Yang ni saya screen capture dari artikel bertahun sudah. Hari ni baru berkesempatan godek blog sendiri untuk cari dan kongsi. Wallahu'alam bissawab. Moga bermanfaat... =)
Sunday, October 25, 2015
Tips Bangun Pagi Tanpa Rasa Letih
Yang ni saya screen capture dari artikel bertahun sudah. Hari ni baru berkesempatan godek blog sendiri untuk cari dan kongsi. Wallahu'alam bissawab. Moga bermanfaat... =)
Monday, July 6, 2015
Ramadhan Yang DiNanti (Bab 9)
Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. Ada yang tercari-cari sambungan cerita ni tak? Sepanjang bulan puasa ni, baru satu ni sambungan. Selamat membaca~
~Bersambung~
Friday, June 26, 2015
Main Game + Buat Pahala. JOM¬!
Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. Ni saya copy paste dari blog milik Sakura Ungu (sini). Jom mula dengan bismillah¬ ;)
- Assalamu'alaikum. Baca ni. Tengok nombor 5.
- SubhanAllah Wa Bihamdih! Lari ke nombor 8. Cepat!!!
- Laa ila ha illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Dzalimiin. Ermmm... Dekat nombor 7 lah.
- Laa ilaaha illallah. Kejap-kejap, dah dekat dah. Go to number 9.
- Wa'alaikumussalam. Pergi ke nombo 2.
- Lahaula Wala Quwata illa Billah Hil Aliyil 'Azim. Singgah ke 4.
- SubhanAllahal'adzim. Sabarnye awak. Jap ye. Pergi nombor 12 dulu.
- Allahuakbar! Pindah ke nombor 3.
- Alhamdulillah'ala Ni'matil Islam. Dah dekat! Pergi kat nombor 13.
- Astaghfirullah al 'adzim! Istighfar. Jangan marah. Awak tahu Jawapannya nanti. Pergi jumpa nombor 6.
- Alhamdulillah. Awak dah dapat Pahala!
- Selawat lah. Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa'ala 'Ali Sayyidina Muhammad. Move to number 10.
- MashaaAllah. Ni yang Terakhir. Pergi kat nombor 11.
Wednesday, June 10, 2015
Kisah Motivasi Menjadi Hafiz/Hafizah Al-Quran
Tuesday, June 9, 2015
Ramadhan ahlan wa sahlan
Assalamu'alaikum warahmatullah wbt.
Alhamdulillah...Tak lama lagi kurang dua minggu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan akan menjengah tiba~ <3 <3 <3
Diri ini rasa rindu. Entah sempat atau tidak kembali bertemu bulan yang banyak keberkatan, mudah khusyuk beribadah, bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Bulan yang boleh kita ambil peluang rebut buat pahala banyak-banyak untuk bekalan menuju alam akhirat kelak.
Persediaan sebelum Ramadhan:
1) Bangun tahajud, sahur, tak tidur lepas Sahur dan selepas Subuh.
2) Banyakkan berpuasa sebelum kedatangan Ramadhan agar tak letih dengan aktiviti harian.
3) Memperbanyakkan ibadah. Macam bersenam kalau nak capai 5 pusingan, tak dapat dibuat terus. Kena biasakan diri dulu sedikit demi sedikit.
Allahumma ballighna ramadhan. Ya Allah~ Temukanlah kami dengan bulan ramadhan~
p/s: Kalau korang ada nak share, sila2 kita kongsi sesama.
Karya Menarik dari Penulis Lain (Part 3)
Alhamdulillah. Kali terakhir saya recommend karya penulis lain adalah bulan 10, tahun lepas. Sekarang dah 3 bulan kita berada di tahun baru. Tanpa membuang masa, jom Check it out~ Moga ada manfaat insyaAllah.
1) http://www.penulisan2u.my/2015/02/cerpen-aku-dan-si-debab
2) Kisah Abang Tembikai di profile fb Encik Sederhana
(@Rusydee Artz yang punya) , Cek sendiri lah ek link sebab saya sendiri belum habis marathon (tak tercari) keseluruhan entri yang lebih dari 40 bab. Kat ilham karangkraf pun rusydee artz tu ada post. Cuma perlahan update.
