
janganlah risau…Husna akan teman dan jaga Kak Izzah dan baby Fattah…insya-Allah…” pujuk Husna. Jelas riak risau dan berat
hati di wajah abangnya bila dia perlu pulang sedangkan anak sulungnya baru lahir
dua hari. Nasib baik Kak Izzah sudah keluar dari hospital dan memulakan tempoh
berpantang di rumah. Pendaftaran nama sudah dibuat sebelum abangnya pulang.
“Kamu
tu belum boleh dipercaya sangat…” Husna mencebik mendengar komen abangnya.
“Abang
kan pernah tengok Husna jaga Irfan dan Huda sejak diorang lahir sampai
sekarang…” Husna mempertahankan diri. Dia
sudah biasa menjaga kedua-dua anak saudaranya sejak mereka lahir. Sesekali dia
jadi baby sitter seorang diri menjaga
kedua-duanya sekaligus.
Bila
di kampung, Husna akan membuat laporan setiap hari pada abangnya dan di grup whatsApp keluarga perkembangan baby Fattah.
Pagi
itu Husna meminta diri pergi ke kawasan chalet.
Adik perempuan Kak Izzah dan mak ayahnya ada di rumah, jadi bolehlah Husna tinggalkan sekejap.
Sesekali dia perlu masa sendiri.
Duduk
berlunjur kaki lurus di kerusi, di bawah payung menatap pantai biru laut. Kaca
mata rayband di pakai menutupi mata sambil membelek buku
ditangan. Sangat santai di saat terik panas. Dan segelas besar bandung sejuk
di meja kecil di sisi memang sesuai sangat menjadi pelengkap suasana.
Ada
tekanan yang terpendam di jiwa. Rasa kehilangan berpisah dengan Rayqal mungkin.
Nak menjerit, memang bukan dia. Nafas ditarik dalam-dalam. Buku di tangan
ditutup. Ergh! Urat saraf terasa tegang.
Telinganya
tiba-tiba menangkap suara tangisan. Bila dia cuba meneliti sumber arahnya,
kelibat seorang lelaki muncul tidak jauh dari dia. Syamil Affandi cuba memujuk
seorang kanak-kanak lelaki lebih kurang umur tujuh tahun yang teresak-esak menangis.
Dalam
diam Husna memerhati. Dengan kaca mata rayband sangat membantu menutupi hala
arah mata. Syamil tak perasan sedang diperhatikan. Terserlah sifat penyayang
pada diri Syamil memujuk. Sekejap saja budak itu berjaya dipujuk.
Husna
senyum. Comel je melihat situasi itu. Syamil tu anak kepada makcik Latifah yang
datang setiap hari ke rumah mengurut Kak Izzah waktu berpantang ni. Sesekali
Husna yang menemani Makcik Latifah berjalan kaki pulang ke rumahnya. Jarak
antara rumah keluarga Kak Izzah dengan Makcik Latifah cuma selang dua buah
rumah. Dekat.
“Kenapa
senyum-senyum ni?" tegur Kak Izzah bila bersua dengan Husna yang baru balik.
“Tak
ada apa…” balas Husna masih dengan senyuman terukir di bibir.
“Ni
mesti tak lain tak bukan, Husna ada jumpa dengan Syamil kan. Betul tak?” tebak
Kak Izzah. Bila Syamil sesekali bertandang ke situ nampak sangat Husna asyik
curi-curi pandang.
“Macamana
akak tau?” soal Husna pelik macam tau-tau je kakak iparnya ini.
“Dah
Husna senyum gatal macam tu. Bila Syamil datang sini pun Husna asyik pandang
kadang senyum sendiri,” komen Kak Izzah.
“Alah
akak ni kan…Sampai hati kata Husna gatal…Nak merajuklah macam ni.” Husna
pura-pura merajuk.
“Akak boleh
nampak dari cara pandang dan senyum kamu tu nampak sangat kamu suka dia. Tak
lari gunung dikejar…”
“Gunung
memang tak lari tapi kita manusia ni kan ada kaki. Boleh je lari…Kalau nak
terbang pun boleh. Naik pesawat sekejap je boleh sampai ke Afrika…” gurau
Husna.
“Malu dan
sabar kan separuh daripada iman. Sabarlah kawal perasaan Husna... Kalau dah
memang ditakdirkan tertulis di luh mahfuz ada jodoh antara Husna dengan dia,
walau terpisah berjuta batu sekalipun, bila Allah izin bersatu, tetap akan
bersama bersatu dalam ikatan halal…” pakej pujukan dan pesanan sekaligus diberi
Kak Izzah.
