Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa ala aali Sayyidina Muhammad (11x). Terima kasih buat yang sudi mengikuti eNovel saya tajuk Hijrah tu. Buat masa sekarang belum ada sambungan lagi. Jadi saya keluarkan karya tahun lepas yang belum pernah keluar kat mana2.
Selamat membaca~ Mulakan dengan lafaz bismillah ^_^
Aisyah Humairah mempercepatkan langkah. Dia ingin
segera sampai ke tempat pertemuan. Abangnya, Amirul Hakim yang memintanya
datang ke situ, ke salah satu restoran segera di satu pusat membeli-belah.
“Abang ni kenapa? Kan boleh bagi hadiah Aisyah kat
rumah je macam selalu...” rungut Aisyah sebaik menghulur salam dan melabuhkan
duduk di depan abangnya. Aisyah menyilangkan tanan ke dada. Merajuk.
Amir tersengih. Sudah menjangkan Aisyah akan
merungut sebegitu. Dia ingin momen ini menjadi kenangan terindah dan istimewa
untuk dikenang di masa depan.
“Saja...Kan abang dah kata minggu lepas. Hadiah umur
Aisyah ke-21 ni abang ada hadiah yang sangat istimewa...” sengaja Amir berkata
begitu membuatkan Aisyah semakin tertanya-tanya. Amir ketawa besar bila Aisyah
merenungnya tajam dengan kedua kening bertaut.
“ Okeylah...Tanpa membuang masa, meh abang
bagitau...” Aisyah diam menanti abangnya menyambung bicara. Jantungnya berdetak
kencang dek rasa ingin tahu yang membuak-buak.
“ Bismillah...” Amir senyum lebar. Sengaja menyakat
si adik yang sedang ternanti-nanti.
“Abang nak kahwin insyaAllah hujung tahun ni. Abang
nak hadiahkan adik kakak ipar . Dan kakak ipar tu seseorang yang adik kenal...”
Aisyah membuat muka bosan. Langsung tidak rasa
teruja dengan berita itu. Iyalah. Yang nak kahwin tu Amir. Lainlah kalau Amir
bagitau ada lelaki yang nak meminang dia. Haha opss... Aisyah gelak sendiri di
dalam hati. Lagipun dia dah ada tiga orang kakak ipar, jadi apa nak hairan.
“Tak teruja? Okey...” Amir jeda sebentar sambil
menunduk mengambil satu beg kertas di bawah meja yang mereka tempati.
“Demi nak buat kejutan untuk adik seorang ni, abang
sanggup cakap dan minta bantuan bakal abang ipar untuk sampaikan kat bakal
kakak ipar awak dik. Abang awak ni minta bantuan dia untuk pilih dan belikan
blouse dan skirt untuk adik sebagai hadiah dari abang. Yang shawl tu hadiah dari dia...” cerita si
abang sambil menghulurkan beg kertas itu.
“ Mesti sesuai dengan taste adik punya...Abang yakin 99%”.
Tanpa kata, Aisyah membuka dan meneliti isinya.
Skirt labuh putih ditaburi bunga-bunga kecil berwarna merah jambu, sepasang
blouse rona pastel peach dan sehelai shawl berwarna pastel merah jambu.
Cantik! Memang kena dengan citarasanya!
Sekali lagi Amir ketawa melihat reaksi wajah si adik
bongsu. Reaksi raut wajah Aisyah jelas teruja dan suka dengan hadiah
pemberiannya.
“Siapa nama bakal isteri abang ni?”soal Aisyah.
Sungguh dia penasaran. Setahunya, insan yang bernama Amirul Hakim di depannya
ini tak pernah keluar ataupun membawa pulang ke rumah bertemu keluarga
mana-mana perempuan ataupun nampak angau dilamun cinta selama ini. Semakin
sukar untuk dia menebak gerangan wanita yang bakal menjadi kakak iparnya kali
ini.
“Abang bagi peluang adik kenal dengan dia hari ni.
