Friday, September 28, 2012
Muhasabah (Tazkirah Buat Muslimah...)
Muhasabah (Sangat Terasa...)
Berikut adalah artikel yang ana copy paste dari web iluvislam
Riak muka melambangkan reaksinya. Serba tidak kena. Seperti banyak yang ingin diluahkan.
"Kadang-kadang aku peliklah". Katanya, ringkas.
"Kenapa?"
"Orang kita ni, senang betul nak berjaga malam. Tapi bukan untuk buat qiamullail, tapi berjaga malam untuk tengok bola."
Aku tersentap. Tak sangka juga dia berkeinginan untuk memperkatakan sedemikian, kerana dia juga antara peminat fanatik bola sepak. Aku meneguk semula air teh ais yang dibeli.
"Hmm, betul juga cakap kau, masyarakat sekarang ni kurang kesedaran untuk buat qiamullail. Ramai yang memilih dunia, berbanding akhirat. Padahal qiamullail hanya mengambil masa dalam 20-30 minit sahaja, itupun sekiranya melakukan banyak solat sunat. Kalau buat tahajud sahaja, dalam 5 minit dah habis. Tapi, ramai yang memilih untuk berjaga, dan memperhambakan diri di hadapan televisyen, selama 90 minit."
Bukan bermaksud menghalang, tetapi rebutlah ganjaran pahala.
(Surah al-Israa' ayat 79)
Di Mana Datangnya Keikhlasan?
Suasana sepi. Seperti biasa.
"Mana jemaah kat surau ni? Subuh bukan masuk awal ke, takkan jam aku rosak lagi."
Azan dikumandangkan. Setelah 20 minit menunggu, hadir juga hamba-hamba Allah yang terpilih, dan dibukakan hati untuk datang berjemaah di surau. 3 orang semuanya.
Keesokan hari, berbeza daripada sebelumnya. Terdapat penceramah yang hadir untuk memberi kuliah subuh, yang bertajuk 'Cinta'. Jemaah yang hadir ke surau, lebih kurang 30 orang.
"Eh, jom pergi subuh, hari ni ada kuliah subuh, aku dengar ustaz ni hensem, berkerjaya lagi. Dia ni hebat dalam berhujah, tak rugi rasanya kita pergi subuh hari ni," kata salah seorang sahabat.
"Laa, semalam masa tak ada ceramah, tak nak pula kau pergi subuh."
"Hmm, semalam aku ngantuk la, hehe". Katanya sambil memberikan senyuman sinis.
Tidak salah untuk kita hadir dalam kuliah subuh, maghrib dan sebagainya. Malah, ianya dituntut dalam Islam, apabila kita menghadiri majlis ilmu.
Dalam kitab Tanbihul Ghafilin, iaitu kitab peringatan orang-orang yang lalai, oleh Al Fakih Abu Laits As-Samarqandi iaitu seorang ulama' salaf, diterangkan mengenai 7 kelebihan orang yang menghadiri majlis ilmu, sekiranya tidak mampu untuk mengingati atau menghafal pelajaran tersebut. Antaranya diampunkan dosa-dosa dan malaikat menaungi penuntut ilmu dengan melebarkan sayap mereka.
Tetapi, sekiranya kita mampu untuk menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan oleh hamba Allah sendiri, pada waktu subuh terutamanya, maka, mengapa begitu berat untuk kita menghadiri jemaah Subuh di surau tiap-tiap hari, untuk mengadap Allah? Adakah kita hanya perlu hadir ke surau sekiranya terdapat majlis-majlis ilmu?
Bukan bermaksud menghalang, tetapi ikhlaskanlah amalan ibadah.
(Surah at-Taubah' ayat 18)
Alah Bisa Tegal Biasa
Jam menunjukkan pukul 10.20 pagi. Ramai yang berpusu-pusu keluar dari kelas, untuk ke kantin.
"Eh, aku nak pergi surau kejap, nak buat solat dhuha, kau nak ikut?"
"Hmm, aku takutlah, nanti kalau lambat nak pergi kantin, habis pula kuih kesukaan aku tu."
"Laa, tak sampai 5 minit pun, banyak lagi kuih tu, kalau dah ditentukan Allah yang tu rezeki kau, mesti ada punya."
"Hehe, tak pe la kot, gerak dulu." Katanya sambil berjalan menuju ke kantin.
Perkara sunat ini begitu dipandang enteng dalam kalangan masyarakat kita saban hari. Sungguhpun ia hanya solat sunat, ia sangat dituntut dalam Islam untuk melakukannya.
Sekiranya kita mampu untuk menghabiskan masa selama hampir 20 minit, untuk santapan fizikal, mengapa begitu payah untuk kita menghabiskan masa hanya 5 minit sahaja, untuk santapan rohani?
Bukan bermaksud menghalang, tetapi perbanyakkanlah yang sunat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
(Hadis Muttafaq 'Alaih)
Mana Satu Menjadi Keutamaan?
Cuti sekolah sememangnya amat diminati, samada pelajar mahupun guru. Masa yang begitu lapang digunakan sebaik-baiknya.
Sebuah 'status' di Facebook ditulis oleh seorang sahabat.
"Saya baru beli novel ni tiga hari lepas, dalam 604 muka surat. Seronok sangat novel ni, pasal perjuangan seorang lelaki untuk menegakkan cintanya terhadap seorang wanita. Dah habis baca, saya ingat nak bagi awak pinjam, tak rugi kalau baca."