“Jangan
terlalu zahirkan kau nak dekat dengan dia nanti dia rimas. Lelaki spesis dia
tak suka dikejar.” nasihat Kak Izzah ditelan Husna tanpa membalas. Ada betulnya
apa yang dikata.
*******
DiUsir Pulang
‘Usah memuja
manusia. Lebih baik memuja memuji mengagungkan Pencipta dirinya dan dirimu ’
Husna bermonolog dalam hati.
Syamil
Affandi tu kerjanya usahawan. Itu yang dia boleh ambil cuti panjang bila-bila
dia suka tu. Dah dia tauke kedai makan.
Wajahnya
macam orang putih sebab mengikut cerita Kak Izzah, waktu tengah mengandungkan
dia, makcik Latifah berkawan dengan orang putih yang datang bantu majukan
kilang keropok udang kat kampung ni. Kenan kot.
Aku
tak menangisimu…huhuhu
Lebih
baik ku tertawa hahaha
Husna
mengulang-ulang lirik lagu mp3 yang dipasang di telinga. Lagu kumpulan Wali
Band. Dia bukan menyanyi tapi melalak sebenarnya. Lepas tension.
Bila habis
lagu itu dia berhenti. Tengok cerita Hindustan pulak di pangkin bawah pokok
mangga. Bila dia mendongak, mata Husna tertancap pada mempelam muda. Husna menelan liur. Tiba-tiba rasa nak makan mempelam cicah dengan kicap dan belacan.
Diletak
laptop ke tepi. Husna bangkit berdiri di pangkin cuba untuk memetik. Bila dengan berdiri masih tidak dapat dicapai untuk
memetik mangga muda itu, dia cuba cara lain. Sedar-sedar dia sudah naik di
pokok mangga itu. Bila sudah banyak dia petik dan menjatuhkan mangga muda ke tanah baru
perasan. Husna nak menangis. Takut nak turun.
“Takut nak
turun?” Husna menoleh. Syamil yang muncul.
“Dah berani
naik tapi bila turun tau juga takut,” perli Syamil.
“Tolong saya…Saya betul-betul
takut ni…” adu Husna hampir nak menangis.
Kedua-dua tangannya berpaut erat di kedua dahan yang hampir dengan tangan.
Dahan yang dia pijak bukannya kukuh sangat untuk mengimbangi berat tubuh. Dahan
pokok mangga apalah sangat. Huhu.
“Jangan gerak…Tunggu kejap…”
Syamil tergesa-gesa berlalu ke rumah Kak Izzah meninggalkan Husna sendiri.
‘Ingatkan nak tolong hulur tangan
terus tapi boleh pulak Syamil tinggalkan dia sendiri’. Keluh hati Husna. Tidak
lama kemudian Syamil muncul dengan tangga besi di tangan. Di belakangnya ada
mak kepada Kak Izzah menyusul.
“Minta maaf makcik…Saya terliur
nak makan bila tengok mangga muda tu tadi…” akui Husna malu sebaik sudah
selamat turun menggunakan tangga. Nasib baik tak ada orang yang lalu-lalang di
jalan waktu dia naik tadi. Husna senyum kelat.
“Nama awak Husna kan?” tegur
Syamil. Mak Kak Izzah sudah kembali masuk ke rumah dengan mempelam yang dipetik
Husna.
“A’ah…” Husna sedang mencuci
tangan yang terkena getah mangga di paip luar rumah. Syamil mengikutinya. Husna
buat-buat sibuk.
“Awak lama lagi ke di kampung
ni?” tanya Syamil. Sudah hampir dua minggu Husna berada di kampung mereka dan
belum ada tanda-tanda nak balik.
“Bergantung pada keadaan…” balas
Husna selamba tanpa memandang Syamil.
“Bunyi macam sedang lari dari
masalah je awak ni…” komen Syamil.
“Boleh dikatakan macam tu,” ucap
Husna. Baru kali ini Syamil berbual dengan dia. Selalunya bersuara hanya sepatah
kalau ada keperluan. Sekarang banyak cakap pulak.
“You
do excel in something. Dari nama awak Uzdah tu pun maksudnya ada
unsur kelebihan. The skills that you are
good at can be contributed for something beneficial. Bukan saya nak suruh
awak masuk ikut bersidang dalam dewan Parlimen pun. Dengan bekerja, secara
tidak langsung sama-sama menyumbang pada ekonomi Negara“
“Pulanglah…tempat
awak bukan di sini…Kembalilah pulang kepada kehidupan biasa awak. Pulang ke
pangkuan keluarga dan kerjaya ” tutur Syamil. Bukan niat hendak menghalau niatnya
sekadar untuk menasihati.
