Assalamu'alaikum warahmatullah...
To tell the truth, I keep on thinking and thinking wat's the best thing to insert in my first post here. So...here's the first post...=D
Allow me to write in Malay language...
Ana begitu terkesan dengan titah KDYMM Baginda Sultan sewaktu bertitah di 'Majlis Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara kali ke 5' lebih kurang 2 minggu lepas. Ada beberapa isu yang baginda bangkitkan khususnya tentang belia.
1) "..... Belia Islam ASEAN wajar berperanan untuk memberikan gambaran yang betul tentang Islam, kerana terdapat sebahagian dari masyarakat dunia yang memandang serong terhadap Islam itu."
2) "... ugama Islam adalah cahaya, yang dengan jasanya jua, dunia jadi bersinar dan terkeluar daripada kegelapan jahiliah".
3) " .....golongan belia turut memegang peranan penting untuk merealisasikan kewajipan-kewajipan besar mengangkat nama baik Islam serta melindunginya daripada diusik oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.
4) "...dianjurkan kepada belia supaya sentiasa berdampingan dengan Al-Qur'an, bacalah ia selalu-selalu untuk mengambil berkat dan pahala yang dijanjikan.
"Jangan pisahkan diri daripada Al-Qur'an, bawalah ia walau ke mana, seperti ketika bermusafir, untuk jadi teman di masa sunyi dan bersendirian,"
Baginda menambah titah, sesungguhnya orang yang membaca Al-Qur'an itu, adalah seperti saja dia sedang berkata-kata dengan Allah, kerana bukankah Al-Qur'an itu Kalamullah?"
Alhamdulillah alhamdulillah thumma alhamdulillah, ana rasa bersyukur pada Allah kerana dilahirkan sebagai penduduk Brunei. Semoga hasrat KDYMM untuk menjadikan Brunei Darussalam sebagai 'baldatun toyyibatun wa rabbun ghofur' dipermudahkan. Amien Ya Robb...
Refferences:
http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/07okt11/butama.htm
http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/07okt11/berita24.htm