Terbitnya bibit-bibit keinsafan, setelah membaca status itu. "Hmm, kalau novel setebal 604 muka surat mampu dibaca dalam masa tiga hari sahaja, mesti Al-Quran yang setebal 604 muka surat juga, mampu dihabiskan dalam masa tiga hari juga, kan?"
Kurangnya kesedaran dalam kalangan kita. Mudah sahaja kita menghabiskan novel atau majalah dalam masa yang singkat, tetapi begitu sukar untuk kita menghabiskan masa untuk membaca
Al-Quran, sungguhpun satu muka surat.
Tiada salahnya untuk membaca novel, tetapi janganlah sehingga terlalu alpa, sehingga kita lupa membaca sebuah lagi novel yang agung, iaitu Al-Quran.
Bukan bermaksud menghalang, tetapi seimbangkanlah dunia dan akhirat.
Masih Belum Terlambat
Tidak ada istilah 'aku sudah terlambat' di dalam Islam, melainkan setelah kita mati. Pada ketika itu, tiada gunanya kita merayu kepada Allah, untuk diminta kembali semula ke dunia. Kini kita berada di alam dunia, alam yang ketiga selepas kita berada di alam janin dan alam roh. Barulah diikuti dengan alam kubur dan alam akhirat. Antara dunia dan akhirat, kita bertemu alam dunia dahulu (pertama) namun, walau pun kita bertemu dengan dunia dahulu (pertama) jadikanlah akhirat itu utama.
Kita masih mampu mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik. Jadilah hamba Allah yang bersyukur. Janganlah sampai kita tidak lagi diberi hidayah oleh Allah, sehingga kita dibiarkan sahaja hanyut dengan nikmat dunia. Maka pada ketika itu, kitalah hambaNya yang paling rugi.
Sunday, September 23, 2012
Menghadapi Badai Ujian [Part 3]
Ukhti 2: Kita akan lemah bila kita membenarkan orang lain terus membuatkan kita down dan lagi lagi lemah bila kita sengaja mencipta jurang dan makin jauh dari jalan yang boleh mendekatkan kita kepada Allah. Jangan terlalu manjakan diri, terlalu ikut kesedihan, terlalu lemah dengan godaan syaitan yang memang kerjanya nak menjatuhkan kita sentiasa dengan pelbagai cara. Tugas kita adalah menguatkan diri kita, memperhebatkan lagi iman kita. Soal kelabuhan tudung bukan pengukur iman. Jangan menangkan syaitan bila kita sedang bermasalah dan makin menjauhkan diri kepada Allah. Sepatutnya terus-terusan mendidik diri dengan sabar, biar apa orang nak kata. Sahabat dunia yang hanya ada pada waktu senang dan tidak pada waktu susah. Biarkan. Sebab kita punya Allah. Stop serabutkan diri dengan masalah kecil hatta besar sekalipun sebab kita ada misi dekat dunia ni yakni menjadi hamba Allah dengan sebaik-baik hamba. Pedulikan apa orang nak kata. Prove them wrong!
Kita sibuk memikirkan bagaimana hendak memuaskan hati mereka.
Tetapi saya lebih suka jalan terus. Bergerak maju. Biar nanti yang membenci ternganga, menelan kalam-kalam lalu yang membinasa, dan kita kala melihat semula ke belakang, akan tersenyum gembira.
Kerana melihat kita di mana,
dan mereka di mana. '
Memang letih... Semoga Allah menguatkan hati-hati ini untuk terus melangkah walau hebat rintangan dan badai yang melanda....Bismillahi tawakkaltu 'alallah wala haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'adzhim....
Sudah Tiba Masanya....
Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Sedar atau tidak, kita sekarang berada hampir di penghujung tahun 2012M/1433H. Sudah banyak kah azam tahun ini yang sudah terpenuhi? Semakin membangunkah prestasi diri dalam kehidupan, pelajaran dan sebagainya? Tanya diri, fikir-fikirkan....*untuk renungan bersama termasuk diri ini...*
Subhanallah.....walhamdulillah...wala ilaha illallah wallahu akbar....Entah esok, lusa atau mungkin minggu depan nafas kita terhenti di saat ruuh terpisah dari jasad. Sudah sediakah diri dengan bekal dibawa ke akhirat nanti? Allah...Allah....Allahu akbar.....
Ya Allah Ya Tuhan kami...
Kami bermohon kepadaMu....
Agar kami tetap istiqomah di JalanMu...
Sedarkanlah kami andai kami tersasar atau langkah kami terhenti...
Jangan biarkan kami dalam kesesatan ya Robb...
Dan janganlah engkau biarkan kami terbiasa melakukan dosa dan maksiat..
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus...
Jalan ahlul jannah....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu dan mohon pertolongan...
Tetapkanlah hati-hati kami melangkah mencari redhaMu...
Semoga kami tidak lalai dengan ni'mat dunia...
Amiin...Amiin...Amiiin....
Tips Merawat Hati
Tazkirah Santai
Tazkirah Corner....
Di Uji...
'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)
'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)
'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)
Bersabarlah...
'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)
'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)
'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)
La Tahzan...
'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)
Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)
'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)
Never Give Up!!!(La Tai-a-su)
'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)
'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)
'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)
Note (Reminder):
Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...
Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.