“Husna!!!”
panggil Syamil sedikit melaung bila Husna mengatur langkah berlalu masuk ke
rumah tanpa pamit.
‘Dah orang halau, takkan nak tetap di sini?’. Husna berlalu tanpa menoleh ke belakang. Apabila masuk ke rumah keluarga Kak Izzah,
Husna menelefon teksi dan terus mengemas barang. Dengan teksi dia berangkat ke
stesen bas. Awal pagi macam ni mesti mudah cari tiket bas pulang. Marah dan
merajuk!
Bila dia
pamit pulang dari Kak Izzah dan keluarganya, Syamil sudah tidak ada di halaman
rumah. Memang sah Syamil menghalaunya pulang. Begitulah anggapan Husna.
*******
Permulaan sebuah
fasa baru
Kembali
semula ke kampung. Kali ni bukan membawa hati yang luka tapi menghadiri kenduri
kahwin Syamil. Kak Izzah yang memintanya turun ke kampung untuk hadir
menemaninya ke majlis itu. Abang Husna merangkap suami Kak Izzah sedang
bertugas di luar kawasan. Sudah dua bulan Husna meninggalkan kampung itu.
Husna
redha dan sudah melepas Syamil bersatu dengan perempuan lain. Dah tak ada jodoh
di antara mereka. Episod cinta antara dia dan Syamil memang tak pernah bermula
jadi tak ada alasan dia patah hati dengan perkahwinan Syamil.
Baru
beberapa jam Husna sampai ke rumah keluarga Kak Izzah, Kak Izzah memintanya
untuk pergi ke rumah makcik Latifah. Makcik nak bagi makanan katanya.
Husna
turutkan saja pergi seperti yang diminta memandangkan hampir saja dan badannya
tidak rasa letih selepas perjalanan jauh ke sini.
Kedatangan
Husna disambut oleh Kak Siti, kakak Syamil. Pelik juga bila tiada khemah yang
didirikan di luar rumah mereka. ‘Mungkin majlisnya di dewan atau chalet’ fikir
Husna. Dia mengikut langkah Kak Siti. Ingatkan masuk ke dapur tapi bukan.
“Kenapa
akak bawa saya masuk bilik ni?” soal Husna hairan. Ada beberapa dulang di satu sudut bilik.
Belum semuanya berisi dan berhias.
“Ni
bilik Syamil…” beritahu Kak Siti sambil melabuhkan duduk di katil. Husna tetap
berdiri. Tertanya-tanya.
“Syamil
dah suarakan pada mak dan abah minta pinangkan kamu untuk dia dua hari lepas
waktu dia balik kat sini,” umum Kak
Siti.
“Eh?
Akak salah orang kot... Dia tak ada cakap apa-apa pada saya pun…Nombor telefon
dia pun saya tak tahu,” balas Husna. Sejak dia meninggalkan kampung ini, dia
langsung tidak berhubung apatah lagi berjumpa dengan Syamil.
“Syamil
dah cungkil rahsia status kamu, ada calon atau belum dari Izzah…Akak ni yang
dia minta tolong tanya kat kakak ipar kamu tu.” kak Siti membuka rahsia.
Makcik
Latifah melangkah masuk ke bilik Syamil bergabung dengan mereka.
“Elok
Husna dah tahu ni…Nanti kamu bagitau kami bila kami boleh pergi jumpa orang tua
kamu untuk bincang majlis kamu berdua ni…”
“Sekarang
dah bulan tiga, kalau buat majlis nikah kenduri hujung tahun ni pun sedang
elok…Masih sempat lagi buat persiapan…” usul makcik Latifah menyambung bicara.
Jelas suara teruja nak menyambut menantu baru. Hanya Syamil satu-satunya anak
lelaki yang dia ada.
Telefon
di tangan Husna berbunyi. Ada panggilan masuk daripada mama. Tapi tak bersuara
sebaik Husna menjawap. Husna rasa pelik. Sebaliknya ada suara sayup-sayup orang
bercakap. Ada suara papa.
“Kamu
nak ke terima sisi baik dan kekurangan Husna tu? Budak tu kalau stress makin
selalu dia nak minum air bandung sejuk walau dah tau cepat sakit tekak tak
boleh banyak minum sejuk..” kedengaran suara papa jelas. Sah! mama sengaja nak
dia dengar perbualan tu.
‘Papa
tanya siapa pulak ni?’ Husna tertanya-tanya. Dup dap…Dup dap…Berdebar rasa
hati. Hati menyebut satu nama gerangan teman berbual dengan papa sekarang tapi
perlu kepastian.