Alhamdulillah nasib baik dia pun lapang nak jumpa hari ni macam yang abang
rancang. Abang dah rancang awal. Kakak ipar adik tu dah sampai. Dia tengah
tunggu Aisyah kat restoran SM bangunan sebelah” restoran SM tu merupakan tempat
kegemaran Aisyah. Sengaja Amir memilih tempat pertemuan di situ.
“Nah duit dan kad kredit abang kalau nak belanja
beli barang lepastu. Jangan boros sangat...” pesan Amir mengingatkan. Dua
keping not lima puluh dihulur dan kad kreditnya.
“Lah baru ingat nak paw bakal kakak ipar ni...” ucap Aisyah selamba.
“Janganlah...Kesian dia...” balas Amir dengan wajah
sengaja diseriuskan tanda dia betul-betul memaksudkan apa yang dikatanya. Tapi
itu langsung tidak menggerunkan Aisyah. Dah biasa dah.
Sebaik berpisah dengan Amir di luar bangunan, Aisyah
melangkah ke bangunan sebelah. Kali ini destinasinya adalah restoran SM.
“Baju hijau, tudung hitam...”Aisyah bermonolog
sendirian sambil matanya melilau mencari-cari gerangan yang dimaksudkan.
Begitulah yang diberitahu abangnya tadi. Aisyah melangkah menghampiri satu
susuk tubuh yang sedang membelakangi pintu masuk. Hanya susuk itu yang memakai
warna baju dan tudung yang sepadan.
“Assalamu’alaikum...” sapaan Aisyah membuatkan susuk
tubuh itu berpaling menoleh.
“Roselina!!!” Aisyah terasa ingin menjerit.
Sangat-sangat teruja. Mereka bersalaman dan berpelukan sebelum duduk
bersebelahan. Sedar mereka berada di khalayak ramai.
Mereka berdua bangkit berdiri setelah berbincang
bersama. Mereka menukar tempat duduk. Beralih ke meja yang sedikit tersorok
daripada meja lain agar lebih privacy
berbual.
“Apa cerita ni Rose? Sejak bila kau bercinta dengan
abang aku?” soal Aisyah sebaik mereka kembali duduk bersebelahan. Sebelah
tangan mereka berdua masih bertaut seakan melepas rindu lama tidak bersua.
Roselina dan Aisyah Humairah merupakan sahabat rapat
sewaktu di zaman sekolah menengah. Mereka menyambung pengajian di universiti
dan jurusan yang berlainan. Setelah habis sekolah menengah, mereka sudah jarang
bertemu.
“Hello...Kami tak bercinta okey...Kan kita pernah
kata nak kahwin dulu baru bercinta. Dia satu pejabat dengan abang aku. Aku tak
kenal sangat pun. Berjalan pergi mana-mana bersama pun tak pernah. Selalunya
kalau dia datang rumah pun, dia berbual dengan abang aku atau mak ayah.” Rose
menceritakan serba-sedikit. Bila Amir menyatakan hasrat ingin memperisterikan
dirinya kepada abangnya, dan abangnya memaklumkan kepada keluarga, mak ayah
mereka menyambut baik. Dan kedua belah keluarga sudah pernah bertemu bersama.
“Macamana boleh aku tak tahu keluarga kita bertemu
ni?” soal Aisyah tidak puas hati.
“Abang kau yang sengaja rahsiakan daripada kau. Nak
buat kejutan katanya. Pertemuan keluarga tu waktu kau tinggal di asrama
universiti. Dia rancang kita jumpa waktu hari jadi kau ni” cerita Roselina
lagi.
“Aku tak tahupun yang dia tu abang kau sebab nama
ayah korang lain. Hari ni baru aku tau bila jumpa kau ni. Dia bin Ahmad, kau
pulak Aisyah Humairah binti Hamdan. Aku cuma tahu dia ada adik tapi tak tahu nama.