3) Izzah Haneefa (Penulis novel Imam Mudaku Romantik)
http://ihtellsusomestories.blogspot.com/2013/01/cerpen-sebelum-bersamamu_9846.html
4) Kat Fb
a) Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Menarik buku-buku tulisan ustaz ni yang sudah saya pernah baca beberapa buah (tak baca semua lagi).
b) Dr Bilal Philips
c) Yasmen Mogahed (Penulis buku best selling- Reclaim Your Heart)
5) Kat youtube
Ceramah Habib Ali Zaenal Abidin upload oleh Cocombee, ceramah Ustaz Abdullah Khairi, Nouman Ali Khan, Ustaz Yusuf Mansur (tips undang jodoh, rezeki, sedekah).
To watch list: movie indonesia'Haji Backpacker' cerita telemovie 'Hidupku, solatku matiku' lakonan Sharnaz Ahmad, Putri Balqis. tentang lelaki yang menghidap penyakit kusta dicemuh dipinggirkan masyarakat, Cerita islamik dan banyak pengajaran (itu yang saya baca dari review sorang sahabat)
Kalau korang ada suggestion, sharelah kat sini dengan tulis kat ruangan komen ye. Kongsi benda baik bersama =)
Monday, June 8, 2015
Ramadhan Yang DiNanti (Bab 8)
Ramadhan Yang DiNanti (Bab 7ii)
Saturday, June 6, 2015
Ramadhan Yang DiNanti (Bab 7i)
Ziyad bersandar enak di sofa menonton televisyen. Santai dengan kaki diluruskan. Waktu hujung minggu balik ke rumah keluarga memang indah tak terkata.
"Abang! Tak elok tau makan sambil berbaring. Tak bagus untuk pencernaan..." Dina yang baru duduk di sofa menegur abangnya.
"Orang tak makanlah...Tadi je" balas Ziyad dengan suara mendatar. Dijeling si adik yang terlebih prihatin. Memang di sebelahnya ada satu balang plastik berisi keropok udang.
Mereka berdua menjawab salam mama yang baru pulang ke rumah dengan tangan menjinjit beberapa kotak kertas.
"Ni Mak Su bagi untuk Dina..." satu beg kitar semula bertukar tangan pada Dina.
"Pashmina..."
"Alhamdulillah...Rezeki" ucap Ziyad tanpa mengalihkan mata dari skrin televisyen. Cuma telinganya mengikuti perbualan Dina dan mama tadi.
"Iyalah alhamdulillah rezeki...Tapi masalahnya Dina tak pakai pashmina la bang...Geng Dina pun. Hmmm" luahan hati Dina membuatkan Ziyad terfikir sesuatu.
"Kalau macamtu, Dina bagi orang je lah. Nak?" Ziyad duduk saat mengusulkan ideanya. Memang bertaut terus kening si adik.
"Bagi kat siapa? Abang ada cadangan ke?" pucuk di cita ulam mendatang. Memang Ziyad ada jawapan untuk soalan Dina. Untuk Emma.
"Ada perempuan jiran rumah sewa tu..." Ziyad cuba mengawal riak wajahnya supaya terus tenang dan bersahaja. Kalau kalut sangat nanti terus jadi gosip panas.
"Daripada Dina tak pakai, baik bagi kat orang. Mungkin tak ada orang yang pernah tegur dia itu yang dia macam tu..."cuma setaat itu yang mampu Ziyad terangkan. Kalau cerita lebih nanti dah macam membuka aib Emma.
"Abang ada hati kat dia eh?" Dina serkap jarang menduga,
"Bukanlah...Ini sebab tanggungjawab sesama muslim" pantas Ziyad menafikan, Memang cuma itu yang mendorongnya berbuat begitu,
"Yelah..." Dina berhenti membahaskan isu itu.
*******
~Bersambung~
Tuesday, June 2, 2015
Ramadhan Yang Di Nanti (Bab 6ii)
Tazkirah Santai
Tazkirah Corner....
Di Uji...
'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)
'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)
'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)
Bersabarlah...
'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)
'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)
'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)
La Tahzan...
'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)
Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)
'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)
Never Give Up!!!(La Tai-a-su)
'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)
'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)
'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)
Note (Reminder):
Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...
Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.