“Saya
memang dah jangka dia macamtu pakcik….Insha-Allah saya sudi terima kekurangan
yang saya tak tahu sekarang. Lagipun saya sendiri tak sempurna. Ada kekurangan
dan kelemahan. Saya cuba lengkapi kekurangan Husna, dan dia sempurnakan apa
yang saya tak ada…”
Zap!
Berbaur rasa di hati sebaik mendengar. Suara itu!!! Macam suara si teruna
pujaan hati. Gembira, suka, teruja dan macam-macam. Hati rasa macam baru
disimbah dengan air sejuk secara mengejut. Dada rasa nak pecah menahan rasa.
Rasa suka pastinya. Husna mengawal perilakunya. Dia kan sedang berada di rumah
bakal mertua. Riak wajah dineutralkan seolah-olah menerima panggilan biasa. Dia
meminta diri daripada makcik Latifah dan Kak Siti sebelum mengatur langkah ke
serambi rumah.
“Makcik
nak bangkit baju kejap ya…” kedengaran suara mama. Memang mama tengah pegang telefon
pastinya suaranya kuat di pendengaran telinga Husna. Husna menyiapkan diri.
Pastinya sekarang mama sedang melangkah menjauh daripada papa dan tetamu
mereka.
“Kamu
tak bagitau pun kawan kamu nak datang ke rumah….” ucap mama sebaik bertukar
salam.
“Kawan?
Mana ada kawan Husna nak datang rumah ma…Lagipun sekarang ni Husna kan kat kampung. Bukan kat rumah kita…”
“Habistu,
kamu kenal tak budak nama Syamil Affandi yang kamu dengar suara dia tadi tu?
Dia asal kampung Kak Izzah tu…Jiran berhampiran rumah keluarga Kak Izzah tu
juga…”
“Err…Kenal…Tapi
dia tak bagitau pun dia nak datang rumah. Ada tak dia cakap kenapa dia datang
ma?”
“Eleh…Dah
tau masih nak tanya. Dia nak ambil kamu jadi isterilah dan nak berkenalan
dengan kami sebagai mama papa kamu.”
“Habis
tu? Mama macamana? Apa pendapat mama tentang dia?”
“Nampak
pemalu budak tu tapi memang padan dengan kamu yang tak tahu malu.” selamba saja
mama mengkritik.
“Mama
ni…Sempat pula kutuk anak mama sendiri…” Husna bersuara mula nak merajuk.
“Dah
memang betul pun. Sepadanlah tu saling melengkapi…Malam ni papa dah ajak dia
tinggal sini sebab dia tak dapat bilik hotel semua penuh. Dia tidur kat bilik
kamu.” berita yang disampaikan mama sangat tidak diduga. Hampir terlepas
telefon pintar di tangan Husna.
“Nasib
baik Husna tergerak hati susun elok-elok dan kemas bersih sebelum pergi
sini…Malunya Husna ma…Kenapa tak suruh dia tidur bilik abang pula…” adu Husna.
“Biarlah…Biar
dia tahu kamu ni macamana baik-buruk kamu serba sedikit sebelum kahwin…”
“Dah
mama nak letak telefon nak kutip baju di jemuran. Nak bersiap keluar makan dengan
Syamil. Nak balas budi kami sudi izinkan dia tinggal kat sini katanya. Kamu tu
pun usahalah ambil hati bakal mertua kamu kat sana….” pesan mama sebelum menyambung
tazkirah panjang. Dah nama mama tu mama juga banyak berleter dan berjela-jela
pesanan.
Husna
setia menadah telinga terus mendengar pesanan mama biarpun telinganya sudah
mula panas.
‘O
you who are patient! Bear a little more, just a little
more remains’ kata-kata hikmah dari Ibnu al-Qayyim berlegar di fikiran memotivasikan
Husna untuk terus bertahan menadah telinga.
~TAMAT~
Jodoh
bila dicari dan dinanti selalu tidak kunjung tiba tapi jodoh selalu muncul
bergolek saat tidak dijangka. Allah beri pada saat yang tepat di saat kita
sudah mampu memikul tanggungjawap baru dengan status baru. Wallahu ‘alam
bissawab. Yang baik datang daripada Allah yang kurang baik daripada diri kita
sendiri. Moga anda terhibur membacanya dan ada pengajaran yang dapat diambil daripada
cerpen ni.
Sekian,
wassalam. Dah tahu part mana yang menyerlah suntikan gaya hidup islam tu? Sila jawap di ruangan komen ya... =D
Kritikan adalah sangat dialu-alukan bagi memantapkan lagi kualiti penulisan saya. Terima kasih.