Tak sangka adik dia tu kau...” luah Rose.
“Sebenarnya dia tu Sepupu Aku Abang Aku, macam tajuk
novel kan? Hehe” Aisyah ketawa sendiri di hujung ucapannya. Hakikatnya memang
begitu. Rose rasa pelik inginkan penjelasan lebih lanjut.
“Ayah kami Hamdan dan Ahmad tu adik-beradik. Lepas
sepuluh tahun ayah Ahmad meninggal waktu bertugas dalam tentera, abah Hamdan
kahwin dengan mak. Itupun ambil masa sebenarnya mak nak terima. Memang
macam-macam tohmahan, caci-maki orang bila mak kahwin dengan bekas adik ipar
sendiri. Alhamdulillah diorang berjaya hadapi semua tu dan lahirlah aku. Dah
macam tajuk novel kan? ‘Sepupu Aku Abang Aku’. Dan sekarang kau ni ‘Sahabat
Aku, Kakak ipar Aku’ haha sesuai sangat” ungkap Aisyah teruja. Sungguh, ini
merupakan hadiah paling istimewa dan paling bermakna. Pandai si abang dan ahli
keluarga mereka menyorokkan khabar gembira ini dari dia.
“Dia ni siapa? Sebutlah nama si dia tu...” usik
Aisyah dengan senyum lebar menampakkan barisan gigi depan.
“Dia tu...Abang kaulah...” balas Rose malu-malu.
“Dah jomlah
kita pesan makanan dulu. Dari pagi lagi aku tak makan lagi...” adu Aisyah
sambil tangan mengusap perut.
“Sayang sangat abang Amir tu kat kau. Dia dah siap
bagi duit untuk kita makan ni. Tak nak aku paw
kau...” makin tersipu-sipu Rose dibuatnya sambil mereka menelek katalog menu.
Mereka ketawa bersama sambil saling bertukar cerita
sementara menanti pesanan mereka tiba. Hubungan renggang mereka sebelum ini
langsung tidak menjejaskan keakraban.
“Jadi macamana? Kata abang tadi hujung tahun ni kau
rasmi jadi kakak ipar aku. Dah sedia ke nak jadi isteri orang?” soalan cepu
emas yang diutarakan Aisyah. Sengaja mengusik sahabatnya. Memang tak hairan pun
bila pilihan hadiah Rose sesuai dengan citarasanya. Mereka selalu sekepala
dalam pelbagai hal.
“Err...InsyaAllah. Kau tolong aku eh buat persiapan.
Please...” pinta Rose. Pelbagai rasa
bertandang dalam diri bila memikirkan pelbagai hal perlu diurus bagi hari
bahagianya. Cuma tinggal enam bulan sahaja lagi dari sekarang.
“InsyaAllah...Boleh je...Nampak gayanya aku kena
guna kuasa dua lah nampaknya. Nak tolong belah abang dan belah kau sekali...”
luah Aisyah. Teruja.
“Kau tak payah nak takut atau risau. InsyaAllah kau
akan dapat menyesuaikan diri masuk dengan keluarga kami nanti. InsyaAllah.
Eh...Tapi waktu kau jumpa dengan mak abah aku, takkan kau tak perasan kau kenal
diorang?”
“Bila kau tanya ni baru aku perasan. Dulu waktu
jumpa sebagai bakal mertua tu memang aku rasa macam pernah jumpa tapi aku tak
ingat kat mana...” balas Rose.
“Lepas makan ni aku teman kau pergi cari barang
persiapan kahwin. Abang dah bagi kad kredit dia tadi...” usul Aisyah.
Sungguh kadang-kala perancangan Allah itu suatu yang
tidak terduga. Setiap yang terjadi ada hikmah dan ibrah yang tersurat. ‘Terima
kasih ya Allah...Atas hadiah ini. Moga majlis yang bakal dirancang berjalan
dengan lancar amin insyaAllah...’
***TAMAT***
Apa komen anda? =)